Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Februari 2011

Salam dari Hospital Pantai Ampang...


 (Hospital Pantai Ampang dahulunya adalah Hospital Pantai Indah)


Waktu tidur tengah malam tadi
tiba-tiba tersedak tanpa disedari
diikuti batuk tidak berhenti-henti
terus ke hospital atas desakan suami

hari ini aku di sini
mungkin dek mulut celupar yang tidak berhati-hati
masih teringat kata-kata sendiri
akan ke hospital hanya di bulan Februari

KEPADA MURID-MURID YANG CIKGU HARGAI
teruskanlah bersabar menanti
gunung dikejar tak mungkin lari
melainkan runtuh dibom berkali-kali..... (^_^)

(terpaksa juga guna lappy)

51 ulasan:

  1. cikgu...

    banyakan berehat...jgn fikirkan hal sek ye..heheh..

    akak..rehat tau..makan ubat dan minum air suam byk2..moga cepat sembuh..;)

    BalasPadam
  2. lahaii kakcikk.. moga cepat sembuhh...

    BalasPadam
  3. Ain...

    terima kasih. Harap2 makcik dapat keluar segera dari sini. Dah minta dengan Dr nak keluar, dia kata belum boleh... huhuhu

    BalasPadam
  4. Salam buat kakciks tercinta..:)

    Datang menziarahi akak di sini..
    Moga akak cepat2 sembuh ya:)
    Take care..:)

    BalasPadam
  5. Kaseh...

    Terima kasih. Boring la duduk kat sini....

    BalasPadam
  6. bun-nee...

    terima kasih. Lepas makan ubat, kepala jadi nenong2....

    BalasPadam
  7. Banyakkan berehat ye kakcik dan semoga cepat sembuh^^

    BalasPadam
  8. Yan...

    terima kasih. Mujur cuti panjang. Taklah kena ambil MC banyak2...

    BalasPadam
  9. Tinie sayang...

    terima kasih sudi ziarah kakcik. :)

    BalasPadam
  10. Osmera...

    terima kasih kerana turut mendoakan. :)

    BalasPadam
  11. Hamizah...

    nak tak nak kena telan juga ubat tu! :(

    BalasPadam
  12. semoga kak cik cepat sembuh..
    rajin2 makan ubat tau...

    kakcik ni terlebih makan buah limau ker...

    BalasPadam
  13. semoga cepat sembuh
    rehat cecukupnya... ;p

    patutlah tertunggu tunggu juga en3 kak cik,sbb selalu kak cik yg terawal post en3.. ;p

    BalasPadam
  14. rehat rest.kak chik..baca majalah ringan.

    BalasPadam
  15. opps agak2 kalau saya datang melawat boleh sembuh tak...

    BalasPadam
  16. Salam Kakcik...
    makan ubat..banyakkan rehat..mudah2an kakcik cepat sembuh yer..

    BalasPadam
  17. semoga kak cik cepat sembuh
    saya pom otw anta my FIL ke klinik..batuk xhenti2 gak..

    ni amik kesempatan bukok tenet..hehehe..asal nk kuar je..lappy mesti bw..blog punya pasal..huhuhu

    BalasPadam
  18. memang kakcik blogger tegar .. kat hosptial pun sempat berblog lagi.

    semoga segera sembuh. teruskan berblog kalau ia menjadi sebahagian terapi.

    BalasPadam
  19. kakakku kakcik> sedih dengo kakcik sakit..bykkan rehat dan minum air yg cukup.. teman doakan kakcik segera sembuh.. amin..rehat ye kakcik..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum wbt
    kokcik, Tak ngape ke teman bertandang kat blog kokcik wkt gini? Nak bertanggak ke HPI pun, teman dah jauh bebnor, ni tengah seghonok nganduk ayor bah kat tempat teman disini. Isyyy, biasanya awok kalo tersedak batuk, adale oghang nak ngaggak kite! Tapi ghope2nya, sedak2 kokcik ni masuk pulok ke HPI. X pe2, bebanyok sabor le kokcik oi! Tiba masenya, kokcik kena rehat bebanyak, usoh dipkiorkan hei2 lain, anak2 dighomah tu dah besor2 belake, pandeilae deme ngughuihkan.

