Kawan-kawan kakcik

Ahad, 9 Oktober 2011

Subhanallah...

Nampak tak bulatan besar di sekeliling bulan itu?  Gambar ini baru kurakam beberapa minit yang lalu.

Untuk keterangan lanjut tentang fenomena ini, sila klik DI SINI.

Kemaskini : dari Berita Harian Online :

'Halo Bulan' fenomena biasa: Pakar

2011/10/10

KUALA LUMPUR: Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira jam 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi. "Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak. "Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.

"Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya.

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo".

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi.

Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi.

- BERNAMA

19 ulasan:

  1. salam kakcik,
    saya nampak bulatan keliling tuh
    akak rakam guna kamera hp ??

    BalasPadam
  2. salam kakcik..
    subhanallah cantiknya..apa yg bulat tu?
    sy ni buta sains skit..

    BalasPadam
  3. mmg cantik bulan mlm td,izan tak tgk live tp tgk gmbr2 kwn2 twitter upload.cantik!

    BalasPadam
  4. nampak .... bulatan sempurna..

    ada fakta sains kaaa ....

    BalasPadam
  5. subhanallah..kene pulak ngn tarik 91011 tu

    BalasPadam
  6. Maha Suci Allah.... Allah Maha Besar

    BalasPadam
  7. halo ya kakcik nama fenomena nya? sy dah baca link kakcik bg tu tp x paham hihi..

    BalasPadam
  8. alah rugi cik ina tak ambik gambar, semalam masa balik dari umah anak, dia tunjukkan bulan cam tu. memang jelas nampak. Ciptaan Allah SWT cantik -cantik belaka.

    BalasPadam
  9. saya punye camera tak wide angle. hahaha!

    semalam lepas kakcik call terus saya kuar amik gambo. dapat separuh je. hihi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com