Semalam, dalam tak sihat pun kakcik pergi juga ke pasaraya besar bersama suami, adik dan bangcik.
Tak sangka pula begitu ramainya manusia. Sampai troli pun puas kena cari di tempat letak kereta. Dalam pasaraya jangan ceritalah, panas bagaikan tiada udara. Rak barangan keperluan dapur pun banyak yang hampir kosong - terutama rak minyak masak.
Setelah mengambil barang-barang yang diperlukan (itupun tak semuanya ada), kami beratur di tempat membayar. Disebabkan badan yang tak kurang sihat dan rasa macam nak pitam, kakcik minta bangcik yang beratur dan kakcik menunggu di sebelah luar kaunter. Berhampiran tempat kakcik berdiri, terdapat seorang wanita (mungkin sedikit berusia berbanding kakcik) bersama beberapa orang anak kecil dan seorang remaja perempuan juga seorang wanita yang tiada kena mengena dengan mereka (kakcik tahu bila wanita itu bangun dan meninggalkan tempat itu). Mereka duduk di bangku yang disediakan di situ. Tak mengapalah. Kakcik tak hairan pun. Walaupun kakcik tak sihat, tapi kakcik masih mampu berdiri.
Kemudian, wanita yang seorang itu bangun. Cepat-cepat wanita yang seorang lagi meletakkan tangannya di ruang yang kosong itu. Kemudian dia memanggil remaja perempuan itu duduk di situ. Dah dipanggil, budak tu duduk sajalah. Siap perempuan yang seorang itu berkata 'kakak sakit kepala, ya'. Terang dan nyata, budak itu menggelengkan kepala tanda 'tidak'. Tapi, perempuan dewasa itu terus berkata 'sakit kepala la pulak'. Adakah maksudnya supaya dia tak rasa bersalah menyuruh budak itu duduk di situ?
Tak lama kemudian, budak itu dipanggil ke kaunter oleh seseorang - mungkin bapanya - untuk tolong mengangkat barang-barang yang dibeli. Cepat-cepat wanita dewasa itu meletakkan pula seorang budak lelaki yang masih kecil (bukan bayi), duduk berlunjur pula atas bangku itu. Haiiiilah manusia...
Kakcik pun tak teringin nak duduk sebenarnya. Baik kakcik bersembang dengan wanita Cina yang mendukung anak dan ramah bertanya itu ini kepada kakcik tu.
notataksiapatanya : mungkin wanita itu tak bermaksud apa-apa pun, cuma kakcik saja yang perasan dan sengaja hendak menambah dosa hati!
notataksiapatanya : mungkin wanita itu tak bermaksud apa-apa pun, cuma kakcik saja yang perasan dan sengaja hendak menambah dosa hati!
ye la tu...nk rebut tempat duduk...taku tsgt kakcik duduk kt situ kannnn
BalasPadamaduhaiiii.....mgkn mase tu dia tak selesa kot ade org same dgn dia duduk situ..
BalasPadamBetul Kakcik. Manusia sama manusia jugak yg suka sgt nak mendorong kite bt dosa. Dah bt dosa tu, btlah sorang2. Jgn nak ajak kite bt gak! arghhh! Jhtlah setan ni!
BalasPadammacam macam perangai manusia kan?
BalasPadamadohaaaii... apa la camtu...
BalasPadamko ni kan , jenis yg suke mencemuh orang, apasal ni jadik negatip dan narrowminded camni? cubalah luas pemikiran dan pandangan ko tu sikit, daripada mengata yg bukan2, hidup akan lebih senang...
BalasPadamok, ko boleh buanglah komennya ni,memang ko takleh terima kenyataan dan nasihat!!
kaknah
manusia ni ma macam2..
BalasPadamcheqna kalau nampak tmpat duduk kosong n ada org yg cheqna rasa lebih memerlukan memang kompem cheqna bagi...
siapa kitakan kak chik nak mentafsir sifat manusia, kekadang ada manusia yang jenis prihatin ada juga yang jenis tak suka diprihatinkan...apa2 pun sekarang lebih baik kita pandang dan lihat ... mungkin itu lebih baik kak cik
BalasPadammacam main berebut kerusi kat besday barty la pulak...
BalasPadamKalau ditempat umum inilah kenyataannya kan kakcik pelbagai ragam manusia yg jelas kelihatan....pelbagai watak dan tingkahlaku...
BalasPadamalahai, apalah maksud dia ya kakcik. Bersangka baik ajelah....
BalasPadamlebih suka berikan tempat duduk kpd org yg lebih memerlukan sbb kita tak tahu masa kita bila kan....setiap perbuatan kita ada ganjarannya.....
BalasPadamtapi ada yang macam tu kakcik. takpelah, di rumah dia takde bangku? opsss
BalasPadamkat umah dia takde bangku.hahaha
BalasPadamokey..baru saya baca dan tahu sebab musabab 'kak nah' komen tu..hehe
hahaha... selalu ada gak kena camtu.. dia tak tau yg kita nih sakit tp dia dok menangkan anak beranak dia.. apa la org nih.. apa salahnya bertimbang rasa.. dpt gak pahala sikit.. kannn
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamKat atas publik transport, lagi banyak macam pesen boleh kita tengok kan...
Tpkan kakcik dah dua kali dia macam x kasi org lain duduk situkan,tp berprasangka baik ajelah....
BalasPadamhehe..
BalasPadamnak gelak pun ada baca entry kak cik nih tapi rasa cam dayah jahat sgt la pulak kang (kak cik tgh sakit kepala kan)
tapi...rasanya kanak2 pun boleh faham apa maknanya bila org tu buat cam gitu...
kan?
inilah dianya sikap orang kita kan...
:(