Kawan-kawan kakcik

Isnin, 26 Disember 2011

Perjalanan 10 jam dari Kuala Perlis ke Kuala Lumpur...

... bukan kerana ada kemalangan atau sebarang bencana alam.  Kami hanya ingin bersantai sepanjang perjalanan (bukan pula maksudnya sehingga mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan lain).  Singgah di satu dua tempat untuk berehat (kerana suamiku memandu sendiri sepanjang perjalanan - isterinya sama sekali tidak dibenarkan memandu sejak belasan tahun lalu).

Kami keluar dari Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis pada jam 8.30 pagi dan tiba di Taman Kencana, Kuala Lumpur lebihkurang jam 6.40 petang...


Berhenti sebentar, keretapi nak lalu.

Singgah di Kuala Kangsar.  Kenapalah makanannya tidak begitu memikat selera?

Singgah di kampung.  Bangcik dan Adik teruja dapat masuk ke kebun buah-buahan.

Sepanjang jalan dari Kuala Perlis ke Kuala Kangsar, Adik telah tidur dengan lena. Tiba di Tapah, singgah sebentar untuk mengisi perut. Nasi lemak itu harganya RM1.50 sebungkus. Nasinya agak kurang masak (jelantah). Dah dibeli, makanlah juga.

15 ulasan:

  1. Assalamualaikum my lovely kakcikS:)

    Moga akak sihat di sana ;)

    Agaknya..biarpun lama tempoh perjalanan..tapi dgn 'kesantaian' membuatkan kepenatan tidak terasa kutt!..:)

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik,

    Alhamdulillah, dah selamat sampai, berehatlah, besok kerjakan?

    BalasPadam
  3. perghh...satu perjalanan yang agak jauh gak tuh. mesti penat kan?

    BalasPadam
  4. Assalam kak cik selamat kembali..
    kami ke ipoh pun makan masa 5 jam baru sampai.selalunya cuma 3 jam..

    BalasPadam
  5. biar lambat asal selamat kan. pastu biar banyak menyinggah sebab dah alang-alang lalu kan.

    saya mmg suka betul la aktiviti2 cenggini. hihih!!!

    BalasPadam
  6. Teringat seorang kawan saya yang juga orang Perlis. Bila nak balik kampung sorang, selalu nak ajak saya, sebab dia kata saya kuat bersembang. Jadi dia drive tak mengantuk. Saya selalu buat lawak dan banyak cerita!

    hehehehehe

    BalasPadam
  7. Lebih seronok kalau berjalan santai macam ini kakcik tak mengejar masa. Tengok adik seronoknya petik buah di dusun. Kg kakak belum masak lagi...

    BalasPadam
  8. sama gak cam en. abah. kalo plan nak pegi kl, mesti lambat sampai, gara2 suka menyinggah. kejap kat tapah, kejap kat sg. buluh. berenti pulak lama, minum dulu, merokok dulu, g toilet dulu..tapi anak2 suka camtu. boring kalo lama dlm keta

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.

    Seronoknya bercuti sekeluarga.

    BalasPadam
  10. laksa tu nampak sedap jer rupanya tapi tak sedap eh kak?ohh bestnya buah manggis..lama sungguh tak makan..huhu

    BalasPadam
  11. Perjalanan santai tak mengejar masa memang best kan kakcik...drive slowly, nikmati pemandangan, siggah makan, rehat, solat....

    BalasPadam
  12. tak perlu tergesa-gesa, rasa letih ngantuk..berentilah sambil cuci mata..asyik pandang depan jalan je..montot pon naik kebas kan..keh..keh.

    BalasPadam
  13. seronoknya kak chik cam teringin plak nak ke sana.makanan kat sana nampak sedap, terus lapar : )

    BalasPadam
  14. perjalanan macam ni sebenarnya lagi best...tak perlu rushing mengejar masa..sambil2 tu boleh jugak rasa makanan setempat :)

    BalasPadam
  15. alamak!! manggis tu buat teringin plak.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com