Kawan-kawan kakcik

Ahad, 11 Disember 2011

10/12/2011...

Pekan Kajang - terpaksa telefon Ana Suryana untuk bertanyakan arah Hospital Kajang.

Sesak juga Pekan Kajang di hari Sabtu.

Solat Isyak sebelum majlis tahlil bermula.

Petugas dari pasukan ambulan Hospital Ampang datang untuk membawa adik iparku ke hospital.

Diusung untuk dibawa masuk ke dalam ambulan.
Ambulan dari Hospital Ampang.

Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang.

Ringkasan ceritanya :

Sewaktu aku dan adik perempuanku sedang membersihkan 15 ekor ayam dan 4kg ikan, adikku menerima panggilan dari suaminya yang kemalangan.

Selepas selesai 'mengerjakan' ayam dan ikan tersebut, aku bersama adikku dan Along bergegas ke Hospital Kajang (nanti-nanti sahaja kita bercerita tentang karenah yang terpaksa dihadapi).  Selepas berjam-jam menanti tentang 'itu ini', kami terpaksa balik dahulu untuk menguruskan hal di rumah pula.  Aku dan adik-adik memasak sendiri hidangan untuk majlis tahlil malam nanti.

Tidak berapa lama kemudian, suami adikku menelefon mengatakan dia boleh keluar dari hospital.  Bergegas pula adikku bersama adik iparku yang seorang lagi ke hospital. Menjelang Maghrib, mereka sampai semula ke rumahku.  Dipendekkan cerita, akhirnya kami terpaksa memanggil ambulan dari Hospital Ampang untuk membawa semula adik iparku ke hospital.  Terima kasih kepada para petugas ambulan Hospital Ampang yang nampak sangat ikhlas dan profesional menjalankan tugas meraka.
Mohon maaf kepada Dato' LF kerana kita tidak berkesempatan untuk berjumpa.



27 ulasan:

  1. SALAM,
    MENDOAKAN ADIK IPAR CEPAT SEMBUH. MAAF TAK DAPAT BERSAMA DI HOSPITAL SEMALAM

    BalasPadam
  2. Salam,

    Akak dah lama tak masuk pekan Kajang. Moga suami adik kakcik cepat sembuh. Amin

    BalasPadam
  3. Tulah yang dikatakan malang tak berbau.

    Semoga adik ipar kakcik segera semboh.

    BalasPadam
  4. kalau akak dah lalu IPD tu,terus shj,pasti jumpa..kan ada signboard...
    tapi elok jugak tu klu ada infomer...

    BalasPadam
  5. kalau dengan hospital kajang, saya juga ada pengalamannya....

    BalasPadam
  6. mungkin hospital kajang tu terlebih kapasiti .. bilangan pesakit tak seimbang dengan bilangan petugas. nak masuk hospital swasta tak mampu. jadi semuanya bertumpun kat hospital kerajaan termasuklah PATI.

    BalasPadam
  7. salam buat kakakku kakcik..
    saya doakan moga semuanya baik-baik belaka.. kerenah hospital kerajaan kadang2 merimaskan.. khabarnya sekarang kebanyakan hospital 'penuh'.. betul jgk kot.. PATI pun bertumpu ke sana..

    BalasPadam
  8. wak pon tumpang doakan semoga selamat semua yeee.. eeeeE wak dh dateng niii nk komen komennnnnn....,,

    BalasPadam
  9. didoakan BIL Kakcik 'speed recovery'...amin3!!

    p/s: Woits... yang pergi masukkan nama kakcik dalam senarai tu pehal?
    DAH MEMANG KAKCIK LAYAK PONNN...LAARRIIKSSS!!

    Nak kena babab ya?
    HOH!SAKIT SGT KER KAKCIK BABAB TUH? MOH UKUR BUKU LIMA MEMASING...AHAHAHH


    Blog kakcik tu, nak dapat 50 pengunjung sehari pun payah tau... huhuhu...;-)
    HOH! SESUNGGUHNYER TIPU..NK TUNJUK BUKTI?? HWHEHWHEHWHHEEE...

    BalasPadam
  10. Dalam keadaan busy ditambah ujian besar ye Kakcik. Moga adik ipar kakcik beransur sembuh, kesian adik kakcik tu...

    Habis tahlilnya macam mana bila dalam kekalutan begitu kakcik?

    BalasPadam
  11. W/salam Dato' LF...

    sebenarnya saya yang minta maaf pada Dato' sebab tak sempat nak pelawa Dato' singgah ke rumah saya. :(

    BalasPadam
  12. W/salam Kak Nani...

    saya pernah juga ke Kajang sebelum ini tapi boleh saya tak jumpa pulak hospital tu.

    BalasPadam
  13. Kak Ani...

    betullah...

    Terima kasih kerana mendoakan.

    BalasPadam
  14. Kaklong...

    sebenarnya, memang satu papan tanda arah hospital pun kakcik tak nampak. :(

    BalasPadam
  15. eelobor...

    nak cakap salah, tak cakap pun serba salah...

    BalasPadam
  16. Kanda AL...

    sekarang ni ramai orang luar pun dah bertumpu ke hospital swasta, sebab di hospital kerajaan pun mereka kena bayar juga (tapi ramai juga yang lari tanpa membuat bayaran) ...

    BalasPadam
  17. W/salam adikku Samad...

    kebetulan sekarang, Kajang sedang dilanda wabak denggi. Makin penuhlah ruang kecemasan hospital tu.

    BalasPadam
  18. Wak gelas...

    terima kasih kerana wak tidak lokek mendoakan sama. :)

    BalasPadam
  19. Ayu...

    amboiiii... nak ukur buku lima la pulak! hehehe....

    BalasPadam
  20. Kakzakie...

    adik ipar kakcik itu akan menjalani pembedahan untuk masukkan alat (mungkin besi atau skru) pada tulangnya yang patah itu pada hari Selasa atau Khamis nanti.

    Majlis tahlil tetap berjalan seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  21. kakcik, baru hari ni saya dapat masuk blog...

    harap adik ipar kakcik semakin sembuh.. maaf saya tak dapat bertanya lanjut tentang adik kakcik masa kakcik call hari tu...

    tukar hospital sebab lebih dekat ye..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com