Kawan-kawan kakcik

Khamis, 12 Januari 2012

Alhamdulillah - Dia Yang Memberikan Rezeki...

Tidak pun aku menduga bahawa selepas membuat catatan RM2.00 semalam (dan aku juga tidak menyangka catatan itu mendapat komen yang banyak dari rakan-rakan semua), di sebelah petangnya aku mendapat rezeki berbentuk makanan yang hampir 100 kali ganda nilainya (tapi bukanlah aku makan seorang) ...



Terima kasih kepada sahabat suamiku (yang berbaju cerah) kerana bermurah hati membelanja kami (termasuk 3 bungkus Chicken Mandy yang dibawa pulang).

Roti apa entah namanya...

Teh O Limau Ais ini harganya RM8 segelas (4 kali ganda dari harga makanan tengahariku). Teh dalam cawan kecil itu aku tak pasti harganya.



56 ulasan:

  1. Itulah rezeki namanya kak..Alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kalau dah rezeki..sedap tu kakcik..

    BalasPadam
  3. Salam,
    Briayani arab memang best kakcik .. lain kali kita sekeluarga pergi ke Cyberjaya ... briayani kabsa ayam

    BalasPadam
  4. mama
    alhamdulillah
    rezeki namanya tu =)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...tak rugi mensyukuri nikmat yang sekadar ada...diberi pula nikmat berganda2.

    BalasPadam
  6. Ar-Rawsha? dah lama tak ke situ.... sedap nyer

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..


    sedapnya..semalam pun saya ada org belanja makan lunch and makan nasi arab jgk..hehe

    BalasPadam
  8. syukur nikmat...nampak cm roti arab je tu kakcik?

    BalasPadam
  9. Namapk hidangan yg kakcik tunjuk pun kakak tahu berganda-ganda haraga dan kelazatannya. Nasi dia panjang-panjang macam kat Mekah ye kakcik...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. ada rezeki kita dapat rasa makanan yg mahal.. ada rezeki kita dapat makanan yang murah.. namun nilainya sama.. ianya tetap membuatkan kita kenyang.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  11. Huda...

    syukur Alhamdulillah. Balik kerja semalam, kakcik pun tak perlu memasak lagi. :)

    BalasPadam
  12. Acik Erna...

    bertambah sedap sebab tak perlu bayar (hehehe.. kakcik gurau2 je). :)

    BalasPadam
  13. W/salam Dato'...

    Saya ada dengar fasal yang di Cyberjaya tu, nanti kita pergi ramai2, ya. :)

    BalasPadam
  14. Cheqna...

    sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. :)

    BalasPadam
  15. Farid...

    biar sedikit, nikmatnya kita syukuri... :)

    BalasPadam
  16. eelobor...

    ya, Al Rawsha. Sesekali bolehlah pergi. :)

    BalasPadam
  17. Ati...

    memang rezeki yang tak terduga. Tengah pening fikir nak masak apa, rupa2nya ada yang sudi belanja. :)

    BalasPadam
  18. Capa...

    manalah badan kita pun tak jadi macam badan orang Arab! hehehe...

    BalasPadam
  19. PCL...

    roti Arab lebih lembut dan agak besar saiznya. Yang ini sebesar tapak tangan je - keras dan liat pulak tu. :)

    BalasPadam
  20. Kakzakie...

    Nasi Arab memang macam tu, dimasak menggunakan beras bashmati yang baik grednya. :)

    BalasPadam
  21. Hanis...

    Alhamdulillah. Ya, yang penting perut kita tetap terisi cuma janganlah sampai kita lalai dan leka bila dah kenyang, kan? :)

    BalasPadam
  22. Wah makan besar tu.. Sedap2 nampak juadah yang terhidang. Syukur Alhamdulillah.. murah rezeki Kakchik.

    BalasPadam
  23. sedapnya kak chik.. alhamdulillah.. murah rezeki kakcik sebenarnya.. =)

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah..
    roti tu nampak sedap..

    BalasPadam
  25. Dan Kerana nilai setiap rezeki makanan itu kita syukuri maka Allah berikan kita kenikmatan pula merasai nilai yg lebih tinggi..Alhamdulillah ..Maha suci Allah...

    BalasPadam
  26. mmmm dapnye.....cemana saya nak diet ni mak???

    BalasPadam
  27. alhamdulillah..murah rezeki kakacik n orang yang belanja

    BalasPadam
  28. kat mana tu kak?
    teh o ais limau rm8?
    kaklong tak pegi pun tak apa,kecuali ada org nak belanja....heheheh!

    BalasPadam
  29. kat al rawsha ye kakcik?

    saya selalu makan kat Saba cyberjaya tu..dan Arab Damsyik kat Senawang ni..hehehe

    BalasPadam
  30. Kalau Aina mau tak terhabis sepinggan tu kak cik. Rezeki jangan di tolak ye kak cik...

    BalasPadam
  31. Salam,

    Alhamdulillah, tengok pun dah kenyang KakCik!

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah...tgk kropok tuh tln air liur

    BalasPadam
  33. Nur-nba...

    murah juga rezeki orang yang membelanja itu. :)

    BalasPadam
  34. Kella...

    Alhamdulillah, syukur. Rezeki keluarga kakcik dan ada juga yang dapat menumpang. Banyak makanan itu. :)

    BalasPadam
  35. Aiza...

    dah makan riti, tak mampu dah nak telan roti. :)

    BalasPadam
  36. Eye-nee...

    Alhamdulillah. Allah itu Maha Pemurah. :)

    BalasPadam
  37. gB...

    sama2lah kita tak payah berdiet... hehehe...

    BalasPadam
  38. Alin...

    semuanya dari Dia, manusia hanya sebagai pengantara... :)

    BalasPadam
  39. Suri...

    mudah2an Allah murah dan permudahkan rezeki serta urusan kita semua. :)

    BalasPadam
  40. Kaklong...

    di restoran Al Rawsha, Kg. Pandan. Kakcik makan/minum pun sebab ada yang belanja. :)

    BalasPadam
  41. Dr Faiz...

    ya, di Al Rawsha. Kakcik belum pernah cuba makan hidangan Arab di restoran yang Dr sebutkan itu. Mungkin satu hari nanti, InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  42. Aina...

    memang tak boleh habis makan seorang. Kami makan berkongsi. :)

    BalasPadam
  43. W/salam Yong...

    kalau perut tengah kenyang, memang tengok je jadi bertambah kenyang. :)

    BalasPadam
  44. Noor...

    itu bukan keropok, tapi roti yang macam lempeng. :)

    BalasPadam
  45. Sdpnya Kakcik! Nak gak mkn makanan Arab tuh!

    BalasPadam
  46. Fara...

    jom kita buat pertemuan di sana. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com