Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 September 2012

En Mon oooo En Mon... buat apa tu???

En Ching sedang bertanya kepada En Mon

En Mon jawab ...

aku dah hilang arah
bila hutan habis ditarah
mana tempat nakku buat rumah
anak isteri pun dah berpecah belah

bila aku singgah di sini
aku tahu kalian geli dan ngeri
tapi ke mana nakku tuju lagi
sedang perut ini perlu kuisi

tidakkah pernah kamu fikirkan
bumi ini perlu dikongsi
kalau manusia perlukan pembangunan
nasib kami siapa yang tangisi

nasibmu kucing mungkin tidak malang
dapat juga kau makan sisa yang dibuang
haruskah aku pula menukar menu
makan nasi berlaukkan budu...


Tengoklah budak berdua ini, tahukah mereka masalah
ibubapa dalam hendak memberikan keselesaan buat mereka?


15 ulasan:

  1. en. mon yg baik...hehehe...kakcik budak2 apa tahu kan??? bestnya klau blh putar masa...

    BalasPadam
  2. assalam kak cik tuuu la dia..dikampung acik tu..kalau tingkap terbuka dah masuk kedalam rumah cik mon curi nasi dan lauk..hutan2 dah kena tebang..

    BalasPadam
  3. salam Kakcik..gedik2 tukar rumah baru,,pehtu makan ms nak faham konsep...

    menakutkan encik moo..tkt kena gigit...call bomba srh tangkapla kakcik..

    BalasPadam
  4. en moon nak tgk koot2 ada rejeki dia kat situu ;))

    BalasPadam
  5. sama macam kita dulu kan. masa kita kecik2 , kt tk amik tau pun perjalanan dunia ni macam mana. bila da besar ni, barulah tau apa itu erti kehidupan sebenar..

    BalasPadam
  6. adoyai kakcik .. sabor jer lah ..
    mungkin ini lah jiran terdekat yang boleh dipercayainya

    :P

    BalasPadam
  7. pandainya akak baca dan paham perasaan en mon dan en cing tu yer? betul tu kak. mmg susah nak membesarkan anak-anak ni. byk pancarobanya kalau tak kuat.. ingatan utk diri sendiri juga.

    BalasPadam
  8. Kesian Cik Mon.. yer.. abis rumah di tarah..tak de tempat nak berlindung..

    BalasPadam
  9. encik mon masuk zoo nk tak encik mon?? oo encik mon hehe

    BalasPadam
  10. Mmmg kesian dgn en mon. Mereka dah takde tempat nak tinggal. kalo masih ada hutan pun, sumber makanan plak takde kat situ. Jadi terpaksa le mereka masuk kampung utk cari makanan.

    BalasPadam
  11. kakcik seroja ni kreatif betul buat dialog pulak... hahahah... tapi betul lah apa yang ditulis tu, antara keperluan kita dan keperluan si mon

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com