sewaktu berlangsung Anugerah Bintang Popular
ramailah artis melaram dengan pelbagai gaya
aku pun turut menonton sama
tapi tiadalah rasa terpesona
tiba-tiba kurasa bagai terseradung
bila si BS bertanya sambil menggaru hidung
'kenapa ramainya perempuan masih tidak bertudung
cantik sangatkah berpakaian melopong-lopong'
aku bukanlah ibu yang baik
untuk memberikan jawapan menarik
sebab siBS ini sedikit pelik
akan bertanya selagi tidak 'tertarik'
adakah sesiapa dapat membantu
memberi jawapan buat sibongsu
kesudian kalian sangat dialu-alu
sama-samalah kita berkongsi ilmu
Assalamualaikommm.. :D
BalasPadamghege minyak naik, ghege kain pon naik. tak cukop nk beli kain tutop segale.. hehe.. teman seloghoh je.. :P
akan sahaya tidaklah dapat membantu
BalasPadamuntuk menjawab pertanyaan si BS itu
saya percaya kakcik pun tentu tahu
akan kenapa sahaya menjadi begitu !
saya pun melopong bila nak menjawab kak..
BalasPadamBuatnya dia tanya:
BalasPadam-kenapa dulu siti pakai tudung, sekarang dah tanggal tudung...
~hehe
sebab mereka dangkal agama~yay~
BalasPadamWa'alaikummussalam dinda AzeedA...
BalasPadamish.. kalo teman kate sebab ghege minyak naik, kang dijawabnya - 'bukan sughoh pakei keghete'! :)
mesti tak terjawab kan kakcik..
BalasPadamsenang cite tak yah tgk tapi naktau gak perkembangan dunia hiburan huhu
Kanda AL...
BalasPadambeli puan di kedai nyonya
alasnya pula di kedai sana
jawapan tuan buat saya tertanya
apakah pula yang saya tahu adanya?
CGG...
BalasPadamtidak mudah memberi penjelasan sebenarnya kalau tidak cukup ilmu di dada. Itu baru kepada budak berusia 10 tahun, apa lagi kalau kepada orang yang lebih dewasa dan banyak ilmu mereka.
Dr DZ...
BalasPadamsebenarnya dia pernah berkata begini 'dia ni dulu pakai tudung, kenapa sekarang tak pakai lagi?'... huhuhu....
Takkanlah memamdai2 kakcik nak jawab 'suami dia tak bagi...'
bujal x...
BalasPadamkadangkala bukan kerana tiada ilmu...
qema...
BalasPadamsebenarnya banyak lagi persoalan yang dikemukakan oleh BS tu...
contohnya :tu salam2 tu, tak haram ke? ...
Bukan sewaktu menonton di tv sahaja, persekitaran yang 'terlalu terbuka' ini, sangat terdedah kepada pemerhatian anak2 kita...
errkk.. saya juga terkedu dibuatnya
BalasPadamkakcik
BalasPadamkekadang sya pun di tegur oleh anak anak dara sya yg berdua tu, terutama si ayong
Dr h4ni3...
BalasPadamanak2 semakin cerdik, jadi kita sebagai ibu juga kena sentiasa bersedia untuk mencari jawapan yang memuaskan hati mereka...
apakata tanya mereka sendiri..
BalasPadamhehehe...
jawapan selamat
:)
p/s: kakcik ati takde no. hp
kakcik pun...sudilah bagi ye :)
Sya...
BalasPadamanak2 sekarang tidak lagi segan2 unuk menegur ibu mereka. Tapi, bagus juga - tidaklah kita selalu terleka. :)
Ati...
BalasPadamKalau ditanya kepadanya semula, nanti dia jawab 'adik tanya mak, kenapa mak tanya adik balik?'...
p/s : ini no hp kakcik - 0122830569
ate.. teman pon nk gaghu idong juge le.. ;)
BalasPadamAzeedA...
BalasPadamBS tu memang suka menggaghu idung dia yang pesek tu! :)
jawapan saya.
BalasPadam*mereka mahu lari dari lindungan Tuhan.
er, boleh ke jawab cenggitu kakcik? ngeee~
nasi tambah ni kakcik:
BalasPadamsaya pun sama mcm BS masa kecik dulu. selalu fikir kenapa manusia tak takut Tuhan?
kenapa salam2 sentuh2 bukan muhrim sdgkan itu tak boleh?
kenapa bukak aurat sedangkan itu berdosa?
kenapa itu? kenapa ini?
gB...
BalasPadamakan fahamkah si BS itu dengan jawapan begitu agaknya??? :)
gB...
