Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Ogos 2012

Selangor cuti, Kuala Lumpur sesak...

Tak tahulah apa kewajarannya bila polis menutup laluan ke Jalan Kinabalu
yang mengarah ke Jalan Loke Yew. Terpaksalah masuk ke Jalan Tun Perak
yang 'sah dan soheh' adalah sangat sesak.  Nampak tak lampu isyarat berwarna
hijau itu?  'Berminit-minit' masih tak boleh lepas. Pak Polisi sedang 'bicaraan'
sama Pak Penguatkasa DBKL untuk mencari penyelesaian agaknya.

Pak Polisi meninggalkan seketika tugas mengawal lalulintas, lalu para
pemandu yang budiman menggunakan budi bicara sendiri sesuka hati
sehingga menghalang laluan orang lain. :(

Sabarlah duhai hati!

Tukar topik - agaknya tempat letak kerata itu 'berfungsi'kah?
Syukur juga kesemua adik-adik bertugas di Selangor, jadi mereka berkampung di rumahku dan siap menyediakan hidangan untuk berbuka puasa bersama.  Dapatlah diri ini bercuti seketika dari tugas memasak.

Anak-anak yang keletihan:



23 ulasan:

  1. salam kakcik

    disebabkan jalan tutup dekat dataran merdeka, saya berjalan kaki dari depan dataran DBKL ke stesen masjib jamek.

    semalam adalah peluang rakyat selangor bershopping di KL, sebab KL tak cuti...

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan Kak Cik

    orang Selangor memang tunggu2 hari Nuzul Al Quran untuk shopping....

    BalasPadam
  3. sib baik jauh, kalau tak mesti gi kl jugk nk shopping.. huhu

    BalasPadam
  4. mmg camtu kan kakcik, asal selangor cuti je msti kl sesak... ramai2 turun kl supink heheheh...

    kadang kan lalulintas jd tambah sesak kalu pak polisi jaga, kalu ikut trafic light ok je... mungkin time jln betul2 sesak baru pak polisi ptt jaga jln

    BalasPadam
  5. seronok nyer semalam di shah alam tenang saja. nak gi shopping pun seronok... hahahah... minta maaf org KL. tp kalau KL cuti, shah alam sesak tak?

    BalasPadam
  6. semalam tak gie mana mana , lepak kat umah jer

    BalasPadam
  7. tu kat atas jalan yg jem, kat mall macam mana la agaknya..

    BalasPadam
  8. jem2.. biasa la KL kan akak.
    best buka puasa ramai2 adik beradik..
    selamat berpuasa.. :-)

    BalasPadam
  9. Selalu adik-adik kakcik bertandang rumah kakcik dah masak-masak lepas tu makan bersama. Kakak sukalah macam tu..

    BalasPadam
  10. Org Selangor ambil kesempatan Shopping. Tp KL mmg sentiasa jem. Bercinta nak pergi ;)
    Seronok boleh rehat memasak. Bagus adik2 kak cik. Kalau saya dah tentu tuan rumah kena masak ;)

    BalasPadam
  11. kakpah tak berani masuk kl kakcik....

    BalasPadam
  12. Semalam Aina merempit balik awal pukul 4.30pm tu pun jenuh nak mencilok...kalau lagi lambat maskkk le jawabnya...

    BalasPadam
  13. haa memang pun kak
    masa tuu lah org nak pi sopink
    sape yg kejar di KL fenin lah ;))

    BalasPadam
  14. saya memerap kat rumah je..cukup lah hari bekerja mengharungi jem..tensi dibuatnya..hehehe..

    BalasPadam
  15. hehehe...dah memang jadi tradisi setiap tahun kan?

    BalasPadam
  16. saya ni baru jem sikit dah bising, mcm manalah kalau menghadapi jem macam tu....huhu.

    BalasPadam
  17. Org selangor ambil kesempatan la cuti semlm utk bershopping...tak sanggup rasanya nak mengharung jem mcm tu..nasib baik saya dah membeli tuk anak2 sbelum puasa lg kakcik...

    BalasPadam
  18. nsb baik tak kuat g KL ari Isnin...

    BalasPadam
  19. saya fobia nak masuk KL.

    sebabnya..

    saya tak larat nak ngadap jemmmmmmmmmmmm

    BalasPadam
  20. Kami orang kl pun malas nak kaluar..bagi can kat pelawat pelawat luar!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com