Kawan-kawan kakcik

Ahad, 10 April 2011

Bapa oh bapa...

makan dan minum
malahan buang air
hendaknya di katil sahaja

jam 3.30 pagi punya kisah
mengadoi-ngadoi bagai tercedera parah
bangunlah aku tidak tentu arah
apakah bapaku ditimpa padah


rupanya hanya inginkan nasi sesuap dua
makanlah dia sambil berbaring sahaja
kemudian meminta lemang di pagi buta
di mana hendak kucari pula


bagai menjaga anak yang masih bayi
begitu karenahnya bapaku ini
mulalah aku berkata-kata di dalam hati
di mana tanggungjawab anak lelaki


selepas Subuh kucuba melelapkan mata
tapi bapaku telah menguatkan suara
hendakkan air panas seteguk dua
lambat sedikit - aku ini tidak mendengar, katanya


aku bukan saja-saja hendak bercerita
bagai membuka pekung yang ada di dada
cuma hendak mengurangkan sedikit gelora
tak larat rasanya menanggung dosa



27 ulasan:

  1. sabar kak....mana taw..kita pun mcm tu nanti.....what u give...u get back.....kan..??

    BalasPadam
  2. memang letih kan .. !

    saya kekadang kesian tengok isteri saya melayan ayahnya yang lebih kurang sama dengan bapa kakcik.

    BalasPadam
  3. sabar ye kak cik
    mungkin anak lelaki ada masalahnya buat masa ni kot..

    BalasPadam
  4. ingatkan pahala sebagai motivasi pada diri sendiri. memenatkan dan memang patut kak cik pertikai tanggungjawab anak lelaki, walaupun tak ambik sepenuhnya tanggungjawab apa salahnya berkongsi...

    sabarlah wahai kakak...

    BalasPadam
  5. faham sangat perasaan kakcik

    ati pun pernah jaga mak ati

    mcm2 kerenah warga emas yg kdg2
    makan hati juga

    BalasPadam
  6. Salam Kakcik
    Saya pernah juga merasai apa yang kakcik rasa semasa melayani kerenah arwah ayah saya. Tapi bersabar sajalah. Allah tempat kita mengadu. Anak2 memerhati akan tingkah kita. mereka melihat kita melayan baik ayah kita dan insyaallah mereka juga terangsang untuk berbuat demikian bila kita pula menghadapi masalah dipenghujung usia kita. Banyakkan bersabar dari menanti adik beradik lelaki. Insyaallah semoha Allah membuka hati mereka bile melihat akan kesabaran kakcik. banyakkan doa, doa dan berdoa sebab itulah harapan kita.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ibu

    entah apa pulak lagak kita di kala usia begitu...

    bersabarlah..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah abah ida masih sihat dan mampu buat keja sendiri..cuma masa accident dulu manjanya lebih tp mak lah yg jadi mangsa...tak mau dgn anak2..

    mudah2an bapa kakcik sentiasa dirahmati Allah dn kakcik tetap sabar dengan kerenahnya.

    BalasPadam
  9. kak cik..
    pengalaman saya menjaga arwah ayah....
    mungkin dia ada sakit yg tak nampak..(sb dr kata tak de sakit)..

    tolong tanyakan ustaz yg pandai2 tengok n scan secara batin....
    ada gangguan tak..

    minta air ayat2 quran supya buang gangguan jika ada dan dia boleh tidur nyenyak..

    saya hanya memberi pandangan..tak tau serasi atau tidak ngn ayah kak cik..

    BalasPadam
  10. kak chik,

    semua kejadian yang kak chik tanggung , makcik dah merasa dulu.Tapi pelik, selalunya ibubapa, waima anak lelaki tak menjaga dorang masa sakit, anak lelaki gak mereka sanjung. makcik dah perati banyak orang cam tu .

    makcik pun cam tu terlalu manjakan anak lelaki, yang jaga makcik bila time sakit anak perempuan,sekarang makcik dah sedar, makcik layan sama rata sekarang.

    kak chik sabar ye....

    BalasPadam
  11. kak cik.... mungkin ada antaranya juga adalah perangai kita masa kecil. Tabah sekali mereka menjaga kita tika kecil tanpa rasa kesal melahirkan kita. Sabarlah yer kakcik... hanya Allah yg dapat membalas keikhlasan hati kita
    Bapa saya dah tiada di dunia ini, walaupon semasa hidupnya saya bukanlah rapat sangat dengan arwah abah, tapi bila dia tiada... terasa besarnya pengorbanan beliau. isk sik.. saya dah mengalirkan airmata...

