Semoga rahmat dan kasih Ilahi sentiasa bersamaMu walaupun mungkin kau tak pernah pedulikan rasa kasih dan rahmatNya itu. Apa khabarkah dirimu? Kakakmu ini, beginilah juga. Mengharungi hari-hari yang berlalu tanpa pernah melupakan dirimu.
Adikku,
walaupun dirimu tak pernah ingin membaca dan tak pernah mengharap kehadiran warkah ini, kakakmu ini tetap juga ingin mencoretkan kata. Bukan tiada suara-suara yang meminta dirimu diketepikan sahaja kerana kau sendiri tidak memerlukan kehadiran kami. Seperti yang pernah kukatakan, apa pun yang terjadi masa tak mungkin berpatah kembali. Yang pergi tetap akan pergi. Yang tinggal juga akan menyusul nanti. Jadi sementara masa masih ada, rasa yang terbuku ini harus kuleraikan juga.
Adikku,
kini aku tahu apa yang 'mereka' rasa. Membawa rindu yang tidak berkesudahan bersama. Perasaan itu tidak pernah kupinta, namun hadirnya bersama setiap hembusan nafas selagi bernyawa. (Aduh, peritnya tekak dan dada ini menahan rasa).
Adikku,
kita tak mungkin dapat mengutip kembali daun-daun waktu yang telah gugur lalu hancur dan sebati bersama bumi. Namun sekiranya ada izin Ilahi, masih ada anak pokok yang perlu kita siram dan baja agar ianya boleh hidup dengan subur. Hulurkanlah tanganmu Dik. Marilah bersama kita pelihara anak pokok itu agar ianya boleh membesar dengan sihat dan mengeluarkan daun-daun hijau di dahan dan rantingnya yang rendang. Mudah-mudahan ia dapat menjadi payung yang melindungi kita dari panas dan hujan.
Renungkan juga benih yang kau tanam dulu Dik. Mereka juga perlukan perhatian dan belaian tanganmu. Jangan biarkan mereka menjadi mangsa kepada cuaca yang kejam. Belum sempat berbunga, kering ia bagai tak pernah dibaja.
Ya, suasana sekitar jarang ingin membantu bila kita dalam keadaan buntu. Banyak yang hanya ingin turut menghenyak bila kita mula dipijak. Tambahan bila kita memang manusia yang tiada nama, sewenang-wenangnya luka kita dianggap bagai kusta.
Adikku,
walau apa keadaan pun, meski seburuk mana pun, darah daging tetap darah daging. Sakit memang sakit, Dik. Tapi kesakitan itu adakalanya adalah pengajaran dan pelajaran yang terbaik buat kita.
Setakat ini dulu. Tak mampu lagi jari-jari ini terus mencoretkan kata sedang tekak dan mata perit dan berair tidak sekata. Salam 14 Ramadhan 1433H bersama doa semoga Syawal nanti membawa bersama cahaya indah buat semua.
saya baru teringat tadi tentang Kakak dan dia
BalasPadammoga dibukakan hati dia kak...
Terima kasih, Dik Izat.
Padammoga moga adik kakcik terbuka hatinya
BalasPadamsemoga di bulan yang barakah ini, Allah lorong kan hati nya untuk mengingati asal usul yang merindui nya..
BalasPadamtersentuh dgn karangan ini kakcik :(
BalasPadamsemoga sinar syawal dpt jenihkan yg keruh..
assalamualaikum kakcik...terharu nyer...:(
BalasPadamsemoga adik k.cik terbuka hatinya
BalasPadamdan semoga lebaran yang menjelma nanti sinar kebahagian bersinar terang
moga mogalah adik kakcik balik beraya tahun ni
BalasPadamInsyaallah....kak chik bulan penuh rahmat ini kita perbanyakkan berdoa agar dibuka pintu hatinya
BalasPadamTersentuh hatiku membacanya kakcik. Smoga ada sinar dibulan yg mulia nih.
