Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 22 April 2011

Hidangan pagi Jumaat....

(bersiaran dari Sunway Hotel, Seberang Jaya)

Buka siaran televisyen...

ada sambutan ulangtahun
ada persembahan

ada tarian - bagiku menjolok mata - tutup yang perlu sahaja
ada nyanyian - artis wanita berpakaian 'moden' - artis lelaki lebih bersopan
ada tetamu - anak-anak dari sekolah agama, anak-anak dari rumah anak yatim dan dari wad pediatrik

aku agak kecewa - pengisian jiwanya di mana? 

nota hati :  bila menggunakan komputer riba, catatanku ringkas sahaja kerana ketidakpandaianku memanfaatkan kemudahan yang ada.


 

48 ulasan:

  1. rancangan apa tu kakcik?

    memang dah naik meluat tgk rancangan2 tv kat malaysia ni.. nama je konsert amal la.. konon utk tujuan kebaikan la, tapi yang lebihnya terkinja2 jer.. muakkkk..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum my dear KakCikS:)

    Antara satu sebab mengapa lebih byk mengadap skrin laptop dari skrin tv!!huhuhu..

    Anyway..
    Moga di pagi Jumaat nan mulia kakciks dianugerahkan kesihatan yang baik & ceria2 selalu di sana:)

    BalasPadam
  3. Dr h4ni3...

    rancangan NLKO - lepak2 kat bilik ni, tak tahu apa nak buat..hehehe...

    BalasPadam
  4. Dr h4ni3...

    Tahniah!! ramai yang cuti kot! :)

    BalasPadam
  5. hehe..tu la kak cik
    saya lebih rela layan blog..hahhaa..

    kak cik biasa guna desktop eh?
    laptop pun sama gak kakcik..hehe

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam adikku Tinie...

    ngadap skrin pc/laptop lagi banyak maklumat boleh didapati, kan? :)

    Semoga Tinie dan keluarga juga sihat dan ceria sentiasa. Amin. :)

    BalasPadam
  7. SN...

    sesekali layan juga tv, sebab nak guna laptop tak reti!

    Kakcik lebih selesa guna desktop - maklumlah 'orang lama'...hehehe...

    BalasPadam
  8. mmg byk sgt rancangan mcm kat tv...
    terjojol biji mate kalau tengok pakaiannye tu...

    BalasPadam
  9. bagi saya yang mempunyai anak kecik nie pun mslh gak ngan rancangan2 kat tv & juga iklan. terpaksa tutup mata anak bila kuar iklan yang menyeksakan

    BalasPadam
  10. he~~baca tajuk tadi ingatkan ada gambar sarapan makcik~~

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum kakcik,

    Itulah dia harapan tinggi menggunung tapi pengisian kosong....

    BalasPadam
  12. kakcik sekarang mmg selalu jalan jalan ya....best betul..

    pasal pengisian di TV tu, dah tak tahu saya nak kata apa

    BalasPadam
  13. La...ingatkan hidangan apalah tadi...
    punyalah teruja saya hee...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Kakcik...
    Kalau dilihat skrng ni...pakaian artis kita mmng mnjolok mata..makin mnjdi2...Tak kira majlis apa..Rasanya lebih baik anak2 tgk kartun..(tapi ada jugak krtun yng teruk)

    BalasPadam
  15. maaf kakcik...tak dapat nak luangkan masa jumpa kakcik..kesihatan saya tak berapa baik..dan masih lagi bekerja...huhu..harap2 kakcik okey ya...kakcik kat sini sampai bila ya?

    BalasPadam
  16. amboii..kakcik...

    bz sokmo deh..

    best ah... :)

    depa tu terlupa apa yg penting..

    BalasPadam
  17. Ainnoraini...

    pagi2 Jumaat pulak tu dihidangkan persembahan begitu! :(

    BalasPadam
  18. pengisian jiwa dan pengisian rohani tu penting yee..

    BalasPadam
  19. "as salam kak,dari jauh dtg ingatkn ada hidangan makan pagi..hehehhe..
    rupanya itu...a'ah saya pun tertengok gak tadi tu...kat dpn ank2 gadis bertudung labuh..pertunjukan sang laki2 bercawat macam zmn batu lak..budak2 tu pon takde pilihan..tgk je lah..kesian..."

    BalasPadam
  20. Cian kena kurung dlm Otel, qah qah...kak chk kurangkan makan..hehe

    BalasPadam
  21. Bila dah,boring habis chanel tekan..haha

    datin kak chik.,buat apa tu?

