Kawan-kawan kakcik

Isnin, 25 Julai 2011

Pegangan...

bilamana tiba-tiba tanganmu dipegang oleh seorang  yang kamu langsung tidak mengenalinya tetapi kamu tahu dia kurang upaya dan tak mungkin  dia akan memudaratkan dirimu dalam apa jua bentuk/cara sekalipun, tergamakkah agaknya kamu merentap tanganmu yang dipegang itu tanpa sedikit pun rasa bersalah?



32 ulasan:

  1. sungguh tidak berhati perut orang itu !

    ingat .. kita sekarang sempurna tapi bila-bila masa kita boleh jadi OKU !

    BalasPadam
  2. Kanda AL...

    keran tidak mahu menjadi orang yang tidak berhati perut, maka saya membiarkan tangan saya dipegang selama mana dia mahu! :)

    BalasPadam
  3. Kakak dah biasa bertemu OKU dan sesungguhnya golongan ini membuat kita selalu bersyukur betapa kita amat beruntung...

    p/s: kakak punya seorg anak saudara OKU, jgn kata pegang tangan cuci tempat najisnya pun kakak buat...

    BalasPadam
  4. sudah biasa hidup dengan oku.....dah laili sesangat...
    tapi masih ada yg memandang sinis...sedihhh..!

    BalasPadam
  5. mmg kak, bertemu dgn org istimewa membuatkan diri kita juga istimewa sepertinya...anak buah saya sindrome down berumur 4 tahun, bezanya perlakuan anak itu yg sebaya dgn Najiha...semoga keluarganya tabah dan bersabar dgn setiap dugaan

    BalasPadam
  6. saling sandar menyandar dan bekerjasama tak kira apa gender, apa status.

    BalasPadam
  7. Terpulang pada yang memegang. Kalau dia sudah baligh dan lelaki sudah tentu kpah akan menarik tangan kerana berdosa bersentuhan. Namun tidak sampai mengecilkan hatinya. Kalau ia anak kecil dan perempuan, akan kubiarkan saja..

    BalasPadam
  8. OKU juga makhluk Allah,jadi perlu bertimbangrasa pd golongan ni.Apa pun ika setuju dgn komen ibundo :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kakcik,

    Melihat OKU, terutama kanak-kanak hati selalu kalau, air mata cepat nak rebes dan insafnya diri serta berbanyaknya syukur kerana kita diberikan Allah segala kesempurnaan yang sepatutnya.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikom kakcik.. :)

    jangan pandang2.. jangan peygang2..
    hehe.. gegugho aje.. opkos teman bg pegang.. :D
    dh selamat mendarat eh? beli ape kt adik?

    BalasPadam
  11. saya xkan tarik tgn saya kak..
    saya akn bantu OKU itu..

    BalasPadam
  12. Kakzakie...

    setiap orang mahukan kesempurnaan. Namun kekurangan orang lain adalah sebenarnya untuk kita mensyukuri kelebihan yang kita ada...

    BalasPadam
  13. Kaklong...

    kalaupun tidak boleh memberikan simpati apatah lagi empati, hendaknya janganlah sampai lupa diri hingga memandang sinis pada mereka yang tidak pernah meminta kekurangan diri, kan? :(

    BalasPadam
  14. Ajumohit...

    kakcik juga ada seorang anak buah (sebelah suami) yang kurang upaya - hanya dapat membantu sekadar terdaya...

    BalasPadam
  15. Yan...

    betul - hidup ini saling melengkapi...

    BalasPadam
  16. Kakpah...

    yang memegang tangan kakcik itu adalah seorang anak lelaki yang nampak goyah sewaktu berdiri...

    BalasPadam
  17. Afikah...

    mereka juga berhak menyedut udara segar tanpa prejudis, kan? Iya, batas pergaulan walau bagaimanapun tetap kena jaga...

    BalasPadam
  18. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    malangnya pandangan simpati yang kita lemparkan ada juga yang salah memberi tafsiran!

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    beli beg je untuk BS tu - dah tak tahu nak belikan apa lagi! ;-)

    BalasPadam
  20. Mama SN...

    kakcik juga tidak menarik tangan kakcik sehingga dia sendiri melepaskannya. :)

    BalasPadam
  21. kalo yg oku betul tu xpe kak..mmg rela...tp ada gak org amik kesempatan berlakon jd oku....yg itu saya tak rela...saya hempuk lg ada hehehe

    BalasPadam
  22. Mimi...

    kalau yang berlakon tu ... kita bolehlah jadi pengarah! hehehe...

    BalasPadam
  23. kakcik, membaca entry ni saja dh buatkan saya mengalir airmata

    terbayangkan anak kecil sy yg bermasalah di kepala...saya pernah membayangkan macam2 sehinggalah terbayang2kan dia bakal menjadi OKU....astaghfirullahalazim!

    alhamdulillah, kelainan di kepalanya tu disahkan normal setakat ini. mudah2an tiada apa yg memudaratkan. risau diri ni tak kuat kalau diberitakan dengan keputusan yg negatif :(

    BalasPadam
  24. budak2 camtu bukannye dia tahu apa pun, dia perlukan perhatian dan kasih sayang dari kita

    BalasPadam
  25. AIM...

    satu kelebihan yang Allah kurniakan buatmu, Dik. Redha dengan ujianNya akan menambahkan sahammu di sana nanti.

    InsyaAllah, anakmu akan membesar dengan sihat dan sempurna. Amin.

    BalasPadam
  26. Su...

    perhatian dari kita, mungkin membawa sedikit sinar dalam hati mereka. :)

    BalasPadam
  27. Oku juga hamba allah , kita semua sama je ada kelebihan dan ada kekurangan..Kalau berdepan dengan mereka amy x akan sesekali emnarik tangan malah tangan itu amy akan belai untuk mereka merasa di hargai oleh orang lain..

    BalasPadam
  28. jiwa saya pun seumpama OKU...
    welcome home kakcik....

    BalasPadam
  29. Amy...

    tak perlu keluarkan modal sesen pun untuk memberi sedikit bahagia di jiwa orang lain, kan? :)

    BalasPadam
  30. Q...

    apakah yang telah terjadi dengan jiwamu? Sangat sensitif atau telah terlalu letih menanggung lelah? hehehe...

    BalasPadam
  31. Niez...

    lagi sedih bila tahu mereka 'diperdagangkan'. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com