... dan kita belum sampai meminta-minta
namun ada juga yang meminta bukan kerana 'tiada'
tapi hanya sekadar bersuka-suka
simpan yang sedia ada
bergembira dengan yang percuma
ada juga yang memang tiada apa-apa
lalu bersyukur pada yang sudi menderma...
|
Sarapan pagiku |
|
Makanan tengahariku |
|
Mereka yang sabar menunggu |
|
Berbaris walau hanya meja kosong yang terbentang (lama juga mereka begitu) |
|
Akhirnya tiba juga rezeki yang dinanti
|
|
adakah sesiapa yang dapat meneka, benda ini sebenarnya apa? |
nota hati : masih terasa pedih dan ngilu kesan rawatan yang dijalani semalam.
selamat pagi kakcik.....
BalasPadamalhamdullilah, setiap rezeki itu pasti yang terdiri dalam golongan yang halal...
senang hati ayu kakcik bersiaran....semoga kakcik sejahtera dan sihat2 selalu.....
tabahnya hatimu wahai kakakku.....walau sakit dan bisa dengan peristiwa semalam...
truskan hari ini dengan senyum dalam kesedihan..
kerana orang yang terpilih sahaja yang dipilih olehNYA...
sayang kakak.....
PS: gambar tu ala-ala tingkap/langsir ker?? maaf...awal pagi mata blur gitu
BalasPadamSelamat pagi Ayu...
BalasPadamAlhamdulillah, syukur kerana Allah masih memeberi kita kesempatan untuk bersua di maya ini. Mungkin kalau ada catatan selepas ini, ianya adalah catatan 'auto publish' dan kakcik tidak berkesempatan menjawabnya dalam sehari dua ini...
Semoga Ayu tetap sihat dan ceria selalu. :)
Kak chik dah sihat ke ? Kak chik kat hospital lagi ke?
BalasPadamAyu...
BalasPadamhehehe... nanti kita tengok apa pula jawapan kawan-kawan kita yang lain. :)
Cik Ina...
BalasPadamkakcik dah discaj tapi doktor bagi kakcik cuti samapi hari ini (kakcik tak minta pun). Esok kakcik memeng dah mohon cuti dari pejabat. 'Prosedur' yang kakcik lalui semalam memang masih terasa ngilunya sampai saat ini...
as'kum ibu
BalasPadamwah..nampak begitu menyelerakan menu pagi hari ini.
saya cuma minum coklet panas dgn sup saja.
W/salam Azween...
BalasPadamitu sarapan pagi ibu di hospital semalam. :)
semuga kakcik sehat.
BalasPadamgambar langsir dari pndangan luar tingkap ye kakcik. langsir hospital?
Kak Cik buat rawatan apa ye, kalau boleh saya tau...?sebut hospital ni,saya pulak yg terasa-rasa ngilu..macam serik dok kat hospital...
BalasPadamHarap Kak Cik sabar dan saya doakan Kak Cik cepat sembuh...:)
gambar langsir tingkap....
Ya Allah....semoga aku terus di beri hidayah dan tergolong dalam golongan orang yang mensyukuri nikmat-Mu.
BalasPadamAlhamdulillah....syukur dengan rezeki yang telah di kurniakan.
Kakpah...
BalasPadamAlhamdulillah - kakcik sihat. Cuma ngilu je!
Itu bukan gambar langsir. Nanti-nanti kakcik beritahu, ya? :)
Kalau lihat bentuk sarapan macam stail hospital je... Kakcik pergi bertugas keluar atau masuk hospital lagi nie?
BalasPadamDoa kakak moga kakcik sihat dan boleh manjalankan tugasan seperti biasa.
Cikgu Nurin...
BalasPadamrawatan yang berkaitan dengan wanita. Maklumlah diusia senja ini, kesihatan kena juga diambilkira. Mulanya memang nak buat tak tahu sahaja, takut pula nanti mudaratnya tidak terduga. Terima ksih untuk doa.
Nanti kakcik beritahu pasal gambar tu... :)
Eelobor...
BalasPadamAlhamdulillah, biarpun tidak mewah sekurang2nya kita masih dikurniakan rezeki, kan? :)
Kakzakie...
BalasPadamkakcik dah keluar dari hospital. Malam nanti baru akan keluar daerah pula. Terima kasih untuk doa. :)
semoga cepat sembuh kak cik...& semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
BalasPadamKakCik di hospital lagi....
BalasPadamMoga cepat sembuh ya kakCik.
Ya, syukur dengan nikmatNya yang banyak, yang kekadang kita tidak sedar kita sedang diberi nikmat, kecuali setelah nikmat itu ditarik balik oleh pemberi pinjam nikmat-Nya (sekadar memetik ayat terakhir dari entri semasa saya)
Assalamualaikum Kakcik,
BalasPadamPertamanya, maaflah tak tau kakcik tak sihat sebab kak ani sendiri pun dah lama tak masuk rumah sendiri kerana kesihatan juga. Apa pun doa akak semoga kakcik diberi kesihatan yang baik dari Allah.
