mungkin dia bolehku jadikan satu pelaburan
segala perbelanjaan untuknya akan kurekodkan
kemudian nanti bila ada yang datang meminang
segala 'pelaburan' -
kos membesarkan
kos memberi pendidikan dan pelajaran
kos itu dan kos ini tidak ketinggalan
satu persatu akan kuhuraikan
kalau sanggup silalah buat hantaran
kalau tidak - silakan boleh jalan
peduli apa orang hendak kata
ini anak aku yang punya
masa depannya bukan aku nak ambil kira
yang penting kemegahan yang boleh membuat aku teruja
nanti sana sini orang boleh bercerita
majlis anakku bukan calang-calang adanya
biarpun aku hanya pekerja biasa
majlis anakku dengan mereka yang bergelar adalah setara!
notahatiyangdiamukresah : mungkin kerana niatku yang tidak betul itulah maka Allah tidak mengurniakan aku dengan seorang pun anak gadis!
cheqna kan anak pompuan mama =)
BalasPadamKakcik,
BalasPadamSy tersenyum baca entri Kakcik nie. Sinis!
=D
kak cik, xda rezeki anak perempuan nanti dapat menantu perempuan pulak..=D
BalasPadamCheqna...
BalasPadamtapiiii... mama tiada hak hendak menentukan berapa hantaran buat Cheqna. ;-)
Fara...
BalasPadamhanya mereka yang berjiwa sinis (seperti kita - hiks!) yang dapat 'membaca di sebalik tulisan'. :)
Ladysirna...
BalasPadamInsyaAllah. :)
hehehehe
BalasPadamsib baik ma cheqna bukan jenis seperti yang mama tulis tu...
=)
Anak lelaki ke anak perempuan ke yang penting didikan. Aina ada seorang tetapi menjaga dia seorang lebih dari menjaga yang lelaki 2 orang...
BalasPadamREZEKI kak cik. Alhamdulillah ada juga walaupun lelaki...:)
Pesan orang tua2, ukur baju di badan sendiri.
BalasPadamCheqna...
BalasPadamsyukur kerana Cheqna punya Ma yang memahami. Zaman sekarang, ramai yang mengejar kebanggaan dan suka bersaing walaupun perkara itu adalah ditegah dalam Islam. Ada ibubapa yang tidak mengambilkira pesanan Rasul, yang dipentingkan hanya nafsu!
Aina...
BalasPadamAlhamdulillah. Anak2 lelaki kakcik adalah harta kakcik yang tiada nilaiannya. :)
Kak Ani...
BalasPadammasih ada yang suka untuk memakai baju orang lain wealaupun tidak berpadanan dengan tubuh badan sendiri (apalagi kalau baju itu disponsor!) ;-)
say pun lum ada anak pompuan...huhuuu
BalasPadamsenasib kah kite kakcik?
betul tu kakcik...memang boleh buat pelaburan..hahahaha..itulah dunia sekarang...:(
BalasPadammamaNoriz...
BalasPadamsetidak2nya Allah masih mengurniakan kita dengan cahayamata. Syukurlah. :)
Dr Faiz...
BalasPadamsanjungan tidak akan mengangkat kita di sana, kan? ;-)
tak tercapai dek akalku ke situ, mungkin bagi mamadiana...ya, walau bagaiman pun hakikatnya memang macam tu dah..."tak ada meminta, dah ada pening nak jaga"...setakat ini pcl n mamadiana bersyukur sangat dikurniakan 2 putri yg baik bidi pekerti..alhamdulillah.
BalasPadamHanya Dia yg Maha Mengetahui apa yg ada dalam hati kita dan apa yg terbaik untuk kita :)
BalasPadamSalam kakcik;
BalasPadamSaya ada 3 anak perempuan... ermmm.. tengah berkira2 ni... nak buat catatan kos mereka... hehehe...
Satu pelaburan yang menguntungkan... jika berani meh laaa.. meminang..
(hakikatnya... itulah dunia hari ini.. RM..RM...RM... asal boleh bikin RM... nampak mewah... jadi sajaaaa....)
Salam,
BalasPadamHe he Kakcik, Kakcik...
PCL...
BalasPadamdah mula buka buku kira2?, nanti senang nak letak harga... hehehe...
Dinas...
BalasPadamsemoga kita menjadi orang yang sentiasa bersederhana...
W/salam Isa...
BalasPadamlebih untung dari buat pelaburan menternak lembu, kan? (~_*)
W/salam Yong Halima...
