Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 Disember 2011

Kalaupun suka sangat bercakap...

janganlah sampai tercungap-cungap
doa dibaca di telinga bagai tak hinggap
teruskan juga bersuara tergagap-gagap
bagaikan semua benda sekaligus hendak diungkap


dalam bilik solat perlahankanlah suara
kalaupun tidak sabar hendak bercerita
keselesaan orang yang bersolat ambillah kira
jangan sampai hilang kusyuk mereka

kita hidup ada aturannya
bukan semua benda yang kita suka
begitu juga dengan orang lain adanya
jadi salahkah mengertikan sedikit perasaan mereka


Walaupun bangcik ramai 'peminat', bukan bermakna apa yang dia cakap tu
semua peminatnya suka. :)


28 ulasan:

  1. saya selalu cubit telinga budak sekolah bising time semayang jumaat~keh keh~

    BalasPadam
  2. Bujal...

    kamu cubit sambil solat ke? (~_*)

    BalasPadam
  3. ni mesti kes org pompuan bercakap dalam surau...kdg geram gak tenguk org suka bergossip dlm masjid atau surau ni...tak tau adab langsung

    BalasPadam
  4. heheh, saya kadang pun tersembang dalam surau.. ooopsss.. kan dah kena tegur..!

    BalasPadam
  5. Ida...

    nak bergosip ke nak bercakap ke, gunalah volume rendah. Yang geramnya, selamba je macam bercakap dengan orang pekak!

    BalasPadam
  6. Anaa...

    nak bersembang tu bukan tak boleh langsung, tapi kenalah tengok suasana. :)

    BalasPadam
  7. orang lelaki pun sama kdg2 bersembang ntah apa2...
    kalau kt kg saya mak slalu crt geng lelaki kuat berborak antr wktu maghrib nk tggu isya'...topik pulak klu psl solat atau agama xper jgk..

    BalasPadam
  8. Exora...

    lelaki perempuan sama je... ada yang kalau bercakap, macam duani mereka yang punya.

    BalasPadam
  9. saya pernah sound arab/iranian kat surau. bising sangat. borak dahla kuat2..tegur bhs inggeris pun tak paham last2 kena guna isyarat tgn..

    BalasPadam
  10. mereka sebenarnya terlupa mereka berada di mana ketika itu kakcik. Ingatkan rumah sendiri kot..:)

    BalasPadam
  11. sambil cakap sambil menguap,
    masuk dek lalat padan muka;
    nasib baik takder yang menjawab,
    gua punya molot gua punya suka...

    kalau ada yg jawab camtu kakcik, camner?

    BalasPadam
  12. memang tabiat agaknya. kalau kat surau, ramai wanita-wanita suka buat bising, orang nak solat pun tak senang.

    pulak tu boleh makan minum sesukahati

    BalasPadam
  13. senyapnya sekejap..
    lepas mula bunyi berdengung2 macam lalat..

    BalasPadam
  14. salam buat kakakku kakcik..

    saya ni kuat cakap..tapi saya mmg diam di masjid..kebanyakan jemaah pun diam.. yg ajak bersembang dlm masjid, layan seadanya..

    BalasPadam
  15. kak cik, pengalaman saya pula, ms solat bukan bercakap2 lgi..menyanyi dah..

    kalau di surau2 kat kompleks fakulti ni student selalu singgah untuk solat dan rehat sambil tunggu kelas belah petang..jadi macam2 aksi..ada tidur la, bersembang la..yang paling teruk menyanyilah sambil mengadap laptop yang dipasang lagu2..aih, lani alat makin canggih perangai pun terlebih canggih jugak....

    nak tegur masa tu berbolak balik hati..boleh buat muka marah jela...huhu

    BalasPadam
  16. Eri...

    'mereka' tu dah tentu tak faham bahasa, masalahnya orang kita yang faham bahasa pun buat2 tak faham, lagi payah! :(

    BalasPadam
  17. ~yus~...

    kadangkala kebiasaan membuatkan manusia seolah2 punya 'bisa' - lalu tak boleh ditegur oleh sesiapa! :(

    BalasPadam
  18. Q...

    tanak pulut tepi telaga
    jangan pandai-pandai ditambah cuka
    lu punya molot kalau tak tau jaga
    wa sapu cabai agak2 lu boleh tahan ka?

    amacam Q? ok tak kalau cam tu? ;-)

    BalasPadam
  19. eLL...

    kalau waktu diaorg solat agaknya penuh kusyuk walaupun ada orang bercakap, sebab tu bila dia bercakap, dia rasa orang tak dengar apa2.

    BalasPadam
  20. Aiza...

    hendak ditegur selalu, bukannya budak2, kan?

    BalasPadam
  21. W/salam adikku Samad...

    hendak buat2 tak dengar pun, telinga bukan pekak, kan?

    BalasPadam
  22. RULZA...

    kadang2 kakcik terpaksa kuatkan sikit bacaan dalam solat sebab tak mahu hanyut dengan perbualan yang entah apa2. Hukumnya? Hanya Allah Yang Tahu.

    BalasPadam
  23. Sedap gurindam kak cik ni..teringin nak copy n paste kat tempat2 yang patut..huhu..

    BalasPadam
  24. biasalah tu kak chik orang pompuan kalau dah bercerita dah tak ingat dah:)

    BalasPadam
  25. budak2 senang paham bahser... 'mereka' tuh yg tak paham2 bahser...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com