Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 April 2011

Harapan...

semasa hayat masih ada
kita mengharap agar di suatu masa
bila kita meninggalkan segalanya
kita dikenang yang baik-baik sahaja

biarpun hakikatnya kita tidak sebaik mana
jauh sekali dari lengkap dan sempurna
tapi kita tetap mengharap juga
setidak-tidaknya kita tidak pergi secara hina

kalau itulah harapan kita
orang lain apa kurangnya
jadi janganlah suka mengumpat dan mengata
selain iman tiada yang berbeza kita di sisiNya...

nota hati : hari ini En Ilham enggan memunculkan diri,  jadi tiadalah bahan untuk disaji....



74 ulasan:

  1. encik ilham tak memunculkan diri pun... entry yang ini pun cukup untuk saya mengisi hari... memikir kan kekhilafan diri... :)

    BalasPadam
  2. 1 peringatan yg baik utk saya kak....mekaseh :)

    BalasPadam
  3. Salam
    Biarlah kita mati dengan meninggalkan amal kebaikan untuk dikenang. Janganlah kita mati meninggalkan fitnah yang telah kita taburkan sebab dosa dengan manusia belum terampun. Adakah begitu senang kita mengharapkan syurga Allah

    BalasPadam
  4. encik ilham tu bin ape kakcik? ngeee~

    BalasPadam
  5. memang kita tak lengkap dan sempurna tetapi kita mengharap yang maha kuasa..
    thanks mak kongsi.. hehe
    bole panggil mak ek?

    BalasPadam
  6. Inilah sajian untuk santapan jiwa yang paling lazat.

    BalasPadam
  7. whay u give...u get back.....hari ni ngate org....esuk lusa....kita jugak akan kena....

    BalasPadam
  8. kenang daku dalam doamu~~

    *makcik~~saya da dapat pos makcik tu! tq sangat!!! saya suka!

    BalasPadam
  9. Ila...

    sebenarnya kakcik sedang memikirkan diri kakcik yang serba serbinya 'terlalu lemah' ini...

    BalasPadam
  10. Mimi...

    sama-sama dik. Tidak rugi kita saling ingat mengingati. :)

    BalasPadam
  11. W/salam AB...

    hendaknya setiap kali kita tergerak untuk melakukan dosa, kita akan segera teringat akan pembalasan dariNya...

    BalasPadam
  12. gB...

    En Ilham tu bin En Halim... hehehe..

    BalasPadam
  13. ibu qaleesya...

    tentu saja boleh panggil mak sebab makcik ni dah hampir setengah abad pun... :)

    BalasPadam
  14. Kanda AL...

    tiba2 saya rasa terkedu dan malu!

    BalasPadam
  15. jeBetaja...

    itulah yang dikatakan 'hidup ini ibarat roda'... :)

    BalasPadam
  16. bujal x...

    makcik selalu terkenangkan kamu!

    Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. :)

    BalasPadam
  17. kakakku kakcik..
    hmmm..baru je komen n3 tadi..lambat saya ni...

    setiap kali saya solat jenazah sewaktu ziarah kematian sy selalu terfikir.. adakah yg sudi menyembahyangkan saya suatu masa nanti..kadang2 saya takut..kerana saat itu saya perlukan doa2 daripada mereka yg ditinggalkan..

    BalasPadam
  18. salam k.cik syg...

    tetiba terasa insaf pula m'baca catatan k.cik... wlu kata k.cik tiada ilham m'datang...tp bila org lain m'bacanya, mendatangkan ilham pd seseorang...thanks k.cik...

    p/s :
    k.cik...
    ada seroja putih di laman pyngees utk disunting oleh k.cik... sila la petik ye...

    BalasPadam
  19. Adikku Samad...

    tak terjangkau dek akal fikiran kita bagaimana agaknya nanti saat kematian menjemput kita. Cuma kakcik sering berdoa, janganlah kakcik diambil kembali dalam keadaan yang hina dan mengerikan...

    BalasPadam
  20. W/salam Gee sayang...

    terima kasih untuk seroja yang putih bersih itu. Telah kakcik 'semadikan' di sudut kanan blog kakcik ini... :)

    BalasPadam
  21. Angahsayang...

    santapan yang mungkin tidak mengenyangkan tapi diharap dapat memberi sedikit pengertian... :)

    BalasPadam
  22. En.ilham ye kakcik hehe
    ringkas tapi penuh pengisian..

    BalasPadam
  23. kak chik itu pun ilham tu.tiba-tiba teringat masak lemak ikan tenggiri belimbing buluh kak chik plak.

    BalasPadam
  24. time takde ilham pun kakcik boleh karang bait bait ayat yang bagus ni....

    BalasPadam
  25. kakcik.. encik Ilham pun ada masa sibuk juga, ke tempat lain agaknya hari ni


    ilham yang ini pun menyedarkan kekurangan diri kita

    BalasPadam
  26. KakCik
    Bahan bacaan kali nih as always dah cukup berperisa, takde yang kurang. Santapan rohani kekdahnya.

    BalasPadam
  27. ya la kak cik... semoga kita dikenang yg baik2 bila kita dah tiada nanti...

    BalasPadam
  28. haruskah menyayangi dulu
    baru disayangi
    kot?

    BalasPadam
  29. yang kakchik publish ni pun - satu entry yg bagus!

    ada jugak lah ilham tu...