    BalasPadam
  22. salam buat kakakku kakcik tersayang..
    lama tak jenguk kakcik.. kesan operation masih terasa tapi sudah boleh duduk2 dgn agak selesa..tak apalah..saya redha..

    kerana apa yg kakcik paparkan inilah buat saya jarang menonton tv..saya mudah menjadi rimas..

    BalasPadam
  23. Sekarang nie susah nak cari acara yg betul2 ada pengisiannya dan xsemuanya camtu kan kak :)

    BalasPadam
  24. skrg ni pe2 mjlis pun kbnykn nye jmput artis nyanyi je..

    BalasPadam
  25. assalammualaikum kakchik,

    sy pun selalu gak tgk channel tu..ingat ade program tanyalah ustaz..terlupa lak ari Jumaat..jd sy pun npk jugaklah yg tak berbaju tu..ish dlm hati pun ada gak berkata..apa ke bendanya ni??tetamu yg hadir semua dikalangan anak2 yg suci..terus sya tutup..
    betul kak pengisian jiwa di ??

    BalasPadam
  26. eelobor...

    ada rancangan yang kita rasa sesuai untuk tontonan anak2, tapi bila diamati - terselit juga perlakuan2 yang sama sekali tidak elok untuk mereka! :(

    BalasPadam
  27. bujal...

    nakcik sarapan roti dengan air kosong je!

    BalasPadam
  28. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    memandangkan imej yang cuba dibina, tak sangka persembahan disaji sebegitu rupa! :(

    BalasPadam
  29. Dr DZ...

    begitulah tugas kakcik sebagai PA suami - kadang2 kakcik seorang, kalau sesuai - bawa anak2 sekali. :)

    BalasPadam
  30. Q...

    alaaaa..... kakcik ni bukan tahu sedikan hidangan istimewa. Kadang2 kedai mari juga... hehehe..

    BalasPadam
  31. Wa'alaikummussalam MulutPayau...

    terima kasih kerana meninggalkan pandangan. Betul, rancangan kartun pun tidak semuanya sesuai untuk tontonan anak2 kita.

    BalasPadam
  32. Siti...

    tak mengapa. InsyaAllah sekejap lagi kami akan bergerak balik ke KL. Semalam sampai penat kaki 'mengukur' Sunway Carnival.

    Semoga Siti segera sihat seperti sediakala. :)

    BalasPadam
  33. Ati...

    sebenarnya, bila kakcik mengikut suami begini - inilah masanya untuk kakcik berehat. Bila balik nanti, siaplah untuk urusan rumahtangga semula. Pastinya bertimbun kain baju hendak diuruskan....

    BalasPadam
  34. Sal...

    kesian anak2 yang belum sempat ssarapan telah disajikan dengan pertunjukan ala2 zaman batu....

    BalasPadam
  35. Wa'alaikummussalam Pia...

    kakcik pun tengok sambil tekan remote tukar saluran sana sini...

    BalasPadam
  36. Zeq...

    taklah kena kurung - cuma pagi2, kedai belum buka lagi. :)

    BalasPadam
  37. Zeq...

    masa ni kakcik tengah jawab pandangan kawan2 sambil tonton Popeye!

    BalasPadam
  38. W/salam adikku Samad yang diingati...

    semoga kesakitan itu segera diber kesembuhan olehNya dengan sepenuhnya. Rehatlah dulu ya? Sekarang ni ada di kampung ke?

    Kakcik tetap juga menonton tv - cuma rancangan yang kakcik suka la... lain dari itu, hmmmmm....

    BalasPadam
  39. Myra...

    terima kasih kerana meninggalkan pandangan dan sudi menjadi kawan kakcik.

    Kita kena pandai memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton. Ada rancangan yang bagai sengaja ingin memperbodohkan kita yang menonton...

    BalasPadam
  40. TK...

    untuk 2 -3 lagu, sanggup bayar artis puluh2 ribu, tapi kalau ustaz yang datang - nak bayar RM500 sejam pun berkira, kan?

    BalasPadam
  41. Wa'alaikummussalam Anita...

    kakcik berfikir macam itu. Takkan mereka dah lupa hari, kot?

    BalasPadam
  42. Salam KakCik, ingatkan ada menu masakan yg best-best, isyyy! Kat rumah teman, tv dah jadi hiasan jer. Malas layan rancangan hiburan ntah apa2 dan buletin ntah apa2.

    BalasPadam
  43. saya terfikir kalau astro oasis kene dibeli pekejnya, ada tak yg nak beli?

    BalasPadam
  44. W/salam Yong Helli...

    baik ngadap blog, kan? :)

    BalasPadam
  45. gB...

    pakej yang ada ni pun, kakcik tengah terfikir2 nak tamatkan... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com