    BalasPadam
  12. tak tau nak cakap apa. kita satu hari pun akan melaluinya jugak, akan pegi ke zaman kita kanak2 dulu. sabar jelah akak, banyak pahalanya

    BalasPadam
  13. Memang melayan karenah orang tua ni, lebih dari karenah anak kecil. Saya dan adik perempuan bergilir-gilir menjaga ayah. tapi itulah, ada aja yang tak kena. kalau ayah buat hal, dia pun suka-suka buang air atas katil dan biar diri macam tu...aduiii...nak marah, dah tua, tapi kena marah jugak sebab apa yang dia buat tu tak betul...bukan marah beria-ia, marah supaya dia jangan buat macam tu...

    Sabar ye Kak Cik...

    BalasPadam
  14. Salam KakCik, Allah menguji kita berbagai cara. Ni rezki KakCik menjaga ayah, banyak pahala ganjaran Allah reserve utk KakCik kalau Kakcik lalui dgn sabar. Adik bongsu lelaki akak sedang jaga mak yg masih buleh berjalan. Sanggup dia tinggal keja di PPinang sbb nak menemani mak. Akak minta dimurahkan rezki dia. KakCik pun akan dpt ganjaran, InsyaAllah!

    BalasPadam
  15. assalamualaikum ..

    Bersabar ya kak..
    pernah juga terbaca..ada sampai satu peringkat..perangai akan berubah menjadi seolah2 budak kecil..(bila ke tua)...dan mungkin ini ujian dariNya juga..& yang pasti..ada ganjaran yang tidak ternilai atas kesabaran & kesulitan melayan kerenah orangtua
    Sabar ya kak..

    BalasPadam
  16. sangat-sangat faham keadaan ni... sabar , sabar dan banyakkkanlah sabar. jangan sampai mengherdik ayah.

    BalasPadam
  17. Harap Kakcik terus tabah menghadapi liku kehidupan ini.
    Apapun, setiap masa menjaga bapa Kakcik tu, pasti ia menjanjikan pahala yang berlipat ganda...

    BalasPadam
  18. kakcik,

    banyakkan sabar

    saya juga telah melaluinya, memang perit dan getir tambahan bagi kita yang bekerja

    moga Allah memberikan kakcik kesihatan yang baik untuk terus berbakti menjaganya

    BalasPadam
  19. Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan pandangan dan pendapat... Semoga Allah memberi kakcik kekuatan hati dan minda...

    BalasPadam
  20. Sallam Kak Cik,
    Alhamdulillah, kak Cik dipilih Allah untuk mengumpul pahala, jangan sia-siakan. Layan je ayak kak Cik tu dengan sabar. InsyaAllah, besar ganjarannya.

    BalasPadam
  21. xpe kak, iklas kan diri, bnyk pahala yg akak dpt jika nk d banding kan dgn kerja tu..

    BalasPadam
  22. saya yakin kakcik mampu menghadapinya...dgn bantuan suami dan anak-anak...

    er kakcik, Kanda Al tu kesian kat isteri dia cuma 'kekadang' jer ker?
    eeee....lari!

    BalasPadam
  23. Salam :

    Sabar iye, kak.. Banyak pahalanya..
    InsyaAllah..

    :)

    BalasPadam
  24. kena banyak bersabar..
    iols penah lalui - jaga arwah mak - sebulan di hospital dan sebulan di rumah...

    BalasPadam
  25. semoga Allah memberikan kakcik kesabaran yg tinggi & hati yg kuat untuk melayan semua perangai "keanak-anakan" bapa kakcik :)

    BalasPadam
  26. bawak bersabar ye kak cik.. kami semua tau bukan kakcik nak mintak simpati..just nak berkongsi isi hati bagi melapangkan dada kakcik..

    kita ngan kakak kita dah pernah rasa ape yg kakcik rasa semasa menjaga arwah apak kita dulu..

    setahun lebih ke dua tahun jugaklah dia nyanyuk sebelum pergi meninggalkan kami semua..

    mmg begitu lah kerenahnya.. malah kengkadang hilang sabar jugak dibuatnya..

    pun diri saya tertanya-tanya.. kemana perginya peranan anak lelaki.. bukan ramai pun..sorang je.. tapi..hmm...payah nak cakap lah kakcik.. lelaki zaman sekarang ni..

    al-fatihah buat arwah apak saya.. semoga dia tenang di sana..

    sabar ye kakcik..Allah sedang menguji hambanya ini...

    BalasPadam
  27. salam kak cik..
    teringat ila 13 tahun dahulu..membantu emak menjaga nenek yang sakit terlantar...

    ragamnya...macam macam.. tapi takpe la..selagi ada nyawanya...cuba di tunaikan segala kehendaknya...

    semoga kak cik kuat dan tabah... dalam mengharungi ujian ini...

    besar rahmat dan pahalanya...

    senyum selalu ye kak cik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.