    BalasPadam
  30. thanks k.cik krn terima p'berian hamba yg x seberapa...wlupun sekadar di alam maya...:D

    BalasPadam
  31. anak buah saya nama ilham
    nanti saya suruh dia pegi jumpa kakcik yer.. :D

    BalasPadam
  32. walau pun eh.ilham tak muncul tetap juga ada "abg ilham" untuk dikemaskini kan... :D

    BalasPadam
  33. betul kak cik..ikhlaskan dan bersihkan hati daripada sifat hasat dengki, iri hati dan umpat mengumpat...

    point : selagi bernama manusia mesti ada kekurangan dan kelebihan, so terimalah seadanya kepelbagaian sifat kawan2 dan org sekeliling kita dengan hati terbuka .jauh drp perasaan negatif....

    BalasPadam
  34. "harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.."

    BalasPadam
  35. Sungguh mendalam kata2 kakcik itu.. :)

    BalasPadam
  36. betul kakcik,

    memasing ada kurang ada lebih.. saya cuba jadi insan yang sentiasa sedar akan keupayaan diri sendiri.

    BalasPadam
  37. Luahan fikiran Kakcik yang selalu kreatif dan mendalam....teruskan.

    BalasPadam
  38. salam kak cik..walaupun masih dikatakan enilhamtak muncul..tapi luahan hati yg terhasil tetap memberi bekas kepada yg membacanya..terima kasih kak cik

    BalasPadam
  39. Salam :

    terima kasih, 1 peringatan yang baik berkenaan dengan HARAPAN..

    :)

    BalasPadam
  40. Hmmm..speechless...

    Kak Cik..Ilham la ni.....

    menginsafkan...

    BalasPadam
  41. kadang-kadang harapan itu hanya lah palsu semata-mata...

    P/s: ilham tu datang tak tentu masa kakcik..ehehe..kadang2 dah nak pejam mata tido, baru datang ilham..

    BalasPadam
  42. Qema...

    sekadar nukilan orang yang kering ilham... :)

    BalasPadam
  43. Cik Ina...

    kalau ada sambal belacan, lagi terangkat! :)

    BalasPadam
  44. Dr DZ...

    terima kasih atas pujian. :)

    BalasPadam
  45. ibuintan...

    En Ilham mungkin suruh jari jemari berehat seketika... :)

    BalasPadam
  46. CS...

    sekadar coretan seorang insan marhaen yang serba kekurangan... :)

    BalasPadam
  47. AKT...

    kenalah kita berusaha untuk sentiasa menjadi baik, kan? :)

    BalasPadam
  48. Q...

    andai kita ingin disayangi, kenalah kita belajar untuk menyayangi. Tak gitu? :)

    BalasPadam
  49. milo...

    ilham yang dipaksa2... :)

    BalasPadam
  50. Gee...

    tentu sahaja kakcik menghargainya. :)

    BalasPadam
  51. Dr h4ni3...

    berapakah umur En Ilham itu? Cer citer... :)

    BalasPadam
  52. @acu Sayang...

    abg ilham? ish..ish..ish...

    BalasPadam
  53. Sal...

    manusia tidak pernah sempurna, tapi janganlah sengaja dijadikan alasan untuk sentiasa mengulangi kesilapan... :)

    BalasPadam
  54. Piasara...

    hendaknya nama yang ditinggalkan itu adalah nama yang baik untuk disebut... :)

    BalasPadam
  55. Rinna...

    kata2 seorang yang sedang kekeringan ilham... :)

    BalasPadam
  56. NM02...

    sama2lah kita memperbaiki diri... :)

    BalasPadam
  57. nidus...

    kakcik cuma manusia yang kadang2 sedar tetapi selalu terlupa... :)

    BalasPadam
  58. suri...

    andai ada kebaikan dari coretan kakcik, Syukurlah kakcik kepada Dia yang memberikan kakcik keupayaan mencoret itu... :)

    BalasPadam
  59. Adol...

    terima kasih kerana adol tak pernah jemu berkunjung ke rumah makcik ini... :)

    BalasPadam
  60. Cikgu Nurin...

    syukur sekiranya ada pengajaran dari apa yang kakcik titipkan... :)

    BalasPadam
  61. Siti...

    kalau saat nak pejamkan mata ilham pun tiba, kakcik cuma mampu berharap ianya akan menjelma semula saat kakcik membuka mata! :)

    BalasPadam
  62. salam alaik kak cik

    en ilham tiada..
    puisi pun berguna :)

    terima kasih kak cik ..

    BalasPadam
  63. semuga semua benda2 baik yg diingat orang..

    BalasPadam
  64. Ilham datang dalam bakul niat. Sepeti saham

    BalasPadam
  65. w/salam mutiara...

    terima kasih juga kepada mutiara yang sudi singgah ke blog kakick ini. :)

    BalasPadam
  66. Yan...

    ...dan yang tidak baik itu dihilangkan dari ingatan... :)

    BalasPadam
  67. zeq...

    saham itu juga semoga saham yang baik... :)

    BalasPadam
  68. sangat benar apa yg kakchik kata..
    sburuk2 perangai manusia, tiba saat mati ia ttp mahu d kenang sbg manusia yg punya jasa..

    BalasPadam
  69. TK...

    selalunya orang akan menyebut yang elok2 saat kita diusung ke pusara, tapi selepasnya - kita tidak akan tahu apa2....

    BalasPadam
  70. Seperti menulis testimonial, cerita yang baik-baik saja. Semoga cerita baik kita tu menjadikan doa untuk mereka dan kita.

    BalasPadam
  71. KK...

    andai kita ingin dikenang dengan baik, baikkanlah pekerti kita... hehehe.... macamlah kakcik tu baik sangat! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.