BalasPadamQada'dan Qadar hanya Allah yg tahu kakcik. Kemampuan seorg kakak hanya berdoa dan terus berdoa. Mana tahu dalam himpunan doa yg tidak terkira itu ada satu yg terselit dan dimakbulkan...insya-allah doa kakak juga.
BalasPadamsemoga terbuka ointu hati nyer utk menjernihkan keadaan..amin ~
BalasPadamberat terasa hati bila mbaca warkah ni...dapat merasakan perasaan kak chik
BalasPadamMoga bertemu dan bersatu semula di hari raya ini...
BalasPadamSemoga Ramadhan kali ini melembutkan hatinya kakcik dan semoga Syawal kali ini menemukan dan mengeratkan semula ikatan yg telah lama longgar...InsyaAllah...
BalasPadamsaya pernah bergaduh besar dengan abang, tapi saya sebagai adik saya pikir sy kena mengalah, air dicincang takkan putus... sabar ye kakcik...
BalasPadamsemoga dipermudahkanNya.. :)
BalasPadamkalau duk seremban hari2 leh gaduh..bila jauh2..xde plak nak gaduh2
BalasPadamKitorg adik beradik sntiasa ingat pesanan Mama ~ Mesti selalu berbaik-baik, jgn dengki mendengki, mesti tolong menolong. Setakat ni alhamdulillah .. kami tak pernah bergaduh besar. Gaduh manja ada. Ella doakan segala yang keruh dpt dijernihkan, kakcik. InsyaAllah.
BalasPadamSebenarnya kami tak bergaduh pun, Ella. Cuma dia menghilangkan diri tanpa diketahui sebabnya. :(
Padamsayu sangat baca...moga adik akak dibuka pintu hatinya...
BalasPadamSemoga adk kak chik membaca lembaran ini...dia terbuka hnatinya utk kembali...
BalasPadamermm..
BalasPadamdayah tak tau nak komen apa kak cik.
jujurnya dayah tak tau apa yang terjadi ..
dayah cuma paham akak rindu kat adik akak.
sedih nya baca coretan kakcik..
BalasPadamsemoga Allah lembutkan hati nya untuk kembali kepada keluarga ..
Kakcik , KA dapat merasakan kesedihan itu kerana nasib kita hampir2 sama, berat mata memandag berat lagi bahu memikul, moga ramadan ini membawa cahaya bahagia buat Kakcik dan KA juga !
BalasPadamSemoga setiap doa dan hajat kakcik dimakhbul Allah, InsyaAllah.
BalasPadamKakcik..faham keadaan dan situasi hati kakcik..mtelah lagi bakal mnyambut syawal..semugaAllah bukakan pintu hatinya untuk kembali kepangkuan orang orang yang menyayanginya.insyaallah..
BalasPadamNekcik nak kongsi sesuatu kalau boleh: masa kuliah dulu ustaz ada pesan..sekiranya ada anak anak yang lupa nak balik..atau lari dari rumah...ambil gambar yang berkenaan..kita baca surah dhuha ayat 1..5..lepas itu..tonggengkan (kepala kebawah) gambar itu ..dan baca lagi surah tersebut..buatla lepas solat hajat ...
nekcik slalu buat (bayangkan jer muka) bila anak lambat balik rumah...lepak lepak tu....taklah serious mana pun cuma risau kekadg tu..atau kuching nekcik jalan tak balik!!! alhamdulilah..yakin..sekadar berkongsi sepotong ilmu!!
sy doakan semoga adik kakcik terbuka hatinya utk kembali syawal nnt...
BalasPadammasih tak pulang lagi ye kakcik?
BalasPadamsabar ye... jangan henti berdoa...
semoga hatinya terbuka utk kembali ke pangkuan keluarga semula...
insya Allah kak..mudah-mudahan berlaku sesuatu yg manis di pagi leabran nanti :)
BalasPadamnasib baik saya dah lama follow blog akak, kira boleh faham la sket2 isi kandungan surat nie
BalasPadam