BalasPadamcantik topi tu!
orang kata, budak2 yang banyak bertanya adalah budak2 yang cerdik akalnya. gB rasa betul tak kata2 itu? Tapi kakcik tahu gB memang gadis yang bijak lagi cerdik. :)
As'salammualaikuk kak cik ,
BalasPadamAlahai pasti tak terjawab akak kan.. saya nak baca nie pun rasa terkedu..
Wa'alaikummussalam Amy...
BalasPadamjawapan itu ada, cuma bagi budak seusia BS tu, jawapannya kenalah yang tidak membuatkan dia 'pening kepala' (sebenarnya mak dia pun pening kepala hendak menjawabnya) ...
mcm ne nak didik mereka dah...kena minta bantuan Allah dgn mendoakan mereka agar sedar dirik..
BalasPadamjeBateja...
BalasPadammungkin amal ibadat mereka lebih lagi dari orang yang bertudung. Wallahuaklam...
kak cik bgtau dia
BalasPadamitulah pakaian artis jika hadir anugerah..hehe
SN...
BalasPadamnanti dia jawab 'bukan haram ke pakai macam tu?'... ;-)
katakan saja itu spesis rebung
BalasPadammasa kecik berbalut berbedung
bila besar menjadi betong
bedung pun terlerai, sekali dengan tudung...
ooopss...jawapan keji nih!
(pekup mulut)...
Q...
BalasPadamAlhamdulillah, kini Q kembali ke sini dan jujurnya kakcik baru sahaja balik dari 'rumah' Q - membaca komen2 ANON yang sangat buruk bahasanya itu!
Apakah dia juga spesis rebung yang menjadi betung? :(
erq...kalau jawapan spontan dari saya mungkin "tak sampai seru lagi kot"..huhu....
BalasPadamSM...
BalasPadamboleh juga jawab begitu kalau terdesak. Tapi kakcik tahu dia akan tanya 'seru tu apa?' :)
dah sejuk sikit hati nih...dah dua kali mandi ni...sekarang ni cuaca panas kan kakcik kan? Luar panas...dalam panas...
BalasPadamntah ler kakcik...anon tu spesis apa...seronok betul dia hamun saya tiap-tiaphari pastu bacul plak tak kasi publish..AKAN TETAPI..mulai saat ini saya akan publish semua caci keji dia terhadap saya sebaik dia berani menebeng kat rumah saya lagi. Tak dulik lg dah.
Dia kata saya tak reti menulis, so mehlah dtg bg tunjuk ajar....jgn men kutuk2 jer...pastu dia pernah tuduh saya ciplak idea satu blogger tu...yg popular dlm masak2 tu...yg awet muda tu....tp tak sebut nama clear....saper tuh? kasyafnya dia boleh tau ikhlas tak ikhlas saya dlm memberi resepi....tak macam blogger pujaan dia tu...kalau bg resepi ikhlas, detail...alahai.hey come on lah... orang~orang punya pasal...aku~akuh!
eh ampun kakcik, dah terover plak ni...balik dululah eh, kang tak pepasal ada angin ribut plak kat sini...
Q...
BalasPadamkakcik yang tumpang baca pun 'angin' jadinya dengan Anon tu. Dia pandai sangat menulis ke? Kalau setakat pandai mengutuk orang, tak payah cananglah. Sekarang orang dah main video segala, kalau hanya menulis untuk mencaci maki - puaslah hati sendiri. Tapi, selalunya orang macam tu, hidup dia tak tenteram. Celik mata, fikir nak mengintai dan mengutuk. Nak tutup mata pun, akan berfikir apa lagi ayat yang hendak ditulis.
Peliknya, kalau dah tak suka mengapa masih datang juga, kan?
alahai ciklinn pun melopong2 gak nak jawap nih. hehhehe....
BalasPadamCiklinn...
BalasPadamkenalah bersedia dari sekarang supaya ada jawapan bila anak2 bertanya nanti. :)
soalan cepu mas ni... jawapan kena bijak kalau tk, nnti lg panjang soalan..hehe
BalasPadamestee...
BalasPadammemang kalau tak kena gaya, soal jawab akan jadi berjela2. :)
salam kakcik,
BalasPadamapa kata jawab, orang islam ni ada 2 jenis, satu jenis taat, satu jenis tak taat.. yang tak pakai tudung tu jenis tak taat.. huhu.. boleh ka?
Aanas...
BalasPadambetul juga jawapan Aanas tu. Lain kali kalau dia tanya lagi, kakcik akan cuba jawab begitu. Tengok apa pula reaksi si BS tu. :)
urban katanya
BalasPadammakin dedah - makin hollywood...
kalo pakai yg tutup litup
veri de kampung
mana layak jadik artis popular
taktaulah kakcik..
