Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 Mei 2012

Siri terakhir tentang jalan-jalan di pasar, Kota Kinabalu...

Macam di Pasar Chow Kit juga kan?
GB, ini bukti ayah beli kuih perminataan GB tu di sini tau. :)

Kakcik beli sepasang jersey Chelsea kesukaan Budak Sepet di sini
dengan harga RM30.00 (tak tahulah murah atau mahal)

Cuaca panas sangat masa ini.

Tengok-tengok saja tau... tak payah beli apa-apa.

'Kak nak beli apa kak?'

Biskut dijual bersepah macam itu saja.

'Pilih... pilih... harga boleh kurang dan saya boleh bungkuskan sekali
barangan yang dibeli.'

Sewaktu dalam pesawat menuju ke Kota Kinabalu, wanita yang amat
peramah di sebelah kakcik telah menyarankan supaya kakcik mencuba
minum kopi Tenom.  Katanya kopi itu amat sedap dan terbaik.  Malangnya
kakcik bukanlah peminum kopi.

Lelaki berbaju putih itu sedang mencari 'mangsa' untuk membeli barangan
 yang dibawanya seperti tali pinggang, jam tangan dan telefon bimbit.

29 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kuih bahulu gula merah tapi di plastik tu dilekatkan namanya sebagai BURASAK.

      Padam
  2. Sayang la tak jumpa kakcik hari tu, zana kat Sandakan. Bila balik, kakcik dah pun terbang pulang. Kakcik tak pergi Gaya Street ye? sana lagi bnyk pilihan.
    Kopi Tenom katanya sedap (zana pun tak minum, hubby je) bagus kakcik beli utk souvenir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum rezeki kita nak berjumpa. Mungkin kakcik akan ke sana lagi nanti. Ke Sandakan kakcik dah pergi tahun lepas. :)

      Padam
  3. lelaki bebaju putih tu usha kakcik tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga, tapi kakcik bagi isyarat tangan saja tanda tak mahu. :)

      Padam
  4. e'eh saya nampak kuih saya lah! nom nom nom! *keluarga saya suka bahulu ni. tgk smlm tinggal sikit dah. wuwuwuwuuu~

    (saya nampak kopi tenom!!! nest round ke sana saya nak beli kopi tuh!)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa tak pesan sekali kopi tu? Kan mak boleh belikan. :)

      Padam
    2. sebenarnya bila tengok gambo mak baru saya ingat pasal kopi tenom. takpe mak. pasti akan ada next round ke kk. hihi~

      Padam
  5. seronok ye jenjalan. tapi bila panas ni kan, saya selalu surrender lahh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang panas sangat sampai kakcik pun hampir pitam dibuatnya.

      Padam
  6. Syoknye. Bila sy dpt ke sane nie? Tgu AA bt promotion ) fare lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kakcik pergi tu, tambang pergi balik cuma RM200++ je. :)

      Padam
  7. wahhhhhhhhhhhhhh.. ayu mau FM, kakcik beli lebih tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaa... nanti kakcik beli lain kali (entah bila), ya? Kali ni kakcik beli kelip kuku je. :)

      Padam
  8. Kopi Tenom tu popular ye Kakcik tapi saya pun bukanlah peminum kopi sgt. Kopi Muar pun saya tak selalu minum walaupun ada yg menggemarinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik agak 'alah' pada kopi. Nanti boleh dapat sakit kepala yang berpanjangan kalau meminumnya.

      Padam
  9. wahh..boleh memborong sakan tmpt2 mcm ni..suka nya shoping..!

    BalasPadam
  10. adik saya baru balk KK... macam2 dia borong.. satu hari nnti kami nak pi sana jgk insyA...

    saya suka kopi tapi tak boleh minum tenom sbb sangat power. pening kepala jadinya..

    BalasPadam
  11. Kak cik...KK lagi ye. Aina antara penggemar kopi tapi belum pernah cuba kopi tenom.

    BalasPadam
  12. Ohhh dik GB pesan kuih naa, hehehe! Mesti dah dapat kat dia kan :)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kakakku kakcik...
    lama saya tak menjenguk kakcik..tahun ni tahun sibuk bagi saya..selalu keletihan saya ..

    insyaalah pasar itu akan saya kunjungi aidil fitri nanti..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com