Jangan lupa temujanji kita pada 18/12/2011 nanti ya? Hanya lebihkurang 13 hari sahaja lagi. Kepada yang sudah mendaftar (mahupun tidak mendaftar, tapi ingin turut sama), harap-harapnya tiada keuzuran untuk menghadirkan diri. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, majlis yang dirancang ini bukanlah majlis Dato' LF mahupun kakcik sendiri. Ini adalah majlis kita bersama. Kejayaannya adalah bergantung kepada kita semua.
Selain dari makan-makan dan suaikenal (bagi yang baru hendak berkenalan) atau mengeratkan silaturrahim (bagi yang sudah sedia kenal), mungkin kita boleh sama-sama memikirkan aturcara lain bagi memeriahkan majlis ini.
Di majlis ini juga kita akan (dengan persetujuan anda semua dan tiada paksaan) :
i) melancarkan tabung kutipan derma untuk disumbangkan kepada
ii) solat Zuhur berjamaah dan mendengar sedikit tazkirah. Bagi kaum wanita yang boleh bersolat, sila bawa pakaian solat (telekung) sendiri, ya. walaupun di rumah Dato' LF ada disediakan telekung, tapi mungkin lebih baik kita membawa kepunyaan sendiri agar tidak menyusahkan Datin untuk mengemas semula (Dato' dan Datin tidak mempunyai pembantu rumah).
iii) ada sessi mengenalkan diri dan blog nanti, InsyaAllah.
Setakat ini, hanya itu yang dapat kakcik ingat berdasarkan perbincangan-perbincangan sebelum ini.
Salam Bersambut Ukhwah Bertaut.
mama
BalasPadambeshnya...
nanti cadangkan kepada dato' suh wat kat trg plak..boleh bercuti2 =)
tang sesi pengenalan diri tu saya gelabah sikit. maklum...saya kan pemalu...heheh~
BalasPadamwak pon sukak perjumpaan sebeginihhh... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........
BalasPadammasih belum teruka hati nak join..mungkin tahun depan kot...heheheh!
BalasPadamInsya-Allah!
BalasPadamkakcik, saya sama macam gB, selalu kalo taim memperkenalkan diri, selalu tegagap2... :)
BalasPadamp/s: masih lagi fikir nak bawak apa nanti... ada cadangan kakcik? hihi..
salam... saya kerja hari itu , maklumlah orang kerja dihotel, kalau dapat cuti macam orang gomen ok lah.. kalau dapat datang sekejap alangkah gembiranya
BalasPadamSALAM,
BalasPadamSETUJU, KITA SEWA SATU BAS KE TRENGGANU, CHEQNA !
WALAUPUN ADA PROGRAM TERTENTU YG DIATURKAN, KITA AKAN CUBA JADIKAN PERJUMPAAN INI BERSANTAI DAN RELEKS2 SEDIKIT. KAKCIK DAN AZIE TAHU MACAM MANA NAK BUAT NANTI !
betul, tina setuju, sebaiknya kita bawaklah sendiri kain sembahyang kita, lg selesa guna sendiri punya
BalasPadamwlupun diri sendiri tak pergi hihi
nampaknya akan lebih gempar dari pertemuan pertama dahulu ..
BalasPadamsaya nak datang pakai topeng lah, pemalu...~hahahaha
BalasPadamCheqna...
BalasPadamjauh sangat takut bila dah sampai semuanya tak larat nak bergeder-geder lagi! :)
gB...
BalasPadamops! baru kakcik tahu gB ada penyakit gelabah rupanya. :)
wak gelas...
BalasPadamjemputlah datang nanti. :)
kaklong...
BalasPadamalaaaa... buka2kanlah pintu hati tu. :)
Fara...
BalasPadamkita jumpa di sanaaaaa... :)
Anaa...
BalasPadamkan dah dapat idea nak bawa nasi impit dengan kuah lodeh? Bawa je... takde malu2 nya... :)
PM...
BalasPadamacaranya dari 10 pagi ke 3 ptg, kalau sempat datanglah, ya. :)
Dato'LF...
BalasPadamAzie mungkin tahu nak buat macamana, tapi saya tak pandai bab2 buat rombongan... :)
Tina...
BalasPadammemang lebih selesa guna barang sendiri, kan? :)
Kanda Al...
BalasPadamdatang tak nanti? Kali pertama kurang meriah sebab tuan rumah serba tak tahu. :)
Dr Faiz...
BalasPadamamboiiiii... sejak bila jadi pemalu pulak ni? Jangan lupa bawa buku MC sekali tau! ;-)
yupp.. seronok memanglaaa tp bab kenalkan diri tu mama suka belakang tabir je, malu lagi nak perkenal diri setakat kawan maya je kalau boleh.. tp sudikan berkawan maya dengan mama?
BalasPadamaimaniman...
BalasPadamsebagai manusia memang kita kena ada sifat pemalu, tapi macamana kita nak berkawan kalau tidak sudi diri diperkenalkan? :)
Semoga segala persiapan dipermudahkan olehNya. Jauh nak ke sana. Saya doakan dari jauh.
BalasPadamNur...
BalasPadamterima kasih kerana mendoakan. Harap2nya cuaca pun baik saja nanti. :)
luperlah nk komen aper td psl syok bc komen org lain kat atas neh...miahahahha...jgn babab sy yer, kakcik??... tqvm atas 'like' itu, wahai kakcik...
BalasPadamAyu...
BalasPadamamboiiiii.... memang nak kena babab juga dia ni tau! :)
alamak nak memperkenalkan diri..nanti saya ni jadi bisu sekejap..sebab terkedu nak memperkenalkan diri...
BalasPadamnak bawak ape ni ye kat sana nanti...
Ain...
BalasPadamtak apa, kakcik dah kenal Ain... nanti kakcik tolong perkenalkan. :)
countdown kakcik ni sama dengan wani punya countdown nak berjauhan ngan suami...huhuuuuuu
BalasPadamWani...
BalasPadamjangan sedih. InsyaAllah semuanya demi untuk kebaikan Wani dan keluarga juga di kemudian hari nanti, kan? :)
Sedih, tak dapat nak join.Apa pun, salam buat teman2 blogger ek kak Cik.
BalasPadamSalam Kak. Teringin nak attend tapi ada wedding yang harus dijaga! InsyAllah next gathering!
BalasPadam