tapi aku bagai kehilangan kata-kata...
tentang resah yang menggila
kerana diri serba tidak upaya
untuk memenuhi nafsu dan selera
sedangkan kemampuan entah di mana
dengan poket yang tinggal syiling cuma
anak-anak begitu kehendaknya
diri sendiri begini pula
himpitan hidup nak salahkan siapa
bila diri sendiri tak pandai merencana
orang-orang besar hanya tahu bergendang
mengajak orang kecil sama berdendang
supaya isu besar terlepas pandang
lalu kepalsuan terus dijulang
eh! bukankah kuasa di tangan kita
konon-konon begitulah penyedap kata
bagai si gila talak mencari cina buta
lalu pasti ada yang akan terpedaya
Firman Allah SWT dalam Al Qur'an (Surah An-Nahl, Ayat 96 : (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
nota hati : tak faham tidak mengapa, kerana aku menulis bukan kerana nama.
'Kesiannnn mak.. macam-macam nak fikir' |
Salam. Penuh dengan makna yang tersirat.
BalasPadamkakcik
BalasPadamkadang kadang kata kata tu lagi berkesan dan terkesan
tp dengan tulisan pun apa kurangnya kan?
mendalam maksudnya tu
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamMasalahnya orang kita cepat dan suka selesa, tak mau fikir dalam2 dan lama; kalau boleh nak selalu dimanja2; walaupun kita kena kencing sentiasa!
suka baca tulisan berbentuk ala2 puisi seperti gini...
BalasPadammenciklah kak chik , selalu rumah tuk politik kat rumah cik ina ni semua berlampu econ kat 10 biji, kita disuruhnya berjimat cam mana tu.
BalasPadamAriff...
BalasPadamterlampau banyak yang difikir, sampai tak mampu hendak diceritakan! :(
Sya...
BalasPadamada kata2 menyatakan 'mata pena itu lebih tajam dari mata pedang' - itupun kalau sasarannya kena!
Niez...
BalasPadambukan semua orang sama kefahamannya. :(
saya faham :)
BalasPadamWa'alaikummussalam Yong Halima...
BalasPadamsiapa yang tak hendak hidup selesa, kan? Tapi janganlah sampai melanggar segala hukum Tuhan.
Exora...
BalasPadamkakcik menulis begini bila kakcik tak tahu nak menyusun ayat. :)
Cik Ina...
BalasPadamitulah maknanya 'rakyat didahulukan....' hehehe..
Dr Hanie...
BalasPadamDr memang cerdik. :)
undilah
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=-1hllAhSXLA
no komen...
BalasPadamkakcik: kekadang mmg kena luahkan apa rasa dlm hati.. wlpun tak faham maksub sebenar kakcik tp yg pastinya kekusutan dihati harus dileraikan agar kita lebih tenang..:)
BalasPadamsabar saja pengubat rasa, kakcik.
BalasPadamwalau tak paham secara tersurat tetapi amat suka entri ini. terima kasih kakchik, kerana mengajak untuk terus berfikir
BalasPadampaham kakcik..
BalasPadambetul ke kuasa di tangan kita??
kakakku kakcik..
BalasPadambukan hanya kita yg menanggung bebanan..dan kita dikehendaki bersabar..mmg lah begitu.. tetapi apa yg dihadapi sekarang sebenarnya kita mampu ubah dgn kuasa yg ada pada tangan kita.. jika hari ini kita mengeluh berat..bayangkan nasib anak-anak kita nanti andai kata 'ancaman' masa kini tidak kita ubah..
siannyerr makk.. uhuhu
BalasPadam