Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 Julai 2012

Terima kasih atas kata-kata semangat yang kawan-kawan berikan...

... ramai yang bertanya kenapa ...

Sebagai menghargai rasa kasih yang anda semua berikan kepada kakcik, biarlah kakcik bercerita agar ianya tidak akan berterusan menjadi tanda tanya ...

Sebagaimana yang kakcik beritahu sebelum ini, kakcik menghadiri kursus selama dua hari.  Ianya adalah anjuran Unit Kaunseling dengan  tajuk 'Anda Berhak Hebat'.  Dari hari pertama kursus ini dijalankan, perkataan seperti 'bodoh, bangang, lembab, penyamun, ahli neraka dan sebagainya' adalah menjadi 'makanan' para peserta secara rambang.

Tak tahulah apa nasib kakcik pagi ini bila tiba-tiba kakcik pula yang menjadi mangsa.  Lebih sepuluh minit kakcik dileteri di hadapan para peserta lain.  Terasa 'kembang kuncup' badan kakcik dibuatnya. Asalnya kakcik ditanya kenapa duduk di kerusi belakang sedangkan kakcik datang awal.  Hari sebelumnya pun kakcik duduk di tempat yang sama dan tanda nama telah ada di atas meja.  Mula dari hal itulah meleret-leret kakcik dileteri dengan kata-kata 'aku tak suka apa yang ada dalam fikiran kau', 'kau memang tak guna', kau boleh berambus dari kelas ini', 'aku tak halalkan air itu (air bacaan Al-Quran dan air bacaan Al-Fatihah) untuk kau', 'kau boleh berambus sekarang' dan sebagainya.

Memikirkan kakcik sudah cukup tua (bukan setakat dewasa sahaja), kakcik cuba jadi orang hebat dengan menebalkan muka dan tabahkan hati.  Berjumpa dengan si penutur kata waktu rehat dan memberitahu kakcik akan berada dalam kelas tersebut sehingga akhir dan dia hanya menjawab 'ok, jangan simpan dalam hati'. 

Peserta juga diingatkan berkali-kali bahawa sesiapa yang mengumpatnya, dia (yang diumpat) akan dapat pahala dan dosanya akan pergi kepada sipengumpat.

Ada peserta yang bertanya apa perasaan kakcik.  Kakcik cuma menjawab bahawa kakcik orang hebat yang tidak akan menangis dibuat begitu.  Paling tragis bila dia turut 'menyumpah' anak yang dikandung seorang peserta akan menjadi malas kerana menurut katanya peserta itu seorang yang pemalas dan tak guna!

Bila kakcik ceritakan hal ini kepada suami, suami pula yang naik angin mendengarnya...

Kakcik nak tanya, begitukah caranya untuk menyedarkan orang supaya menjadi hebat?  Kakcik tidak ada apa-apa sijil mahupun diploma, jauh sekali ijazah atau phd.  Tapi kakcik adalah manusia yang punya hati!

24 ulasan:

  1. kursus apa macam tu..pelik jugak...apa2 pun banyak bersabar kak..

    BalasPadam
  2. ishhh akak, saya tak penah dengar lagik kursus camni. kalo sy mmg tak sabar, boleh hilang sabar, silap aribulan saya tampar org tu

    BalasPadam
  3. Makchaq pun tak dak kelulusan.. tak tau nak kata
    Tapi kalau itu yg kaunselor2 pelajari untuk bergelar kaunselor... Makchaq rasa amat la menyedihkan..
    Kesian jugak kat kaunselor.. Kena berubah jadi tidak beradap untuk cari makan...

    BalasPadam
  4. Ya Allah kakcik. Memang kasar bahasa, betul ke itu caranya untuk mendidik orang menjadi hebat? Kalau kita mendidik anak pun, kita di saran untuk tidak berkasar, takut nanti mereka memberontak, ini mendidik orang dewasa, begitu ke cara.

    Baca je pun yus takde rasa hormat dengan penceramah macam tu, bagaimana nak terkesan dengan apa yang di sampaikan...

    BalasPadam
  5. brg kali dia menggunakan sisi negatif utk membentuk seseorg (reverse psycho).. kalu kite terasa, maka mmg benarlah itu diri kita.kalu x terasa, kita mmg org hebat.

    BalasPadam
  6. saya against cara macam ni utk motivate org. not working anymore.

    siyes!

    BalasPadam
  7. adoiyaiii !
    biar benar2 kejadian nie akk ..
    huuhu betul ke apa yg saya baca dan apa yg akk tulis nie??
    betul ke ada manusia macam nie ??
    betul ke ada manusia yg beri nasihat macam nie ??

    huwaaaaaaaaaaaa pueh baca berulang2 kali saya nie
    nak meyakinkan apa yg kak cik tulis dan alami ini adalah benar2 kejadian ..

    pelik ??????

