Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 16 November 2012

Fabian yang semakin ceria...

Tak habis-habis lagi kakcik dengan kisah Fabian, ya?  Tak mengapa kepada yang tak suka.  Suami kakcik pesan suruh masukkan kisah Fabian ini terutama untuk mereka yang telah sudi menderma (walaupun tidak ramai, tapi mereka berhak tahu tentang perkembangan Fabian). Kakcik juga masukkan kisah ini untuk mereka yang ingin tahu tapi 'malas nak ambil tahu secara langsung' sebab Fabian bukan sesiapa buat mereka!

InsyaAllah, tak lama lagi Fabian mungkin akan keluar dari hospital dan dapat kembali ke kampung halamannya di Miri sana.  Diam tak diam, telah lebih sebulan Fabian dan ibunya berkampung halaman di hospital itu.

Gambar-gambar ini kakcik rakam petang semalam (15/11/2012)...

Nampak bibirnya yang merah segar.

Ya... saya semakin sihat dan rasa 'bagus'.

Terima kasih kepada yang mendoakan saya.

Jururawat di sini semuanya baik-baik belaka.

Tak lama lagi kita boleh balik, ya mummy?

Seronoknyaaa...

Mengabadikan kenangan dengan lambang 'P' itu...

19 ulasan:

  1. seronok tengok dia dah makin ceria...selamat kembali ke alam ceria zaman kanak-kanak Fabian!

    BalasPadam
  2. As salam Kak Cik,

    Sedap namanya, Fabian... :)

    BalasPadam
  3. Salam,k'cik..semoga fabian terus brtambag sihatb:)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Miga lepas ni fabian makin sihat dan ceria. Sblm tu nak tanya, fabian ni sakit apa kak. Harap penyakitnya tak serius. Macam mana saya nak contact fabian kalau dia dah balik
    Ke miri nanti ye kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun tak tahu nama sebenar penyakit fabian ini. Setiap kali dia minum susu atau makan, dia akan muntah dan cirit-birit. Doktor terpaksa buat pembedahan untuk kecilkan ruang di perut/ususnya.

      Ibu Fabian bekerja di Pejabat BERNAS Miri. Namanya Diana.

      Padam
  5. alhamdulillah..... semoga febian terus bertambah sihat

    BalasPadam
  6. comei fabian, tgk fabian terus dana teringatkan aiyan...

    semoga fabian terus sihat

    BalasPadam
  7. Saya baca semua entry tentang Fabian..syukurlah dia makin sihat..tak dapat sumbang apa2 tapi doakan semoga Fabian semakin sihat sampai dia dewasa.. ^_^

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..lepas bedah da makin sihat ya kakcik?

    BalasPadam
  9. alhamdulillah dah boleh senyum tu..comel fabian ni.nampak ceria muka dia..

    BalasPadam
  10. baru tau ada penyakit febian ni...
    nice sharing kak cik seroja..

    1st Time my photo in My blog..

    BalasPadam
  11. Memang nampak dah merah bibir dia kakcik. Mesti bila dia balik kakcik akan merinduinya sama dia juga.

    Dah boleh bercakap ke Fabian nie kakcik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang pun bila sehari tak jumpa, kakcimras ada yang tak kena!

      Fabian dah boleh cakap sikit-sikit. Paling lancar dia sebut 'mummy'. :)

      Padam
  12. alolo.. dah senyum dah...moga penyakitnya sembuh sepenuhnya...

    BalasPadam
  13. Mungkin saya x perasan sebelom2 ni, tapi rasanya ini gambar pertama saya nampak fabian begitu ceria :) semoga fabian semakin sembuh dan melalui kehidupan normal kanak2 :)

    BalasPadam
  14. Semoga semakin sihat...kakcik...jadikan anak angkat la kakcik... moga hubungan itu tak putus...saya berdoa moga keluarga mereka dititipkan hidayah..kerana melihat kebaikan akhlak sebuah keluarga muslim yg sangat mengambil berat tentang mereka...
    Allah telah pilih kakcik dan suami untuk rapat dengan mereka..tentu ada hikmahnya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com