Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Ogos 2012

Kakcik mengalami konflik tahap kritikal?...

... kakcik pun tak pasti tentang itu!! 

Sebenarnya pagi tadi kakcik menghadiri satu 'kursus' yang menarik lebih dari 100 orang peserta menghadirinya. Temanya 'Inventori Personaliti Warna'. Setiap peserta diberikan borang 'soal-selidik konflik dalam diri, keluarga dan organisasi'.  Setelah menanda jawapan yang dirasakan sesuai dengan diri, para peserta diminta menjumlahkan markah keseluruhan yang didapati.  Markah yang kakcik catat (semuanya untuk bacaan sendiri dan tidak didedahkan kepada orang lain - tapi kakcik sekadar kongsikannya di sini) ialah sebanyak 91 markah.

Nak tahu tak apa makna di sebalik markah itu?  Maknanya adalah seperti berikut : (skala 120 - 91)

*  mengalami konflik pada tahap kritikal
*  tidak dapat mengawal emosi dan tingkahlaku
*  perlu bantuan dan pertolongan orang lain
*  disyorkan berjumpa dengan kaunselor segera bagi membendung  konflik yang semakin mendalam dan memudaratkan diri

Cheqnaaaaaaaaaa ... cepat tolong mama!!!

37 ulasan:

  1. apa yg terjadi? oh rupanya ujian tu ke...

    kak cik stress ke nk dpt menantu?

    BalasPadam
  2. Eh... baguslah kacik kalau dapat kongsikan soalan-soalan yg diberi lepas tu kami pulak test mana duduk diri sendiri.

    Tapi boleh percaya ke rating tu kakcik?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kakcik..
    konflik apa tu kakcik? moga xde apa la kan:)

    Rindu kakcik, ni baru sempat jenguk kakcik.

    BalasPadam
  4. mungkin stress kot kakcik..
    sbb tu markah kurang dr skala nya
    teori sy mengagak je hehe

    BalasPadam
  5. Mama gamaknyer lg la byk konklik dlm diri eks.. aduhai

    BalasPadam
  6. err konflik ape tu kakcik..?

    super stress gamaknye

    BalasPadam
  7. konflik dalam diri..hmm..perlukan huraian ni, kakcik...hehe..

    BalasPadam
  8. ma..kalau IPW ( inventori personaliti warna) just nak tau kita ni terdiri di kalangan org kaler apa..ada 4 kale utama iaitu biru hijau oren dan kagi satu lupa plak..
    kompem ke ma jawab IPW??sebab inventori ni banyak ma... kalau ipw x ukur stress ma..

    BalasPadam
  9. Cheqna... tadi ma 'dapat' warna hijau, tapi ma rasa macam tak betul je! ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...ujian ni nak tau betul atau tak dapatan hasilnya bukan mudah..banyak faktor yang mempengaruhi...cnth: emosi kita masa jawab soalan ok ke dop...ada perkara lain mengganggu ke dop...suasana menjawab inventori tu teraputik ke dop...bising ke dop..semua tu memberi kesan pada jawapan kita ma...err..hijau...ma bukan orang teori erk???

      Padam
  10. Mama rasa mama warna 'emas' la Cheqna. :)

    BalasPadam
  11. Salam Ramadhan Kak Cik

    perlu pertolongan dan bantuan orang lain tu...

    BalasPadam
  12. Kalau ikut kat sekolah nii..,score 91%..A+ merangkap cemerlang tuu kakcikS...
    :):)
    InsyaAllah....
    ok semuanya..
    :)

    BalasPadam
  13. konflik tahap kritikal??..biar betul kakcik...

    BalasPadam
  14. betul ke ni, hanya kakcik sendiri yg tau!. mybe soalselidik x berapa nak betul tak!

    BalasPadam
  15. Adoii lah...konflki apa nyer kak...biasa jer tgk.....ahakz

    BalasPadam
  16. hhehehe...konflik apa tuh akak? cer share sket nak tau gak nih. hahahaha

    BalasPadam
  17. Salam sejahtera KC

    Ala kongsilah isu cerita bendaalah tu, kitaorang nak tau juga. Tak fahamlah KC..

    BalasPadam
  18. alahai bonda... salah jwb kot tu.. hehe

    BalasPadam
  19. kongsi la utk sama2 kita mengetahuinya,menilainya..

    BalasPadam
  20. hehe, saya lagi x pakar dalam bab ni kak chik...

    BalasPadam
  21. Salam Kakcik,

    Akak dah mengenali kakcik selama 3 tahun walaupun kawan siber, akak tahu kakcik boleh handle sendiri konflick2 tu..

    BalasPadam
  22. hahahaha..memang agak kritikal.ehehehe

    BalasPadam
  23. Kritikal? Skala diorang tu calibrate tak? Silap tuuu...

    BalasPadam
  24. As salam Kakcik,

    Menarik ni... Lagi menarik kalau kakcik share kat sini...ramai yg berminat tu...hehehe :)

    BalasPadam
  25. Allah BETTER than kaunselor

    tahajud nangis 4 pagi lah agar DIA bantu kita

    Cari cara2 how to solat 1/3 malam terakhir ;)

    All the best, BIG sis!

    BalasPadam
  26. boleh tak tolong masukkan inventori konflik tak berserta intepretasi sekali.sangat memerlukan lah...urmmm...try cari tapi tak ada pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tanya dengan Cheqna di http://inacheqna.blogspot.com, dia tu kaunselor bertauliah. :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com