Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Jun 2012

Jangan tiru aksi ini...

Nampak tak?  Lebih baik tak nampak sebenarnya.
Gambar ini kakcik rakamkan seawal jam 6.10 pagi di Jalan Bukit Bintang
dalam perjalanan kakcik dan suami ke tempat kerja.

Sebaik melihat pembonceng motorsikal di hadapan kami, kakcik fikirkan wanita itu tidak mempunyai kaki @ kudung. Kedua-dua kakinya yang 'telanjang' hanya kelihatan hingga paras paha.  Rupa-rupanya, kedua-dua kaki itu 'memeluk' (diletakkan di atas paha) lelaki yang menunggang motorsikal tersebut.  Cara motorsikal itu dibawa kelihatan agak tidak stabil dan bergoyang mungkin kerana tidak seimbang ditambah pula wanita itu sibuk menggoyang-goyangkan tangan kepada lelaki lain yang menunggang motorsikal bersaing dengan motorsikal mereka.

Setiap kali kakcik tengok aksi-aksi yang 'mengerikan hati seorang ibu' begitu, setiap kali itulah hati dan perasaan kakcik akan teringatkan anak-anak sendiri.  Sebaik mana pun didikan yang kita berikan kepada mereka, tidak mustahil mereka akan tersasar dalam dunia yang penuh pancaroba ini.  Hanya kepada Allah jua tempat kita memohon dan berdoa agar diberikan perlindungan kepada anak-anak dan diri kita juga dari menempuh jalan yang membawa kepada kesesatan.

41 ulasan:

  1. 6 pagi?? ingat tengah malam..

    BalasPadam
  2. hati ibu ni sentiasa mendoakan kebaikan anak2..
    risau sentiasa ada..semoga allah melindungi anak2 kita..tutupkan pintu hati mereka kearah kejahatan dan bukakan kearah kebaikan

    BalasPadam
  3. >_<

    moga Allah melindungi sy dan semua orang...

    anak tkde lagi :)

    BalasPadam
  4. tu kalau jadi ape2 akan menyusahkan org la tu...

    BalasPadam
  5. mcm2 hal bebudak zaman skrg ni..xde keja buat keja...mencari musibah je...

    BalasPadam
  6. semoga anadik adik ni akan berubah ke arah kebaikan amin...

    BalasPadam
  7. apa punya gaya la kakcik..

    risau membesarkan anak2 ni kakcik..kadang2 kita didik dengan baik kat rumah..tapi siapa tahu pengaruh rakan sebaya kan..nauzubillah..

    BalasPadam
  8. Kakcik.... berani sugguh diaorang ni ye ! klu terjadi apa2 siapa nak jawab kan!

    BalasPadam
  9. kak cik..saya ada kisah nak kongsi tapi saya segan nak tulis kat blog saya dan juga xde kekuatan.minggu lepas saya nak sidai kain dan pandang ke bahagian belakang rumah..di belakang dapur saya.ada 3 remaja lebih kurang 14 tahun(saya tak pasti anak sapa)1 pompuan dan 2 lelaki.saya rasa couple tu dating di temani sorang kawan.tp darah saya panas bila nampak couple itu berpegangan tangan.remaja pompuan tu pandang saya tapi buat tak tahu..saya takut sgt.sbb saya pun ada anak.sampai ke malam sy teringat kan gelagat mereka.saya harap Allah pelihara anak2 itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulis je Irfa. Mungkin boleh jadi renungan kepada pembaca dan seterusnya fikir apa yang boleh dilakukan...

      Padam
  10. budak2 sekarang tak makan teguran dari org lain.. hurmmmm~

    BalasPadam
  11. heeeeeee....cari nahas jer diaorang ni...

    BalasPadam
  12. 6 pagi???
    ya allah...
    mintak jauh la...

