... masih adakah waktu buat kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan itu? Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui. Bila dikatakan hanya Allah Yang Maha Mengetahui, sudah tentulah kita hanya semata-mata hambaNya yang serba lemah. Jadi, masihkah kita mendabik dada dan mendongak kepala bersikap angkuh dan sombong sesama manusia? Tak perlu bertanya kepada orang lain, tanyalah diri kita sendiri kerana jawapannya ada pada kita ...
InsyaAllah, Khamis ini = 5/7/2012 bersamaan dengan 15 Syaaban 1433H atau lebih dikenali dengan nama Nisfu Sya'aban. Ilmu kakcik terlalu cetek untuk berkongsi tentang segala kelebihan dan kebaikan yang ada dalam bulan-bulan Islam ini. Tapi, semua itu tidak membataskan kakcik untuk mencari ilmu melalui pembacaan. Pelbagai bahan bacaan tersebar dengan begitu luas. Terpulang pada kita untuk memilih yang baik dan melunakkan hati kita kepada perkara-perkara yang disukai oleh Allah dan Rasulnya.
Sekadar berkongsi apa yang kakcik baca : '(15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)'. Sama-samalah kita manfaatkan masa yang kita masih ada.
Kepada semua pembaca blog kakcik ini, sama ada yang kakcik kenali atau tidak, kakcik memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata dalam penulisan kakcik selama ini menyinggung perasaan anda. Kakcik bukan manusia yang sempurna dan lemah dalam serba serbinya. Kakcik boleh memohon ampun atas dosa-dosa kakcik dengan Allah secara langsung kerana Dia Maha Pengampun. Namun, dosa kakcik dengan manusia tidak akan terhapus sehingga manusia itu sendiri memaafkannya. Sekali lagi, dengan penuh rasa rendah hati dan diri, kakcik mohon agar segala salah silap kakcik harap dimaafkan.
Gambar yang tiada kena mengena dengan catatan di atas. Mee goreng hasil masakan anak kakcik - Bangcik dengan bantuan adiknya, BS. |
insya allah. sedih sebab bendera merah... uhuk2
BalasPadamsama lah dengan saya akak, jika ada mana2 komen saya mengguris hati & perasaan akak, saya mohon maaf.
BalasPadamInsyallh, sama2 mengingati kwn2 mudahan ada redho Allh disitu...
BalasPadamkakcik, lapar ni... ;)
BalasPadamsaya pun mohon maaf kepada semua.
BalasPadammohon maaf juga kalau ada salah silap
BalasPadamKita semua insan yang tak lari dari kesilapan, sama2lah saling bermaafan.
BalasPadamsaya pun kak..
BalasPadamsama la saya pun kak. mee goreng sedap kalo perah asam limau, biar masam2 ckit..perghhhh best.
BalasPadamakak nak datang kedah ke ni ? ni no telefon saya 0194135056
malam esok kan akak solat sunat nisfu syaaban.
BalasPadamlagi 2 minggu nak puasa..cepatnya masa berjalan..
Rietta pown sama....ambil kesempatan ini...mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap rietta selama ini....
BalasPadampandainya anak kakcik masak. nampak sungguh menyelerakan.
BalasPadambenar pesanan suami kakcik.
benar juga peringatan kakcik.
waktu semakin singkat.
semuga kita tidak mensiakan masa yang baki.
walau saya baca secara senyap, saya suka ke sini.
tulisan kakcik saya dapat rasakan terbit dari hati.
dan kerana kesedaran tentang kelemahan kita dan hampirnya saat kembali maka akan sentiasa risau akan segala salah silap kita dan wajib kita sama saling memohon maaf, jangan tangguh menanti syawal yang belum pasti.
Sama dengan saya kak cik... walaupun baru sehari dua berkenalan tapi mana tahu dari komen saya ada mengecilkan hati kak cik saya dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf ye kak cik...
BalasPadam"Sedangkan Nabi ampunkan umatnya inikan pulak kita"
As salam Kakcik,
BalasPadamMarya pun sama juga, memohon ampun & maaf sekiranya ada terguris rasa, terkasar bicara...kdg2 kita rasa kita sorang yg pandai, kita sorang yg betul segalanya... Semoga kehadiran bulan yg mulia ni bertambah-tambah amalan & pahala kita, insya'ALLAH :))
Harap2 bolehlah berpuasa sunat 15 Syaaban nnt dan melakukan amalan sunat yg lain... Insya'ALLAH, Insya'ALLAH...
Pandainye anak bujang kakcik masak! Tumpang bangga :))
Assalamualaikum wbth kakcik seroja.....
BalasPadamsalam kenal dari sumanje....
maaf kehadiran tanpa di undang..... su singgah di kala sunyi ke blog sis
Amin.. Semoga kita manfaat yer :)
BalasPadamSalam Kakcik, selamat menyambut Nisfu Syaaban. Dan semoga kita berkesempatan menyambut bulan Ramadhan yg baroqah! Mohon maaf jua kalau ada silap dr akak.
BalasPadamsangat bermanfaat...tq
BalasPadamrajinnya bangchik memasak kakcik..
BalasPadaminsya allah..saya pun minta maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang saya kenal kakcik..terutamanya masa saya pergi jalan jalan cari mangga ke rumah kakcik weekend yang lalu..
Saya pun nk mohon maaf pada kakcik dan pada semua sekiranya ada komen atau kekurangan diri yg tidak menyenangkan..Doa2kan kami di sini yea kakcik.
BalasPadamSalam. Nur pun minta maaf andai ada salah dan silap.. Suka pada rakan2 blogger yg suka berkongsi info dan nasihat. Setidak2nya boleh jadi peringatan utk diri sendiri.
BalasPadamKakak juga tidak kurangnya kakcik mohon ampun dan maaf andai ada yg tak berkenan dihati..
BalasPadamRajin hero-hero kakcik ke dapur:)
salam kakcik. Yus pun nak minta maaf kalau selama perkenalan kita di alam maya, komen2 dari yus atau juga penulisan yus ada yang mengguris hati...
BalasPadamnampak macam maggi goreng je , tp nampak sedap. Pandai hero2 kakcik masak...
saling bermaafan itu perlu..maafkan saya sekiranya saya ada perkataan atau entry2 yg menyinggung perasaan kakcik dan rakan2 blogger
BalasPadamNurul pun sama kakcik nak minta maaf andai selama kita mengenali di alam maya ada menguris hati kakcik.
BalasPadamSedapnya mee goreng yg hero2 kakcik masakkan tu.
nak komen yg takde kena mengena dgn entry pulak ble x?
BalasPadamhehe...
sengeh2 dayah baca "kata suami kak cik " itu..
tapi biasanya org yg kita kenal begitu(kuat mengata)
mmg cam gitu perangainya kan?
:D
saya pun sama sama minta maaf dgn kak cik....
BalasPadam