Dari pembacaan N3 yang lepas yang akak baca, boleh agak sakit yang kakcik sedang lalui.
salam akak..
BalasPadamalhamdulila atas rejeki dan nikmat yg ada..
akak,yg bwh sekali tu gambau ape..hehe
assalammualaikum kak cik..
BalasPadamIla doa kan agar kak cik pulih seperti sediakala..
jaga pemakananan dan kesihatan ye kak cik....
Pida...
BalasPadamTerima kasih Dik. Semoga Pida juga sihat serta ceria sentiasa. :)
Mungkin dapat ku teka procedure yang kakcik lalui.
BalasPadamAnyway,semoga sihat kembali.take care.
ckLah...
BalasPadamkakcik dah keluar dari hospital. Tiadalah yang membimbangkan sangat, cuma rawatan biasa yang janganlah hendaknya memberi keputusan 'luar biasa'. InsyaAllah, minggu depan akan tahu hasil dari ujian yang dijalankan.
Ya, seringkali kita sedar akan sesuatu nikmat bila kita kehilangannya...
Wa'alaikummussalam Kak Ani...
BalasPadamsemoga kesihatan Kak Ani semakin baik. Kalau kita tidak diberi sakit, kita tidak tahu indahnya tubuh yang sihat, kan?
Semoga Allah sentiasa merahmati kita. :)
Wa'alaikummussalam Ila...
BalasPadamterima kasih, dik. Semoga Ila dan keluarga juga dianugerahkanNya dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang berterusan. :)
CCC...
BalasPadamSyukur Alhamdulillah atas limpah kurniaNya.
Tentang gambau tu - nanti kakcik bagitahu, ya? :)
Cikgu...
BalasPadamhehehe... TST ek? Terima kasih Cikgu. :)
semoga kak cik cepat sembuh..
BalasPadamkakakku kakcik..
BalasPadamkebanyakan daripada kita tahu bahawa tangan yag memberi itu lebih mulia drpd tangan yg menerima.. aneh, ramai memilih utk menjadi tangan yang menerima..
moga kakik segera sembuh.. betullah agakan saya..
assalammulaikum kakcikku..
BalasPadamalahaii ampun kak..kaseh taktau akak admited.. :( sorry kak..akak ok dah ke skang ni? moga kakcik cepat sembuh...
teringat kawan IM yang selalu berkata;
BalasPadam"Ini sahajalah rezeki saya untuk pagi ni, IM"
salam,
BalasPadamsemoga apa pun rezeki yang datang kpd kita, mendapat keberkatan dariNYA.
SN...
BalasPadamterima kasih, dik. :)
Adikku Samad...
BalasPadammemang betul. Ramai yang lebih suka menerima dari memberi sedangkan memberi tidak akan menjadikan kita miskin.
Apa agaknya agakan Dik Mad terhadap kakcik, ya? :)
Wa'alaikummussalam Kaseh...
BalasPadamKakcik tak apa2. Kalau masih boleh berblog dan berbw tu, kiranya kakcik masih ok. Hehehe...
IM...
BalasPadamAlhamdulillah, tetap ada rezeki untuknya. :)
MLD...
BalasPadamsalam kembali. Dia tidak pernah lokek, kan? Cuma kita sahaja sering terlupa untuk mensyukurinya.
Memang patutu bersyukur. Belum tentu apa yg kita dapat hirup hari ni jaminan esok hari.
BalasPadaminilah rezeki allah
BalasPadamkakcik cucuk lutut yer?
BalasPadamhehe.. pandai2 jer buat spekulasi
semoga cepat pulih seperti sediakala ye kakcik :)
bersyukur dengan rezeki yang ada.. anyway semoga cepat sembuh kak..
BalasPadamas salam kakcik,
BalasPadamdimana ni..
di hospital kah?
kakcik ke yang sakit...semoga cepat sembuh ye..
ati teka langsir tingkap
kak cik masih kat hospital ke, moga kak cik cepat sembuh ok
BalasPadambetul tu kak cik, bersyukur dgn apa yg kita ada, byk lagi yg susah nun diluar sana
Yan...
BalasPadambetul. Kadang2 dah hampir sampai ke mulut pun boleh jatuh ke bumi kalau bukan rezeki...
PM...
BalasPadamAlhamdulillah. :)
Dr H4ni3...
BalasPadamcucuk lutut? hehehe... ;-)
Amy...
BalasPadamtidak salah kita menambah rezeki yang ada, asalkan tahu berpada2... :)
Ati..
BalasPadamkakcik ada di rumah ni. Bukanlah sakit - cuma ada yang perlu diberi perhatian agar kudis tak jadi barah! :)
Su...
BalasPadamkakcik ok je ni.. ngilu dan pedih tu sesekali terasa. Syukur kerana kita masih berkesempatan mewarnai dunia. :)