Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Jun 2012

Kenangan di Pulau Gaya (Bahagian 1)...

Wajah-wajah ceria

Cikgu Fahmi (suami Zana) tu memang sangat peramah.  Padanlah dengan suami kakcik.

Keluarga kecil Zana ini memang sangat-sangat menghiburkan.

Kesian Aziz Iskandar (anak tunggal Zana) kena kepit!

Bagi kita yang tak biasa, keadaan rumah itu membuatkan jantung berdegup kencang!


Walaupun sudah hampir 4 tahun tinggal di Kota Kinabalu dan suaminya
bertugas di Pulau Gaya, ini adalah kali pertama Zana hendak
menjejakkan kakinya ke sana.

Dimanakah pasangannya?


Menurut Cikgu Fahmi, 100% penduduk Pulau Gaya adalah dari kaum
Bajau Laut yang beragama Islam. Jadi tidak hairanlah terdapat masjid di sana.

Semoga mereka dapat mengamalkan ajaran agama Islam dengan sepenuhnya.  InsyaAllah.

44 ulasan:

  1. Memang bergaya Abg Bob di menuju ke Pulau Gaya kakcik! ;)

    Saya tgk rumah terapung tu,ngeri jugak..
    Masjid pun terapung atas air?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya terapung. Sebenarnya ada tiangnya. Berkali2 AbgBob menyatakan kehairanannya tentang bagaiamana mereka mendirikan tiang rumah tersebut.

      Padam
  2. sekali naik brapa kena charge kak cik? (per peron)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boatman tu kenalan suami Zana. Jadinya, kami cuma bayar RM20 (satu bot) untuk perjalanan pergi balik. :)

      Padam
  3. salam kak cik..takutla, lynn tengok perkampungan atas air..masjid pun atas air...macammanalah agaknya rumah atas air..bergoyang tak bila ribut..uish..seram pulak rasanya..tapi memg menarik k.cik..nampak suami dan kcik happy jer..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... nak tahu seronok ke tidak, tunggukan sambungan kisah ini. :)

      Padam
  4. salam kakcik....bestnya dpt jln2....tgk tempat org....kakcik pakai pakej apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pakai pakej sendirian berhad dengan bantuan Zana dan suaminya. :)

      Padam
  5. walaupun rumah mereka atas air,kawasan nya bersih kan kak,tak nampak pun sampah sarap...suka tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga sampah, tapi taklah sampai mencemarkan pandangan. :)

      Padam
  6. Kakcik, seram gak sy tgk umah teroleng2 dek ombak. Adehh...tibe2 peluh tapak tgn. Bru tgk gamba nie. Klu sy kat sane....mmg kalah sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun mulanya seram juga, tapi tetap teruja nak merasa pengalaman meniti titian usang tu! hehehe...

      Padam
  7. Masa makchaq pi tahun 1984 naik bot penambang biasa.. tak de life jacket, tambang 50 sen, masa tu belum banyak bot bermotor,
    anak2 pulau gaya kecik2 dak cekap dayung sampan sorang2 dan kemudikan bot.....
    masjid pun dari dulu dah ada....tp sekolah tak perasan pulak..
    masa makchaq pi kebanyakkan budak2nya dok main/mandi dlm laut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tak sempat singgah di sekolah (tak silap kakcik, sekolahnya atas pulau bukan atas air) temapy Cikgu Fahmi mengajar disebabkan keadaan cuaca yang tak mengizinkan.

      Padam
  8. budak2 kat situ kecik2 dah kena pandai berenang kan.. mabuk laut duk dalam rumah kalau time ribut..macam ngeri je..syukur saya tinggal atas darat..tapi untung diorang ni..tak perlu bayar cukai pintu..eh ke kena bayar jugak..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak diceritakan tentang mereka ni bimbang juga. Rasanya, ada 'permainan politik' terhadap mereka... hmmmm...

      Bumbung2 rumah di situ pernah juga diterbangkan angin bila ribut kuat. :(

      Padam
  9. bestnya rumah terapung. kalau nak mandi, terjun saja. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas mandi laut, kena juga jirus air tawar. Kalau tak nanti, melekit2 tubuh badan. :)

      Padam
  10. MAsjid terapung pun ada eh? hebatnya orang Pulau Gaya

    BalasPadam
  11. Nasib baik entry tak sama dgn kakcik, zana dah tutup cerita p.gaya....hehe..kcik je citer. Psl sape yg buat kita gelak sakit perut tu, kakcik ada jwpnnya...haha. Sampai skrg asyik citer psl hubby kc yg lucu tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun masih tak habis gelakkan suami kakcik tu. Dia tetap juga dengan jawapannya 'saya jerit tu sebab saya seronok sangat'... hahaha...

      Padam
  12. suka tengok rumah2 terapung tu.cantik2 gambar di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna kamera canggih, mesti lagi cantik gambar2 yang terakam. :)

      Padam
  13. bestnya kakcik dpt ke pulau gaya.. dpt naik bot ronda perkampungan rumah terapung...hehe...
    bila la saya nak kesana yer...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok sangat kerana akhirnya kakcik dapat 'mendekati' Pulau Gaya itu. :)

      Padam
  14. Salam Kakcik,
    selalu gak tertanya2 cam ner cara idup diorang ni, rumah atas air!

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Yong. Sama macam kehidupan kita, cumanya rumah mereka atas air. :)

      Padam
  15. waaa bestnyer bercuti. saya pun baru jer balik dari sabah minggu lepas. percutian di bandar n lautan.
    haaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  16. sy yg dah 5 tahun kawin dgn org sabah
    ni pun tak jejak lg kesini kakcik..

    cantikkkkkkkk sgt!!
    suasana rmh terapung tu kagum kagum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah tu, bila kita tinggal di satu2 tempat, kita jadi tak teruja untuk pergi ke tempat yang orang luar suka pergi. )

      Padam
  17. Bestnya... Memang suka naik bot.. Murahnya bayaran yang dikenakan.. :) Susah nak lihat pemandangan seperti kat Semenanjung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu harga kawan2, kalau pergi sendiri memang tak dapat tambang dengan harga begitu.

      Padam
  18. kalau takut dilambung ombak,jgn buat rumah atas air,,..:)
    betul..kita yg tak pernah merasa tinggal ditempat begitu...tgk pun dah rasa'mabuk laut' hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagim mereka, mungkin rasa takut itu tak pernah ada. :)

      Padam
  19. bestnyer kak cik. Bile tak boleh nak sampai cner...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kakcik ada keinginan nak pergi lagi. Mungkin ambil masa yang lama untuk duduk sambil berbual dengan penduduk di situ. :)

      Padam
  20. salam kak
    bestnya...masjid terapung ye kakcik?

    BalasPadam
  21. masjid tu atas laut???

    kene cuba solat kat situ sekali!

    BalasPadam
  22. seronok nye bercuti sana sini..... nnti dah khwin...n ada anak...nak g bercuti...pasti seronok kan

    BalasPadam
  23. saya sesal hari tu tak sempat gi sana!!!!

    BalasPadam
  24. Kakcik,

    Terbayang2 mcmanalah kalau ujan & ombak besarkan mereka yg tinggal kat rumah tu... huhuu... ALLAH lindungi mereka :)

    Suami kakcik hensem pulak marya tgk...hik3 jgn marah ye kakcik :))

    BalasPadam
  25. Fuh adventure betul trip nih. Org umah selalu cerita kalau bw kat blog kak Cik boleh leka. betul la tu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com