    BalasPadam
  13. kalaulah terjatuh, naya tu.
    pagi-pagi buat apa ye dorang? pasar pun tak bukak lagi.
    saya pun risau entahlah anak-anak saya nanti macamana sifatnya

    BalasPadam
  14. itulah anak yang jenis taktahu risaunya hati ibu dok fikir keselamatan mereka..yang depa tau enjoy saja..tak ksian mak kat rumah tunggu...

    di kawasan perumahan kami pun ada yang berdating..bawak moto laju2..padahal bukan penduduk situ pun..buntu nak tegur..sedih tengok peel diorang..sebab tu saya pernah post 'nak lihat masa depan, lihatlah anak muda sekarang'

    BalasPadam
  15. awalnyer kakcik pg keje?

    semoga anak kite nnti dijauhkan dr semua tu, semoga mereka boleh membezakan yg mana baik n buruk

    BalasPadam
  16. semoga keturunan kita dijauhkan perkara2 yang mungkar

    BalasPadam
  17. apa nak jdilah...teringat adik2 kt kg..harap2 diaorg xdelah memeningkan kepala mama dan abah...

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Ikut waktu Subuh. Cepat masuk waktu, cepatlah kami keluar. Sebab kami keluar rumah sebaik selesai solat subuh. :)

      Padam
  19. sedihkan bila tgk anak-anak muda zaman skrng ni. terlalu mengejar dunia sehingga akhirat langsung tak di ambil peduli.

    BalasPadam
  20. Bagi sy, apa yg die bt tu adalah kebodohan.

    BalasPadam
  21. ish macam2 stail...gerun tengok. mintak dijauhkan la...

    BalasPadam
  22. Balasan
    1. Lebih elok tidak jelas bagi mengelakkan dosa mata. :)

      Padam
  23. assalamualaikum kakcik...betul tu kalau ternampak aksi2 mcm ni pasti kita akan teringat anak2kita sendirikan...:)

    BalasPadam
  24. eii tak senonoh betul perangai minah tu.

    nowdays nk salahkan makbapak pun x boleh sgt..dorang ni byk terpengaruh dgn rakan sebaya..semngat bersaing..

    contohnye anak jiran mak saya..makbapak alim baik2..keluarga baik2..tp anak perempuan sorang tu perangai liar lain macam..terikut2 trend kawan2

    BalasPadam
  25. mula2 tengok, ingatkan ada cik ponti tumpang bonceng motor.. hehe

    isk isk, mak bapak diorg ni tak cari diorg ker.. kalau pukul 6 pagi dah macam tu, maknanya mesti keluar rumah sejak dari malam :(

    BalasPadam
  26. ya allah kakkkk
    let me guest .. dia x pakai suar kan ?? huhuhu
    minta selisihh lahhh manusia macam nie
    dah lagak seperti hantu bonceng lakk huhu
    sedih2 ..
    minta selesih anak2 kita kan kak
    fuh fuh pi jauh2 ...

    BalasPadam
  27. Ni tak sayang nyawa ni namanya kan kak cik

    BalasPadam
  28. wah....awal nyar akak pegi ke tempat kerja yer. huhuhu

    BalasPadam
  29. nak ke manakah mereka ini pagi-pagi buta? atau dari manakah mereka ni? ... :(

    BalasPadam
  30. saya kira itu sebabnya kita sebagai ibubapa mesti sentiasa "dekat"ngan anak2. Biar jauh tp kita selalu dekat Bukan dekat tapi jauh....anak2 senitasa perlukan kjita...

    BalasPadam
  31. rasanya depa ni mesti semalaman dok melilau, pagi baru nak balik.. budak2 bukan senang bangkit pagi..

    BalasPadam
  32. As salam Kakcik,

    Baca cerita kakcik ni teringat saya yg perlu bangun seawal 5 pg dan bertolak ke tmpt kerja pukul 5.45 pg... Rupanya rmai juga yg keluar rumah mencari rezeki di awal pagi...:))

    Dulu Marya pun suka bwk motor... Dan tahu betapa bahayanya pembonceng & juga penunggang motorsikal... berderau darah Marya baca kisah ni... Ms suami kerja dgn JKJR dulu pun mengikut statistik kebanyakan kemalangan maut adalah melibatkan kenderaan bermotor...

    Di Peru ni pulak, kenderaan bermotor adalah sgt kurang boleh dikira dgn jari... sb mereka tahu, bawa motor merbahaya... Lg2 dgn sikap & attitude mereka yg kelam kabut tu...hehehe :)

    BalasPadam
  33. Assalam kakcik, memang mcmx2 ragam pembonceng motor sekrng ni kan. saya pun dulu masa sekolah bawa motor juga bila dah lama tak bawa motor saya jadi takut nak bawa last year blk cuti saya cuba bawa boleh sampai 6okm jer had laju tu sebab gerun tgk kenderaan yg byk kat jalanraya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com