Kawan-kawan kakcik

Ahad, 12 Ogos 2012

Satu hari di hari Sabtu (bahagian 2)...

Dari Jalan Tuanku Abdul Rahman terus ke Tesco untuk beli barang keperluan ...

Hari Sabtu - bawa beg sendiri.  Kalau tidak kena bayar 20sen untuk
setiap satu beg plastik yang dibekalkan oleh pihak Pasaraya.  Kenapalah

kita tidak boleh bawa beg sendiri di hari lain juga, kan? *mentaliti*

Tak penuh troli pun...

... harga yang perlu dibayar.  *terpaksa?*
Selepas 'Asar, beramai-ramai berkumpul di rumah adik perempuan kakcik di Taman Selayang Mulia untuk berbuka puasa ...


Kakcik bawa ikan siakap goreng (kuah masam manisnya adik kakcik sediakan)...

... kubis goreng pun kakcik bawa juga ...

... rumah adik tak cukup pinggan, jadi kakcik bawa sama ...

... nasi kakcik masak siap-siap dari rumah ...




... kakcik makan mi goreng basah yang disediakan oleh adik kakcik ...

... lupa pulak - kakcik juga bawa lasagna seperti ini yang disediakan oleh Bangcik.
Pada jam 10.00 pagi tadi kakcik terlihat seorang lelaki yang jelas kelihatannya seperti Melayu walaupun memakai topi keledar membeli nasi bungkus kemudian tergesa-gesa pergi.  Mungkin tuntutan kerjanya (dia memakai jaket syarikat pengangkutan awam), tidak membolehkan dia membeli makanan bila waktu petang nanti!  Wallahhuaklam.

17 ulasan:

  1. Yaa berbaik sangka, kan? tapi nak tergelak pun ada. heh heh heh

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik,

    Seronok berkumpul berbuka dgn adik bradik..

    BalasPadam
  3. sebab tu saya suka beli barang dapur kat NSK, penuh troli pun kekadang tak sampai pun RM200

    BalasPadam
  4. kakcik,salam
    bersangka baik....dia mungkin beli untk isteri dia yang sakit atau dalam pantang kat rumah...hehe.

    BalasPadam
  5. sronokkan kak, dpt berkumpul ramai2 camni, best

    BalasPadam
  6. seronok iftar ramai2 kan..meriah :)

    BalasPadam
  7. beras cap apa tu ? panjaaaaaaaang !

    BalasPadam
  8. wah..bestnya.. seluruh ahli keluarga berkumpul.. meriah betul..

    BalasPadam
  9. wah banyak membeli tuu kak
    sampai terpkasa bayar ekke ;))

    seronok berbuka ramai2 nie kak kan lajuu je makannyeee
    wahh pandai bangcik buat lasagna .. saya sampai skrg x pernah buat layie kak huhuh

    BalasPadam
  10. Brg sekarang memang terasa mahalnya... Beli sayur saja pun dah berpuluh ringgit...

    Makchaq tahun ni hanya berbuka sekeluarga saja, itu pun jarang yg cukup korum. InsyaAllah hari Jumaat ni dpt berbuka dengan mak di kampung.

    BalasPadam
  11. dah macam port luck pula. bagusnya bukan dtg makan je tp macam2 di bawa ;)

    byknya shopping.. biasanya kami tiap tahun time raya paling tinggi belanja ;)

    BalasPadam
  12. rajinnya Bangchik masak lasagna.. thumbs up!!!

    BalasPadam
  13. Samalah kita.. Nur pun berbelanja barangan dapur petang tadi.. Seronok melihat kakcik makan beramai2 dengan ahli keluarga yang lain.. Lasagna tu menggoda!!

    BalasPadam
  14. paling best dapat berbuka ramai2 camni.tak kisah lauk ape pun semua jadi sedap.

    BalasPadam
  15. Kak Cik, boleh bagi email? saya nak tanya something kat Kak cik...terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emel kakcik : emzekjay@hotmail.com atau kakcikseroja@gmail.com.

      :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com