Kawan-kawan kakcik

Khamis, 13 Oktober 2011

Spontan di hari Khamis - Tinggi...



Ada sesiapa yang boleh teka, dari tingkat berapa sebuah pangsapuri kakcik rakamkan gambar di atas?  Tak penting pun sebenarnya untuk meneka, betul tak?

Ada orang sangat takut dengan ketinggian.  Terasa sangat gayat. Macam hendak tercabut kepala lutut bila memandang ke bawah.  Sebaliknya, orang jarang takut atau gayat dengan pujian, kan?  Sedangkan pujian yang melambung-lambung juga boleh membuatkan kita jatuh terhempas. Mungkin sahaja kesan dari hempasan tersebut kita akan menjadi lumpuh buat selama-lamanya.

Sekian sahaja buat pagi ini.  Encik Ilham masih menyembunyikan diri di sebalik segala ujian kecil yang sedang Allah turunkan.  Semoga kita masih ada waktu untuk berbicara lagi.



31 ulasan:

  1. wow, mendalam betul maksud dia

    apapun gambar tu lawa sangat kakcik

    BalasPadam
  2. Terlalu banyak pujian sebenarnya boleh buat kita muak, pastu rasa nak muntah, kan?

    Nak teka. Lebih dari tingkat 10. Jika betul, Kakcik nanti belanja saya Air Sirap masa Gathering 23hb. hahahahaha

    BalasPadam
  3. tingkat 14 kot...

    hehehe. mak saya gayat terus pastu takmau sidai kain dah...

    BalasPadam
  4. kaklong pun gayat bila berada ditempat tinggi,

    BalasPadam
  5. Tina...

    bila kamera ada di tangan, setiap sudut kalau boleh hendak kakcik rakamkan. :)

    BalasPadam
  6. Azie...

    Betul. Bila terlampau banyak puji dan puja, keikhlasan dapat dirasa bagaikan tiada.

    Ya - lebih dari tingkat 10. nanti kita minum sirap sama2, ya? :)

    BalasPadam
  7. eLL...

    jadi, semua kain yang dibasuh tak bersidailah, ya? :)

    BalasPadam
  8. Kaklong...

    kakcik ni bila rasa gayat, kakcik pejam mata. :)

    BalasPadam
  9. Saya jenis gayat .. sy pernah ke rumah kawan tingkat 7 .. masa jalan kot koridor .. rasa macam takut.. berangin2.. takut nk ketepi koridor.. tah hapa2 punya takut la..

    tapi gambar tu cantik ... mendalamnya maksud...

    BalasPadam
  10. tetapi kalau kena kutuk hari-hari boleh mematikan semangat.

    sesekali jiwa mahu juga dipuji di mana patut.

    BalasPadam
  11. Fazz...

    kakcik rasa betul2 gayat masa naik kereta kabel di Langkawi. Macamana pun , dikenang2, rasa teringin nak naik lagi. :)

    BalasPadam
  12. saya setuju ...... kalau dah tinggi sangat ... bila jatuh ...susah nak diselamatkan .....
    rosak jiwa dan raga....

    BalasPadam
  13. Kanda AL...

    betul juga tu. Saban hari dicerca (mahupun disindir), boleh mati juga semangat.

    Pujian sesekali tu mungkin perlu, tapi kalau pantang berjumpa asyik dipuji - macam ada yang tak kena pulak. :)

    BalasPadam
  14. Chik Att...

    bukan setakat jiwa raga, rangka pun mungkin hancur. :)

    BalasPadam
  15. rumah aina berada di tingkat dua tetapi bila ada jemputan di tingkat 5 terasa jugak le gayat bila berjalan kat koridor tu...cam na le nak duduk kat penthouse...hahahaaa...

    BalasPadam
  16. Aina...

    kiranya Aina juga takut dengan ketinggian, ya? :)

    BalasPadam
  17. Kena puji sekali dapatlah rasa tinggi tu tapi kalau dah selalu sangat rasa macam perli jadinya....

    BalasPadam
  18. Betul tu kak chik.. memberi pujian itu baik tapi jgn terlalu sgt..kdg2 org yg dipuji itu plak jadi riak.. dan meninggi diri..

    Saya teka ketinggian 17 tingkat.. :)

    BalasPadam
  19. biarlah kita besederhana dlm segala hal .. kalau dipuji ramai yg x suke dari suke kak huhuh

    saya takut ketinggian yg melampau .. gayat gak nie kak :)

    BalasPadam
  20. saya mmg dok umah ateh hehehe....kalo gayat susah la anak2 huhu....

    BalasPadam
  21. saya tak suka kena puji.keh keh~~

    *bohong sikit.

    BalasPadam
  22. paling risau kalau kena puji
    tak tentu pasal...

    mesti something wrong some where...

    BalasPadam
  23. kalau gayat di tempat tinggi, wani lah orangnya :)

    BalasPadam
  24. kakcik...
    ilham dtg tanpa di duga...
    tapi kakcik selalu jek sy tgok ade idea...

    BalasPadam
  25. serius....saya pun jenis gayat jika berada di tempat tinggi dan pandang ke bawah. bagai luruh jantung

    BalasPadam
  26. Maksud yang sungguh mendalam... tapi amy gayat di tempat tinggi...

    BalasPadam
  27. gayat bila berada di tempat tinggi tu semua org mengalami kot...
    tp gayat dengan pujian tu jarang sangat yg betul menilai pujian seseorang...malah bila dipuji terus mendabik, terus bangga walaupun tidak dapat dilihat scr lahiriah.
    sama2 la kita beringat-ingat...

    BalasPadam
  28. Assamaualaikom kakcik.. :)

    teman ni kalo dipuji idok le meninggi.. mengembang ade le ehehehee.. lgpon teman ni spesis tak gayat kalo dok tinggi2 ni.. *komen maksud tak dalam*

    BalasPadam
  29. tumpang setuju sesangat dgn Azie, kanda Al, ati, dan Azeeda...

    cuma saya kembang kat telinga dan tekak lah heh3....

    kalau saya berada di atas, saya langsung tak boleh dah nak pandang kebawah...tulah masalahnya hahaha...
    pasal apa? pasal gayat tulah...

    BalasPadam
  30. cik ina gayat tempat tinggi, cik ina terima pujian tapi tak suka tenggelm ngan pujian.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com