Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 Mac 2011

Langit nan merah...

 langit nan merah
bukan kerana lukanya berdarah
menunjukkan betapa berkuasanya Allah
mencorak alam begitu indah

 langit nan merah
lihatlah betapa warnanya menyerlah
bukan tanda ianya marah
hanya fenomena alam yang sentiasa berubah


 langit nan merah
ke wajahmu aku tengadah
mengucap syukur tak pernah sudah
kerana masih bisa menutur madah 


26 ulasan:

  1. subhanallah..
    cantiknya kurnian illahi..gambar dari sabah ker kakcik??

    BalasPadam
  2. Ayu...

    iya.. gambar2 itu kakcik rakam di 'langit Sabah". :)

    Maha Suci Allah yang menjadikan segala keindahan itu. :)

    BalasPadam
  3. subhanallah...

    saya pun suka tengok awan kaler-kaler masa balik keje :)

    BalasPadam
  4. pemandangan waktu matahari terbenam..sangat indah dan mengasyikkan...saya pun suka...:) tenang...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...betul syukur kerana kita masih bisa menutur madah dan saya bersyukur kerana masih dapat menghayati madah indah Kak Cik ni...

    BalasPadam
  6. salam ..

    indahnya ciptaan Ilahi..
    tanda kekuasaan Allah .. :)

    BalasPadam
  7. hehehe, ingatkan lagu ziana & awie tadi

    BalasPadam
  8. tapi sesekali fikir risau juga. langit merah mungkin tanda berlakunya fenomena yang tak dijangka...

    BalasPadam
  9. salam kak cik..subhanallah...lukisan alam..

    BalasPadam
  10. kakcik saya ni suka pada awan ye.. rasanya ini bukan kali pertama kakcik menggunakan wajah awan dalam n3 kakcik.. seorang motivator pernah mengatakan bahawa jika inginkan ketenangan..lihat lah awan..betul tak kakcik ?

    BalasPadam
  11. fuyoooo...lawa tu....itu tangkap kamera apa tu....???

    SAMAD komen tgk awan leh tenang...tapi kita suka bukit bukau nan hijo....ahakz....menenangkan

    BalasPadam
  12. Dr h4ni3...

    bagi kakcik, semacam ada ketenangan bila melihat awan yang pelbagai bentuk dan corak itu... :)

    BalasPadam
  13. Siti...

    kalau dapat duduk di lereng bukit atau di tepi laut, mungkin pandangannya lebih mengasyikkan, kan? :)

    BalasPadam
  14. Cikgu Nurin...

    madah kakcik biasa sahaja..bukan madah berhelah... :)

    BalasPadam
  15. adol...

    salam kembali. Tiada bandingannya akan kekuasaan Di Yang Maha Pencipta. :)

    BalasPadam
  16. eelobor...

    kalau nyanyi, kena angkat2 kening dan tarik mikrofon jauh sikit sambil tegangkan leher tau... :)

    BalasPadam
  17. IM...

    kadangkala kakcik terfikir perkara yang sama tapi kalau pun terjadi, apalah daya kita untuk menahannya, kan? :)

    BalasPadam
  18. Suri...

    lukisan alam yang mendamaikan jiwa. :)

    BalasPadam
  19. Adikku Samad...

    memang kakakmu ini sangat suka menghayati keindahan alam semulajadi seperti awan, gunung ganang, pohon-pohon yang menghijau dan sebagainya. Mungkin lepas ini akan ada lagi gambar awan yang bakal disiarkan. :)

    BalasPadam
  20. IS...

    hanya kata-kata tanpa makna, dik. :)

    BalasPadam
  21. jeBateja...

    hanya kamera murah yang sering kakcik usung ke sana sini. Kalau kamera canggih, pasti gambarnya lebih terang dan cantik. :)

    Waktu di Sabah, kakcik juga suka menghayati keindahan buikt bukau dan gunung ganang yang diselimuti kabus tebal. Sangat sesuai digelar sebagai 'negeri di bawah bayu'. :)

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum...

    Semuanya perumpamaan yang Allah ciptakan itu ada pengajaran untuk kita semua perhatikan...

    BalasPadam
  23. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    ..tidaklah DIA menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...

    BalasPadam
  24. Subhanallah...maha suci kebesaran Allah...
    terpegun lantas tanganku menadah...
    moga kn terus dpt melihat ciptaanMu Ya Allah...
    InsyaAllah...

    BalasPadam
  25. PynGees...

    Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menikmati segala keindahan. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.