janganlah sampai tercungap-cungap
doa dibaca di telinga bagai tak hinggap
teruskan juga bersuara tergagap-gagap
bagaikan semua benda sekaligus hendak diungkap
dalam bilik solat perlahankanlah suara
kalaupun tidak sabar hendak bercerita
keselesaan orang yang bersolat ambillah kira
jangan sampai hilang kusyuk mereka
kita hidup ada aturannya
bukan semua benda yang kita suka
begitu juga dengan orang lain adanya
begitu juga dengan orang lain adanya
jadi salahkah mengertikan sedikit perasaan mereka
Walaupun bangcik ramai 'peminat', bukan bermakna apa yang dia cakap tu semua peminatnya suka. :) |
saya selalu cubit telinga budak sekolah bising time semayang jumaat~keh keh~
BalasPadamBujal...
BalasPadamkamu cubit sambil solat ke? (~_*)
ni mesti kes org pompuan bercakap dalam surau...kdg geram gak tenguk org suka bergossip dlm masjid atau surau ni...tak tau adab langsung
BalasPadamheheh, saya kadang pun tersembang dalam surau.. ooopsss.. kan dah kena tegur..!
BalasPadamIda...
BalasPadamnak bergosip ke nak bercakap ke, gunalah volume rendah. Yang geramnya, selamba je macam bercakap dengan orang pekak!
Anaa...
BalasPadamnak bersembang tu bukan tak boleh langsung, tapi kenalah tengok suasana. :)
orang lelaki pun sama kdg2 bersembang ntah apa2...
BalasPadamkalau kt kg saya mak slalu crt geng lelaki kuat berborak antr wktu maghrib nk tggu isya'...topik pulak klu psl solat atau agama xper jgk..
meriahnya..
BalasPadamExora...
BalasPadamlelaki perempuan sama je... ada yang kalau bercakap, macam duani mereka yang punya.
CikGu Ma...
BalasPadamapakah yang meriah itu?
saya pernah sound arab/iranian kat surau. bising sangat. borak dahla kuat2..tegur bhs inggeris pun tak paham last2 kena guna isyarat tgn..
BalasPadammereka sebenarnya terlupa mereka berada di mana ketika itu kakcik. Ingatkan rumah sendiri kot..:)
BalasPadamsambil cakap sambil menguap,
BalasPadammasuk dek lalat padan muka;
nasib baik takder yang menjawab,
gua punya molot gua punya suka...
kalau ada yg jawab camtu kakcik, camner?
memang tabiat agaknya. kalau kat surau, ramai wanita-wanita suka buat bising, orang nak solat pun tak senang.
BalasPadampulak tu boleh makan minum sesukahati
senyapnya sekejap..
BalasPadamlepas mula bunyi berdengung2 macam lalat..
salam buat kakakku kakcik..
BalasPadamsaya ni kuat cakap..tapi saya mmg diam di masjid..kebanyakan jemaah pun diam.. yg ajak bersembang dlm masjid, layan seadanya..
kak cik, pengalaman saya pula, ms solat bukan bercakap2 lgi..menyanyi dah..
BalasPadamkalau di surau2 kat kompleks fakulti ni student selalu singgah untuk solat dan rehat sambil tunggu kelas belah petang..jadi macam2 aksi..ada tidur la, bersembang la..yang paling teruk menyanyilah sambil mengadap laptop yang dipasang lagu2..aih, lani alat makin canggih perangai pun terlebih canggih jugak....
nak tegur masa tu berbolak balik hati..boleh buat muka marah jela...huhu
Eri...
BalasPadam'mereka' tu dah tentu tak faham bahasa, masalahnya orang kita yang faham bahasa pun buat2 tak faham, lagi payah! :(
~yus~...
BalasPadamkadangkala kebiasaan membuatkan manusia seolah2 punya 'bisa' - lalu tak boleh ditegur oleh sesiapa! :(
Q...
BalasPadamtanak pulut tepi telaga
jangan pandai-pandai ditambah cuka
lu punya molot kalau tak tau jaga
wa sapu cabai agak2 lu boleh tahan ka?
amacam Q? ok tak kalau cam tu? ;-)
eLL...
BalasPadamkalau waktu diaorg solat agaknya penuh kusyuk walaupun ada orang bercakap, sebab tu bila dia bercakap, dia rasa orang tak dengar apa2.
Aiza...
BalasPadamhendak ditegur selalu, bukannya budak2, kan?
W/salam adikku Samad...
BalasPadamhendak buat2 tak dengar pun, telinga bukan pekak, kan?
RULZA...
BalasPadamkadang2 kakcik terpaksa kuatkan sikit bacaan dalam solat sebab tak mahu hanyut dengan perbualan yang entah apa2. Hukumnya? Hanya Allah Yang Tahu.
Sedap gurindam kak cik ni..teringin nak copy n paste kat tempat2 yang patut..huhu..
BalasPadamTB...
BalasPadamkalau ada kesesuaian, ambillah. :)
biasalah tu kak chik orang pompuan kalau dah bercerita dah tak ingat dah:)
BalasPadambudak2 senang paham bahser... 'mereka' tuh yg tak paham2 bahser...
BalasPadam