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum my dear kakCiks:)

    KakCiks..kenapa teruk sekali bunyi penyampaian kursus tu yaa..
    Mungkin tini bukan tergolong org yg hebat..sebab..
    dari cerita KakCiks...sekeras2nya..tini tak setuju dan tak suka pengisian sebegitu rupa:(
    Sabarnya kakCiks masa tu yaa...

    BalasPadam
  9. Kakcik, masa zaman saya belajaq nak jadi cikgu di fasa pertama 20 tahun dulu, Kursus Latihan Membina Semangat (KLMS) adalah diwajibkan untuk diikuti. Masa tu saya & rakan2 lain kena macam yg Kakcik kena sekarang nilah. 8 hari penuh dgn aktiviti lasak & kenyang makan maki hamun. Aktiviti lasak itu saya hargai pengalamannya kerana tak pernah saya melaluinya sebelum itu tapi kata2 nista & maki hamun tu, saya tak rasa sampai ke tahap itu perlu saya terima. Tapi apa daya saya, hanya guru pelatih pada masa tu, budak hinguih yg baru nak kenal dunia. Terpaksa sabaq sajalah.

    BalasPadam
  10. Si kaunselor tu hebat ka? Perasan hebat la kot tu yg bagus duk maki hamun so that org lain pun jd hebat mcm dia....huhhh tak nak la jd hebat klau duk sakit kan jiwa org ramai...

    BalasPadam
  11. Motivator ke gitu? Hebat sngat agaknya sampai melayakkan beliau berkata kasar pada peserta.yaya rasa kakcik lagi hebat dari dia..mampu prgi menghadap dia..respect kakcik..positif berdepan denagn org yang tersangat hebattt itu.

    BalasPadam
  12. Saya menangis membaca entri Kakcik ini..!! betul saya menangis sebab sedih sangat! Saya ada hati, dan perasaan hormat serta kasih...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Kak Chik

    Ya allah, bior betul orang tu.
    kok ye pun nak motivate orang secara peneguhan negatif,
    takkanlah lafazkan kata2 macam tu ye?
    aneh...saya berulang kali membaca entry akak ni...akak mmg seorang yg sabar...

    BalasPadam
  14. Mcm tu sekali kak chik.... Bukan buat org bersemangat buat org marah ada kot

    BalasPadam
  15. orang yang hebat adalah sabar dan tidak melawan balas walau disakiti doakan org yg bersikap begitu akan menjadi peka dan hormati perasaan orang lain tahniah kakcik memang bijak

    BalasPadam
  16. hurmmmm...
    tak terkomen dayah..
    (yg dayah tau kakcik mmg penyabar....!

    BalasPadam
  17. Hanya orang yang sabar je boleh tahan menerima kata2 kesat seperti itu.. Kagum dengan Kakcik, tapi saya tak mampu jadi seperti akak. Nur sensitif orangnya.. Pendekatan ni sememangnya tak sesuai, ditambah pula dengan bila yang hadir ialah mereka yang dah dewasa.

    BalasPadam
  18. memang tidak mudah untuk menjadi orang hebat...

    BalasPadam
  19. Saya teringin nak buat perkara yg sama kat dia
    Saya nak tengok dia hebat ke tidak

    BalasPadam
  20. kursus apa ni Kakcik, kalau KA sampai ke satu tahap KA akan angkat tangan dan tanya sebab, kerana kita ni manusia biasa yg punya hati dan perasaan sedangkan ibubapa kita pun x pernah kata kita mcam tu inikan pula orng len. Kalaupun dia ada sebab utk kata mcm tu, KA perlu tau kenapa!..

    BalasPadam
  21. Salam Kak Chik,

    Kasar sungguh bahasa org tu,pd sy tak sesuai cara mcm tu,sedih dgr kak chik kena leter, sabar ye kak chik, kak chik mmg org hebat sanggup tebalkan muka,pekakkan telinga dan tunggu smpi hbs..kalo sy mmg x sanggup

    BalasPadam
  22. Assalammualaikum..

    Kenapa la ada kursus dan trainer mcm ni?takutnya saya kalau anjur kursus yg gunakan trainer mcm tu.Dia orang Islam ke?sedih saya..kalau saya, mau saya tinggalkan tempat kursus mcm tu je kalau kene sound mcm tu.

    BalasPadam
  23. kalau saya, ajak ramai angkat kaki tinggalkan si angkuh dan jelas, maaf cakap, bodoh sombong.
    ini lah keadaan dunia sekarang, bila orang sedemikian yang jadi pemimpin, mengajar cara yang tersangat terbalek. bila kata-kata negatif, kutukan, kepalsuaan yang dikatakan membina. mesti beritahu yang kita sama sekali tidak boleh terima cara si 'pendidik' yang merosakkan. sungguh tak pernah dengar cara kaunseling yang begini. unit kaunseling dah sah pun parah kerana memilih penceramah sedemikian.
    maaf saya emosi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com