BalasPadamagaknya nak meng-compare entri saya ngan entri pojaan hati dia tuh...
pasttu men tuduh-tuduh lg...
buktikanlah tuduhan tu kan?
kakcik....bukanlah saya nak cakap besor...tapikan...tapikan...org2 'berbahasa' cam kita2 nih mana ada selera nak ciplak bahasa org kan?
kakcik ada selera ker? ciplak bahasa org masuk dlm mangkuk sendiri...
nak termuntah tu adalah kan? bak kata orang tu :
pinggan tak retak
nasi tak dingin
orang tak nak
haku lagi tak hingin...
dulu saya pernah terasa yg sesetengah blogger ni mcm berpuak-puak...tp jauh di sudut hati saya buang jauh2 perasaan tu, takmo berburuk sangka, tak baik prejudis.. tp bila asyik terkena camni...rasa mcm nak mengiyakan jer...
jari tulis lain...body pulak bahasanya lain...tu yg dah maalas nak berblogging...nak pi men juh2...dok golek2 ngan mat stereng lg besy...kan nenen oops nenek kan?
milo...
BalasPadamwakawakaeheh... veri de kampung, ek? Rasanya bukan semua mereka itu berasal dari bandar, kan..kan..kannnn... ;-)
Q...
BalasPadamsikap berpuak2 ni di mana2 pun ada. Dalam komuniti yang kecil pun boleh ada sikap 'ini geng aku, kau pergi main jauh-jauh'. Belum kenal lagi, kadang2 dah letak cop. Curiga, prasangka semuanya dibiarkan bersarang secara berleluasa dalam minda dan jiwa.
Ah! biarkan sahajalah. Selagi tidak membawa kemudaratan secara nyata, lantak pi dialah. Jangan kita turut sakit kerana virus yang sengaja dicipta untuk menggugat keimanan kita.
Masih ramai yang sudi bersama Q. Biarkan dia seorang di situ sehingga dia jemu hendak merapu. Kita tidak mati kerana nista. Cukuplah DIA sebagai tempat pergantungan kita.
Jangan pergi jauh2 Q... nenek hendak juga bermain2 dengan Hero Stereng itu. :)
kakchik,
BalasPadammereka tak sayang rambut mereka... biarkan rambut kena kotoran dan debu serta kena bakar di akhirat nanti...
boleh tak macam tu kakcik?
ibuintan...
BalasPadamnanti kakcik bagitahu kat BS macam tu. Apa pula komennya nanti. :)
Salam :
BalasPadamAdeess... Soalan yang macam senang je nak jawab, tapi sukar nak susun ayat bagi jawapannya..
:)
jawapan standard;
BalasPadambelum sampai seru haha..
Anak2 sekarang dah bijak. Si Along & Angah tu pantang si Adiq buka pintu depan, mesti kata tunggu saya pakai tudung dulu.
BalasPadamDah lama tak tengok anugerah-anugerah cenggini kak.Dengar di radio aje pagi esoknya.
Salam KakCik, dah tramai yg bertuding dari yg tak bertudung, tentu dia nampak pelik. Akak dah lama tak tengok rancangan hiburan kat TV ni...baju lopong2?
BalasPadamhehehhehe....emmm..xterkata dibuatnye...hehhe
BalasPadamAdol...
BalasPadamselalunya macam tu la.. Soalan memang senang, nak cari jawapan tu yang agak payah! :)
Kakpah...
BalasPadamhmmmm.... ;-)
Reen...
BalasPadamAlhamdulillah...
Dah terbalik sekarang ni, kan? Anak2 yang mengingatkan ibubapa. Tapi sedihnya ada juga ibubapa yang sanggup mengherdik anak2 bila anak2 mengingatkan kepada kebaikan...
W/salam Yong Helli...
BalasPadambaju lopong2 tu = yang terdedah2 tu... ;-)
Cik Ceria...
BalasPadamdalam tak terkata tu, otak terpaksa berfikir juga... :)
kadang2 pelik juga memikirkan.. susah sangat ke depa ni nak bertudung.. kan dah namanya wajib..
BalasPadamNida...
BalasPadamramaim juga yang dah bertudung, buka semula kononnya demi periuk nasi. Lupa agaknya mereka kepada siapa yang sebenarnya yang memberikan rezeki. :(
apapun dia sudah tahu mana yang baik dan buruk, ....
BalasPadammana yang haram , mana yang halal.
satu perkembangan sehat untuk anak remaja kita.
AM...
BalasPadamMudah2an kefahamannya itu akan berpanjangan ke akhir hayatnya. InsyaAllah. :)