Kawan-kawan kakcik

Ahad, 17 Jun 2012

Sayangilah...

sayangilah sesuatu itu
sewaktu ianya masih dalam dakapan
resapkan rasa kasih
dengan tulus dan ikhlas

sayangilah ia
agar dapat ia rasa
bahawa sesungguhnya kamu memang mencintainya
lalu ia takkan rela berpisah denganmu
biar sekuat mana badai melanda
biar dijanjikan ganjaran berganda

bila kasihmu tidak lagi dirasa
jangan tangiskan bila ia dibelai dimanja
oleh musuhmu yang selamanya kamu cerca
mungkin di hatinya kasih untukmu masih bersisa
namun semakin kau merayu 
semakin dirasakan kau bersandiwara semata 


notasesukahati : kepada yang faham, fahamlah ya.  Tak faham pun tak mengapa.  Catatan ini kakcik buat bila terlalu banyak papan tanda dan kain rentang di 'sekitar' kakcik yang memaparkan slogan 'sayangilah... sayangilah...'

14 ulasan:

  1. perenggan satu dan dua sekali baca dah faham..perenggan ke 3 baca dua kali tak berapa nak faham..hehe

    BalasPadam
  2. Sayangilah alam kita... skrg pencemaran udara, berjerebu.

    Sayangilah diri kita..... heeeeee

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/06/mengenang-isra-dan-mikraj-banyak-nya.html

    BalasPadam
  3. sayang seribu kali sayang, buah hati tergoyang-goyang...

    BalasPadam
  4. sayangilah sesama manusia & alam sekitar kita...

    BalasPadam
  5. .....sayangilah Allah lebih dari menyayangi insan lain....

    BalasPadam
  6. baru terbaca profile akak tadi...

    kira biji kopi kak?
    hehehe..

    psst..
    saya tukau address blog
    akak update ye

    BalasPadam
  7. bukan setakat sayang menyayangi sesama manusia dan alam sekitar. hendaknya lebih2 lagi pada Yang Maha Mencipta.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com