Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 15 September 2012

Sabtu = 15/9/2012

Asalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Dah bangun ke belum? Apa rancangan pagi ini? Mesti ramai yang akan memenuhi jemputan ke rumah terbuka di hari-hari terakhir Syawal ini.  Tak kurang juga dengan majlis-majlis walimatulurus, kan?

Kakcik pun ada 4 atau 5 jemputan hari ini tapi mungkin kesemuanya tidak dapat dihadiri. Sekarang kakcik berada di lobi Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.  Sekejap lagi akan bergerak balik ke Kuala Lumpur. Tak tahulah jam berapa akan sampai ke rumah.  Semoga segalanya akan selamat, InsyaAllah.

12 ulasan:

  1. Ada seminar di sana ke kakcik? Moga selamat balik rumah.

    Hari ini kakak kerja half-day kakcik. Petang nak belanja keperluan rumah, Ahad balik jenguk rumah bapak dan Isnin kena hantar balik dua anak balik asrama.

    BalasPadam
  2. Sama la kita kak cik.Hari ni dan esok mmg banyak dpt jemputan kahwin dan rumah terbuka.
    Semoga kak cik selamat sampai ke rumah.

    BalasPadam
  3. hari ni kat lorong ni saja ada 2 jemputan

    BalasPadam
  4. aduhai kakcik pagi2 KA dah poning memikirkan 2 - 3 tempat yag nak dituju ari ni. Terpaksa berbagi2lah dgn adik2 yg lain

    BalasPadam
  5. Penat jugak tu ke sana ke mari.... sabar jer lah kakcik... take care

    BalasPadam
  6. Saya pun ada jemputan open house ni tapi tak done nak g ler..nak keluar sekejap ni dapatkan air zam zam n minyak Habautus sauda untuk Gee...

    BalasPadam
  7. saya esok baru ada jemputan kenduri, saya kat kuala lipis sekarang ni kak :)

    BalasPadam
  8. hari ni, esok ngan lusa..pnuh dgn undangan open house.tp sbnrnya otak dh fikir kampung...

    BalasPadam
  9. Moga perjalanan kakcik dipermudahkan..
    Hari ni ada 4 jemputan.. Harap-harap dpt penuhi kesemuanya.

    BalasPadam
  10. semoga selamat perjalanan kakcik yee
    saya x kemana2 punn
    ada OH tapi x daya nak hadirkan diri
    huhu penat semalam x habis layie lah akk hhuh

    BalasPadam
  11. semoga selamat perjalanan kak cik balik ke KL

    BalasPadam
  12. open house masih ada tapi hari ni keutamaan kat rumah MIL ada kenduri kahwin..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com