Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 September 2012

191/119...

... cantik juga nombor kat atas tu, kan?  Sebenarnya itu adalah bacaan tekanan darah kakcik selepas mencabut gigi tadi.  Patutlah selepas gigi dicabut, dan sebaik bangun kakcik rasa badan kakcik bergoyang dan hampir pitam.

Kakcik bukanlah penghidap tekanan darah tinggi (tekanan perasaan itu ada la...).  Mungkin sebab gemuruh agaknya.  Dari minta 'time slip' , akhirnya kakcik diberi cuti sakit untuk hari ini.  Dua kali buat pemeriksaan, bacaan tekanan darah kakcik tidak banyak berubah.  Sekarang mulut kakcik masih terasa senget kesan dibius tadi...

Walaupun waktu klinik 'beroperasi' pada jam 8.00 pagi, seawal jam
7.40 pagi, kakcik dah sampai di sini.

Saja-saja rakam gambar ini

Walaupun yang pertama tiba, kakcik dapat nombor 2. Waktu pun
dah 8.07 minit. Nombor diberi secara manual. Redho sajalah.


Doktor pesan, kalau masih pening dalam dua
tiga hari ini, cepat-cepatlah pergi ke klinik

untuk periksa tekanan darah.

Apa-apa pun, langit kelihatan cerah.  Tapi siapa dapat menduga
sekiranya hujan akan turun di tengahari, kan?

35 ulasan:

  1. Balasan
    1. Entah bilalah kakcik boleh sampai ke Klinik Famili tu... :(

      Padam
  2. sy rasa tekanan perasaan mak tu serba sedikit dh terbang ke sy...hihi

    BalasPadam
  3. mama ok dop agi ni??
    harap2 mama akan ok pas berehat ye =)

    BalasPadam
  4. saya cukup seriau nak jumpa doktor gigi..huhu

    BalasPadam
  5. Akhirnya dah lega kan kakcik pd menanggung sakit gigi tu...

    BalasPadam
  6. balik rehat kak chik....semoga kak chik segera sembuh

    BalasPadam
  7. bila rasa takut..gemuruh jiwa, tekanan darah cpt naik....tp ank2 sy slamber jer.

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh
    & ceria selalu ubat kecepatan sembuh gak tu ...

    BalasPadam
  9. kakcik terus pergi jer yer?tak perlu buat temujanji dulu yer?bagus la klu mcm tu,klinik gg kat sini kena bt temujanji dulu...huhuh!

    BalasPadam
  10. Ish tggi gak tu.. Ros pun sama, kalau tgh gemuruh mmg tggila jd nya :p

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kak Cik

    bulan raya niiii
    lepas bln raya nanti baik seperti asal laaaa...

    BalasPadam
  12. Salam sejahtera KC

    hehe kat rumah tu buat apa ek? berehatlahkan...
    mama pun dah sebulan lalu buat appt utk tampal, janjinya 29/10!

    Astagrirullah...rumah mama biasa2 saja.

    BalasPadam
  13. As salam Kakcik,

    Moga cepat sembuh... Makan oat pagi2 ye Kakcik... Moga cepat turun & stabil kembali tekanan darah tu... Marya pun xseberapa sihat 2-3 harini...

    BalasPadam
  14. sakit gigi memang suatu sakit yg x boleh nak buat apa pun kan. Mood pun tunggang terbalik dibuatnya. hrp kakcik cpt sembuh :)

    BalasPadam
  15. assalam kaka cik..baru sebut je..belum pergi klinik GG tekanan darah acik dah naik he he

    BalasPadam
  16. Salam Syawal Kakcik.. lama sangat dah tak jalan-jalan. Gigi dah oke kot la ni ye tak Kakcik? Apa-apapun saya doa yang baik baik untuk Kakcik sekeluarga.

    BalasPadam
  17. Punyalah kakcik takut sampai tekanan darah naik. Kakak rasa esok dah ok sebab kakcik bukan ada darah tinggi kan..

    BalasPadam
  18. kak cik, tinggi bacaan tu, kena byk rehat dan bertenang. jaga diri yek

    BalasPadam
  19. kakcik, InsyaAllah selepas berehat secukup nya, BP akan pulih.

    BalasPadam
  20. Kak Chik duduk mane ni???Izwa tinggal kat cheras baru!

    BalasPadam
  21. Kak chik ht ht yea...wsau plak rietta tgk bacaan tu....

    BalasPadam
  22. Makchaq pun memang gabra sangat bila pi klinik gigi.. jantung berdegup macam lari 400m.

    BalasPadam
  23. moga kakcik cepat sembuh. bykkan berehat yer.

    BalasPadam
  24. Tinggi tu Kak Cik... banyakkan berehat.. semoga cepat sembuh... :D

    BalasPadam
  25. Esok elok check lagi tekanan darah tu. Takkan nak tunggu 2-3 masih pening2 baru nak pergi jumpa doktor tu lagi.

    Semoga cepat kembali normal.

    BalasPadam
  26. eh..perasaab gemuruh pun boleh buat tekanan darah naik ye?? baru saya tau ni

    BalasPadam
  27. tu yg buat nekcik seriau nak cabut gigi..sedang jumpa doc biasa pun darah bergemuruh.

    BalasPadam
  28. Ai, tak kan kakcik yg glamer ni gemuruh jumpa doctor gigi!! hehehehe betul punya gemuruh bacaan tekanan darah kakcik tu...Saya tgh gelak kan kakcik ni hahahahahahaha

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com