Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kepulangan yang dinanti (Aman Shah) ...



Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali


Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali


( korus )


Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata


Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali


( ulang dari mula )


Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda

Pesanan buat kawan-kawanku (dan diriku juga) :  berhati-hatilah walau di mana sahaja berada.  Dalam kita bergembira, ingatlah sama pada yang tiada.  Semoga di Syawal ini, kita tidak kehilangan atau kekurangan apa-apa.


32 ulasan:

  1. Saya suka lagu ni...

    Selamat Hari Raya kakcik...:)

    BalasPadam
  2. lagu ni mmg sedih huhu,nasib la ika dh nk blk mlm ni klu x nangis la dgr lagu ni


    selamat hari raya kakcik,mohon maaf andai terkasar bahasa selama ika duk komen kt cni ye :)

    BalasPadam
  3. dgr lagu ni...kalau kene gayanya mmg basah pipi masa tgh drive. abis maskara! heheh~

    BalasPadam
  4. Dr DZ...

    kakcik pun suka. Selamat hari raya juga buat Dr dan keluarga. :)

    BalasPadam
  5. Afikah...

    tiada yang kakcik terguris denga kata-kata Ika di kotak2 komen kakcik. Selamat hari raya, berhati2lah di mana sahaja ya. :)

    BalasPadam
  6. gB...

    mujur kakcik tak pakai maskara sebab kakcik memang menangis mendengar lagu ini. ;-)

    BalasPadam
  7. sedihhh lagu ni...


    selamat hari raya kakcik

    ampun maaf dipinta
    kalau ada buat rumah terbuka
    jemputlah lah ya

    ada mcm pantun tak..hihi :)

    BalasPadam
  8. Lagu lama juga yg menyentuh jiwa kan kakcik... Bersama kita saling ingat-mengingati...

    BalasPadam
  9. Ati...

    selamat hari raya. InsyaAllah, kalau ada majlis makan-makan, nanti kakcik jemput Ati ya. :)

    BalasPadam
  10. Kakzakie...

    sangat2 menyentuh jiwa kakcik. "Kepulangan yang dinanti" tapi akhirnya begitu sahaja berlalu pergi....

    BalasPadam
  11. selamat hari raya kakcik..

    lagu kegemaran saya juga namun selalu sayu bila mendengarnya

    buat kakcik juga semoga selamat menuju setiap destinasi

    BalasPadam
  12. ibuintan...

    selamat hari raya buat ibuintan dan keluarga. Semoga semuanya selamat sejahtera di hari dan bulan yag mulia ini. :)

    BalasPadam
  13. Salam kak Cik..

    Lagu inilah yang Nida paling suka dengar.. menusuk kalbu.. teringat pada arwah abah..

    Selamat menyambut Hari Lebaran buat Kak Cik sekeluarga..

    BalasPadam
  14. suka dgr lagu ni...moga kita semua selamat balik & kembali..

    Selamat hari raya kakcik:)

    BalasPadam
  15. W/salam Nida...

    kakcik juga teringat kat arwah bapa kakcik. Penantiannya yang berakhir dengan kehampaan. :(

    Selamat hari raya buat Nida sekeluarga.

    BalasPadam
  16. Qema...

    Selamat hari raya. Semoga selamat semuanya. :)

    BalasPadam
  17. bertambah sedih dengar time dah dekat nak raya..

    BalasPadam
  18. Aizamia...

    ikut hati kakcik ni memang tiada keceriaab rasanya,,,

    BalasPadam
  19. dgn mood preggy saya yg hura hara skrg..meleleh air mata kak...saya jd cengeng aje loni..huhu

    selamat hari raya kak

    BalasPadam
  20. sedih la dengar lagu ni...

    selamat hari raya aidilfitri buat kakcik sekeluarga...

    BalasPadam
  21. Mama SN...

    selamat hari raya buatmu juga Dik. Jaga kesihatan, jaga baby dalam kandungan dan jaga keselamatan seluruh ahli keluarga ya.

    Kakcik juga jadi cengeng sekarang. :(

    BalasPadam
  22. Ainnoraini...

    selamat hari raya, Dik. Semoga selamat semuanya ya. :)

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum...

    Lagunya menyentuh jiwa..

    BalasPadam
  24. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    ya, sangat kakcik terasa.

    BalasPadam
  25. saya faham akan maksud lagu ini rasanya... sabarlah kakcik ye.. kalu ada rezeki, jodoh.. pulanglah dia nnt..

    BalasPadam
  26. Niez...

    yang sangat mengharapkan kepulangan itu telah pun tiada, jadi rasanya tiada apa lagi yang perlu dinanti. :(

    BalasPadam
  27. Assalamualaikom kakcik..

    moge roh Pak kakcik, Apak teman & semua saudare kite sentiase dirahmati Allah & aman d sane.. amiinn!

    sayu dengor lagu ni.. hmm..

    BalasPadam
  28. Wa'alaikummussalam AzeedA...


    Aminnnn...

    BalasPadam
  29. Selamat Hari Raya kakcik. Sayu hati saya hati mengenangkan ayahanda yang sudah tiada. Semoga rohnya berbahagia di sana.

    BalasPadam
  30. Salam Aidilfitri untuk kakcik dan family...

    lepat ketupat dipagi hari
    lemang dan rendang sama dimakan
    selamat hari Raya aidilfitri
    salah dan silap harap dimaafkan...

    moga Hari Raya ini membawa lembaran baru buatmu....

    BalasPadam
  31. walau abah dah tiada, mak IM masih ada. syukurlah, masih meriah berHari raya di kampung Rabu nanti!

    BalasPadam
  32. kepulangan tok berkhalwat di putrajaya... kwang2.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.