BalasPadamhehehe... :)
jenuh tue kalo sumer mak2 letak rege mahal..huhuhu
BalasPadamsaya ada 6 orang anak perempuan...sorang dah lepas...tinggal 5 ..tapi kami ni jenis praktikal..tak da letak hantaran tinggi2 pun...ikut kemampuan diorang laa..yang penting akad nikah dan kehidupan selepas kawin..itu jer..
BalasPadamMas...
BalasPadamjadi, mak2 kenalah fikir2kan sama kehidupan anak2 yang bakal membina kehidupan sendiri itu, kan? :)
Ezza...
BalasPadamitu yang sebaiknya. Perjalanan hidup anak2 itu InsyaAllah masih panjang lagi. Apa sangatlah dengan kebanggaan sementara yang belum tentu mebawa bahagia, kan? :)
Salam Kakcik,
BalasPadamSekarang orang berkira ikut market value, hantaran sampai 10, 12 dan ada yg 20k tau, Ishhh, memang macam nak jual kerbau atau lembu..ikut harga pasaran pulak..kalau tidak terasa malu konon.
Saya tidak gitu..saya tidak mahu menyusahkan pihak lelaki, duit hantaran memadai ikut kemampuan..tapi cincin kawin biarlah elok sebab cincin itu akan bersama sepanjang perkahwinan jika jodoh panjang, jika tidak hilanglah..
InshaAllah..
W/salam Kak Nani...
BalasPadamAlhamdulillah. Dah betul cara Kak Nani tu. Tapi, ada orang lebih sanggup anak gadisnya membujang hingga ke tua selagi tidak mendapat apa yang dihajatinya. Sadis, kan? :(
hhuu bila anak dijadikan bahan dagangan , adalah perhitungan dari allah .. dia maha berkuasa , kita x fikir kehebatan dia , sbb tu ada manusia yg x segan silu meletak harga diatas darah daging sendiri .. sedihhh ;(
BalasPadambaru perasan semua anak kakcik boboi!
BalasPadamlain macam kakcik...rasa macam paham..hehe
BalasPadamIeda...
BalasPadamkadangkala anak tak banyak cerita, tapi mak yang lebih teruja tambahan bila ada yang 'mencucuknya'... :(
gedek!...
BalasPadamtapi bukannya boboi boy! :)
Ikin...
BalasPadamfaham ek? syhhhhhh.... ;-)
kak cik..samala lah kita..acik pun tak de anak perempuan.
BalasPadamtunggu menantu je la kan..harap2 dapat menantu yang sayang ngan mak mertuanya ni..
Acik Erna...
BalasPadamkakcik pun berharap begitu dan berharap juga hati kakcik ini tidak akan pilih kasih. :)
dulu dulu selalu dengar citer camni tp lately ni mcm dah tak berapa dengar sgt, kalau kat kg saya banyak yg org luar dari keluarga tak tau berapa hantarannya... termasuklah adik saya n saya sendiri... ikut pada berapa keluarga lelaki mampu dan ikhlas nak bagi. kalau bg sedikit, kendurinya kecik je lah, kalau bg banyak, kenduri sederhana jer, yg lebih simpan utk masa depan.
BalasPadamkak cik preggy la lg hehehe
BalasPadamMila...
BalasPadambagi kakcik, yang kakcik fikirkan adalah kehidupan anak2 selepas hari nikah mereka - bukan kemegahan pada hari pernikahan. Masih jauh perjalanan yang akan mereka tempuh, mengapa harus dihalang2 pada langkah pertama dengan pelbagai beban...
KhaiRin...
BalasPadamkakcik ni dah layak jadi nenek, bukan jadi ibu pada bayi lagi dah... hehehe...
bonda~~ abes aefa ni laki ke pompuan? ekekekke
BalasPadamAefa...
BalasPadamtentulah anak bonda yang ini perempuan, tapi bonda dah hilang hak ke atasnya. ;-)
atoiiilaa, kakcik...huhuhuuhuh
BalasPadamAyu...
BalasPadamkenapanya Dik? :)
heheh.. adik dah mula skolah arini kan.. lama tak chat gn dia n bgcik kat fb.. gah busy gn final exam ni ;)
BalasPadamAefa...
BalasPadambonda doakan semoga berjaya mencapai 'bintang'. :)
Tak terfikir akalku sampai ke situ. Mendalam sinis maksudnya. Heee... asal anak2 dpt jadi pelaburan akhirat, anak menantu mendoakan kita di sana dgn penuh kasih sayang.
BalasPadamistiadat menerima menantu
BalasPadam