Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 3 Mac 2012

Aku benci...

mendengar jerit penuh janji
sambil menyemburkan liur yang basi
diselit dengan maki dan caci
tak kiralah dari mana-mana 'parti'

ditunjukkan masalah konon hanya di sini
tak sedar di belakang tercicir tahi
berpuluh tahun tak sempat dicuci
berlagak seolah-olah diri sentiasa suci

perjuangkanlah Islam di landasan yang betul
bukan dengan menayang jambul
kalau tak boleh yang sedikit dibuat betul
bagaimana nak memimpin khalayak yang berkumpul


Antara suara hati rakyat yang perlu diambil berat.


21 ulasan:

  1. letih kakcik..dorang memang tak sedar diri :(

    BalasPadam
  2. Salam,
    LF setuju dengan kakcik ...amat benci terhadap perlakuan yang bertentangan dengan syariat agama kita.


    p/s. Mendoakan along sudah bertambah sihat. Salam kepada abang

    BalasPadam
  3. Bab politik bab yang paling saya elak sekali!

    BalasPadam
  4. nampak sgt vic tk ambik port lgsg pasal politik, referendum nong chik pun vic tatau

    BalasPadam
  5. kak cik..semakin hampir..semakin banyak yang akan didengar dan dilihat

    BalasPadam
  6. Teman pon lebihkorang Vic.. nampak je name ala2 bau politik tu ngelakkkkk je.. semedangnye ade yg memualkan

    BalasPadam
  7. Sallam kakcik,

    I Like, saya suka sajak kakcik ni,
    Telus, ikhlas, dan pernyataan yang
    benar.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum my lovely kakCikS:)

    samalah dengan kakcikS..
    Tak suka..tak suka..tak suka!

    Kdg2 tangan yang menunding satu jari PADA ORGLAIN..selbihnya itu menunding pada yang diri sendiri juga...aduhaii!

    BalasPadam
  9. Salam, kakcik...

    semakin hari semakin malas nak dengar cerita politik...gebang sana, gebang sini...rakyat yg pening.

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum

    Moga hari ini antara hari terbaik buat kak chik. Tghari ni masak apa?

    BalasPadam
  11. Assalam,

    Tak de perasaan 'benci' pada sesiapa, tahu politik adalah penuh dengan fitnah2, akak cuba elakkan mengetahui dan membaca artikal2 politik..
    Concentrate hal diri sendiri tapi utk negara akak tetap menjalankan tugas untuk pangkah memankah..hihihihi

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik, sib baik saya jauh...tak payah baca dan tengok berita yg merapu meraban!

    BalasPadam
  13. puisi/sajak yg penuh makna.Terbaikkkk

    BalasPadam
  14. Salam Kakcik..
    sajak terbaik penuh bermakna.
    nnt akak buatkan pantun futsal lagi yer.. hehe.

    BalasPadam
  15. setuju ngan kak chik.kelakarkan parti yang tak sampai 6 tahun memerintah sibuk nak disiasat cam mana plak dia yng dah berpuluh tahun memerintah. terbaek sajak kak chik

    BalasPadam
  16. politik malaysia?
    hmmm.. meloyakan.. kena makan maxolon banyak2. ;)

    BalasPadam
  17. "ditunjukkan masalah konon hanya di sini
    tak sedar di belakang tercicir tahi
    berpuluh tahun tak sempat dicuci
    berlagak seolah-olah diri sentiasa suci"

    itulah sifatnya manusia..
    tak kira pemimpin atau yang dipimpin..hatta semua di antara kita insan-insani...

    amboi..kakcik peka/prihatin bab politik ya..
    ya kakcik...ni kan nak pilihanraya
    kita kena tahu politik tanahair..
    politik akan menjadi sejarah negara..
    pengundi juga boleh mengubah sejarah negara..

    BalasPadam
  18. sbb tu skang malas nak dengo berita
    nyampah

    BalasPadam
  19. menjadi pemimpin mereka berebut,
    nanti boleh harta membusut,
    kepada Dia tidakalh takut,
    walaupun pasti akan dijemput.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com