Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 19 Ogos 2011

BS di waktu sahur...


Kembung goreng berlada.  Tidak disentuh waktu berbuka, tapi bangun untuk sahur tadi dah tiada!
Anak-anak mengulang makan selepas balik dari tarawih.  Jadinya, untuk bersahur kena masak lauk lain.

Ayamberempahcarakakcik untuk berbuka.  Memang licin licau dimakan oleh anak-anak.

Bila dia tengok maknya bersedia dengan kamera, cepat-cepat dia tutup muka dengan bantal.
Tengoklah gaya dia tu.  Kalau suruh suap makanan sendiri, mahu masuk ke hidung!
(ops... jam kat dinding tu hiasan semata-mata, entah waktu di kutub mana yang ditunjuk)




52 ulasan:

  1. sedap nye kembung berlada..feveret acu tu...

    BalasPadam
  2. assalamualaikom kakciikkk.. :)
    gambor taktahan - gmbr ayamgorenberempah
    gambor kedue taktahan - ikan kembong!
    gambor paaaaaaling taktahan - adik si budak sepet!

    hajat d ati cuti raye ujong minggu nk gi musin teluk ensen.. jom kakcik!

    BalasPadam
  3. kak cik mari tunjuk skit resipi ayam rempah cara kak cik tu..mana tahu lain dgn cara sy...blhlah cuba :)

    BalasPadam
  4. hahaha!!! jam dinding tu tunjuk waktu kat UK tu.

    BalasPadam
  5. ikan... memang tak beli pun bulan puasa ni...saya pun suka masak sambal2 baru lah selera sikit nak makan...

    BalasPadam
  6. ekekek mcm tu lah kan kak .. adakalanya lauk utk shur dah habis di makan .. lepas terawih semua lapoor ekke :)

    BalasPadam
  7. ololoooo....ni mmg betul2 sahur sambil tutup mata :P

    BalasPadam
  8. hihihi
    comel jer makan sambil tido
    (dulu masa kecik slalu jugak buat gitu :D )

    BalasPadam
  9. saya sahur nasi sesenduk je mak~~kalau lebih memang saya tak lalu~haih~

    BalasPadam
  10. tertarik dgn komen akak di blog RR.... sedih beno membacanya.... sabar la ye kak...doakan mereka tenang di sana..


    http://sjiehan.com/

    BalasPadam
  11. mcm jam dirumah mak saya.. entah kutub mana waktunya

    BalasPadam
  12. kegemaran weols sekeluarga ayam goreng berempah!

    BS sama macam abg ajim lah... bila bersahur kena suap makannya... kalo tak... ntah kemana disuapkannya nasik tu!

    BalasPadam
  13. oo bs dah besar makan bersuap lagi. manja. sedapnya ayam berempah tu kak cik.

    BalasPadam
  14. sahur pg smlm ayam berempah...kemain laju 2 beranak tu makan...
    errr saya xmakan...mc!
    ;)

    BalasPadam
  15. suri sahur tadi pagipun buat kembong goreng sambal gitu..sedapkan kak..rasa ikan tu lemak2

    BalasPadam
  16. Acu...

    kalau kembung tu jenis 'berisi' bagi kakcik lagi sedap. :)

    BalasPadam
  17. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    kakcik mungkin akan berada di Teluk Ensen pada hari raya petama. Kemudian balik ke KL. Raya kedua hingga keempat, InsyaAllah mengembara ke Utara (orang dah tak ada kampung halaman...huhuhu) ...

    BalasPadam
  18. Rina...

    resepi ayam berempah kakcik tu ringkas sahaja. Kakcik perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk, sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Itu sahaja. :)

    BalasPadam
  19. Fazz...

    kalau ikutkan kat rumah kakcik tu memang ayam sahajalah menunya. Kakcik pun dah naik muak dengan ayam. :)

    BalasPadam
  20. Ieda...

    setakat ini kakcik lebih suka kalau lauk berbuka tu habis, jadi kakcik taklah malas nak masak dan hidangkan lauk baru. :)

    BalasPadam
  21. Cheqna...

    jadi ibu memang kena banyak sabo. :)

    BalasPadam
  22. Dr Hanie...

    tak apalah ada mak nak tolong suapkan. Kalau tak ada, tak sahurlah agaknya dia tu. :)

    BalasPadam
  23. bujal...

    mujur tak minta mamaainul suapkan, ya? :)

    BalasPadam
  24. Niez...

    nak dibuang, tak sampai hati lagi, kan? :)

    BalasPadam
  25. Cik Ina...

    dalam manja2 tu, sesekali kena lepuk juga. :)

    BalasPadam
  26. Mimi...

    kakcik dapat MC pada jam 4 petang semalam! :(

    BalasPadam
  27. saya dulu kecik2 pun macam tu kakcik! ekekekeke..makan sahur, mata tutup!

    BalasPadam
  28. Suri...

    kakcik tak semopat makan pun ikan yang kakcik masak tu. Tapi, kalau makan dengan nasi yang baru masak, memang sedap. :)

    BalasPadam
  29. mcm magic plak yer kak,jap ada jap takde dah lauk tu hehe..sedap sgt air tgn akak tu..tu yg licin semua hehe...

    jam tu waktu kutub ek kak hehehe..

    BalasPadam
  30. menariknya menu2 itu kak, pagi2 mmg selera pekena menu tu, kene dengan kicap manis pehhh

    BalasPadam
  31. ~izan~...

    lega bila tengok masakan habis dimakan, tidaklah membazir. :)

    BalasPadam
  32. ajumohit...

    anak-anak kakcik sekarang suka dengan kicap manis ABC. :)

    BalasPadam
  33. Sedapnya kembung berlada & ayam berempah kakcik tu.

    BalasPadam
  34. AzMask...

    tak sedap mana pun sebenarnya. :)

    BalasPadam
  35. simple tapi sebab ianya sambal itu yang jadi sedap.. ;)

    BalasPadam
  36. aizamia...

    Alhamdulillah. Mudah2an berkat rezeki yang dihidangkan itu. :)

    BalasPadam
  37. sahur mesti nak ada sambal2..
    kalau idak tak selera la nak makan..:p

    BalasPadam
  38. ha,haa... licin licau perkataan baru ni

    BalasPadam
  39. KAKCIK, KADANG KITA DAH MASAK RASA CUKUP BAWAK KE SAHUR, TP RUPANYA SAHUR BERLAUK LAIN JUGAK KAN?
    TAK APALAH..YG PENTING HABIS DAN SELERA.

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum KakCik, kekanak baya ni memang berselera makan!

    BalasPadam
  41. Kalau pagi-pagi abah memang tak lalu nk makan byk-byk..kadang-kadang minum air je..tp tgk perut skrg dah kempis sikit.hehehe


    Teknik Terbaru Pakai Shawl

    BalasPadam
  42. salam..
    alhamdulillah, sedapnya juadah bersahur..apakan daya, anak bujang tu..kesian masih sayangkan mimpinya..he he

    BalasPadam
  43. Sama ler perangai dgn anak-anak lelaki saya, Kak Cik. Kena standby sorok separuh lauk, sebab lepas terawih gerenti depa makan nasik lagi. Nanti sahur tak berlauk plak kami. hehehe

    Mujur la CHAK tak perlu kena suap. Aduhhh letih nak suap. hehehe

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum Kakcik,

    Waktu sahor ni selalu lauk2 yang masak macam ni yang membuka selerakan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com