    BalasPadam
  21. Sabor ye kakcik. Beraya kat hospital, merasalah angpau nanti

    BalasPadam
  22. Harap KakCik bersabar dalam menempuhi dugaan Allah. Ada hikmah di sebalik setiap satu kejadian.

    Moga cepat sembuh

    BalasPadam
  23. salam kak cik..semoga cepat sembuh..tak payah lagi nak pikir kat anak murid lagi...

    BalasPadam
  24. assalamualaikum

    ala kakcik, rehat-rehat la.
    biar lama kat hospital tu pun tak pe. asalkan kakcik sembuh betul-betul..
    saya doakan kakcik cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  25. hidup di dunia hanya sekali
    Jaga kesihatan jaga diri
    Kawan-kawan mensyukuri
    kak cik selamat disamping suami...

    take care kakcik

    BalasPadam
  26. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga kakcik cepat sembuh dan banyakkan berihat...

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum Kakcik,
    Kata Mak saya, kalu tetiba tersedak tu tandanya ada seseorang sedang menyebut2 nama kita - ada saudara-mara/adik-beradik/anak buah tersebut nama Kakcik kot? Rindulah tu...

    Semoga Kakcik segera sembuh & ceria kembali.

    Buat diriku & saudaraku sekalian :-

    Cuti ini rezeki Allah
    Puas melancong hingga ke Belgium
    Tak payah tunggu sakit, yang sihat kita ziarah
    Pak Uda, Mak Andak & Mak Usu pasti tersenyum...

    BalasPadam
  28. muga berihat di 'pantai indah' akam memberi lebih banyak masa untuk berfikir tentang diri sendiri..

    BalasPadam
  29. ...Kak... Budi doakan hanya yang terbaik...

    BalasPadam
  30. Salam kakcik,

    itulah pasal... ramai sangat yang menyebut kakcik, dah popular tu... sampai tersedak2...

    Moga cepat sembuh yea... banyakkan berehat...

    BalasPadam
  31. Salam Kakcik, masa utk berehat tu. Didoakan tiada yg bahaya dan segera sembuh.

    BalasPadam
  32. salam kak cik..

    semoga pulih cepat..... jaga kesihatan dan pantang apa yg tak boleh dimakan atau dilakukan (macam mak membebel daaa)

    BalasPadam
  33. salam kakcik

    bykkn berehat kakcik... moga cepat sembuh yea...

    BalasPadam
  34. Rehat dan makan ubat ikut schedule ya.Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  35. sedut nebs tu kakcik!!!
    rehat ya...
    simpan lappy tu...
    :)

    BalasPadam
  36. ajak anak anak murid kutip ampau kak...berbaloi

    BalasPadam
  37. moga cikgu cepat sembuh, jaga diri n jaga kesihatan..nak melawat tapi jet kita off masa cny ni.....

    BalasPadam
  38. Assalamu'alaikum semua...

    terima kasih atas doa dan ingatan yang dititipkan. Kakcik masih di wad. Semalam Dr kata mungkin boleh hari ini, tapi tadi Dr datang lagi - esok baru boleh keluar (pakej 3 hari 2 malam le tu). Kena ambil ubat ikut jadual. Athma tu dah lega, tapi masih batuk (terasa kering dan sakit dada)....

    BalasPadam
  39. Semoga segera sembuh ya Kakcik. Kesal pula saya kerana lambat membuka blog Kak cik ni...

    BalasPadam
  40. kakcik..rehat ok. relaxkan fikiran dan tenangkan minda ok. rehat banyak2 ye..

    BalasPadam
  41. Salam KakCik,
    Get well soon...
    Maaf lambat tahu perkhabaran ni...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com