Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Februari 2011

Jangan hanya bersandarkan nama...

Mulanya, aku ingin meletakkan nama dan tempat sebenar kejadian.  Bagaimanapun setelah menimbangkan baik buruknya (takut nanti dikatakan sengaja ingin meraih populariti), catatan ini kubuat secara umum sahaja.

Baru-baru ini, aku dan keluarga telah berkunjung ke sebuah restoran yang agak terkenal dan mempunyai beberapa rangkaian.  Pemilik restoran ini memang dikenali ramai dan mempunyai pengikut yang tersendiri.  Kunjunganku pada kali ini bukanlah kunjungan yang pertama.  Walaupun telah pernah makan di sini dan mempunyai tanggapan dan pengalaman yang 'tidak begitu manis', tapi aku tetap ingin mencuba lagi - manalah tahu kalau-kalau ada perubahan.

Daripada aku 'singgah' di restoran yang gah dengan nama tetapi status halalnya diragui, baiklah aku singgah menjamu selera di restoran anak bangsaku sendiri.  Anakku Along telah beberapa kali menolak cadangan untuk makan di situ kerana katanya 'tak sedap, makkkk'.

Kebetulan waktu singgah kali ini, Along tidak turut serta.  Aku, suami, Bangcik dan BS membuat pesanan ikut selera masing-masing.  Bangcik dan BS makan nasi ayam dan nasi goreng ayam dengan senyap.  Aku dan suami memesan soto dan mihun sup.  Penilaiannya???  Aku rasa bagaikan menghirup air panas yang tiada rasa.  Begitu juga dengan suami.  Ditambah kicap pun tidak memberi rasa.  Setahu aku, kalau soto selalunya ada begedil.  Tapi tiada!

Ditanya kepada Bangcik dan BS, bagaimana rasa nasi mereka.  Jawapnya  'hmmmmm... bolehlah sebab lapar'.

Itu bab hidangan.   Layanan juga seadanya sahaja.  Bukan mengharapkan layanan bak kenamaan.  Apalah salahnya bermanis muka atau senyum.  Sewaktu membuat bayaran, memandang muka pun si juruwang tu tak mahu.  Setahu aku, juruwang ini mempunyai pertalian yang rapat dengan pemilik restoran.  Susahkah untuk membawa nama baik saudara sendiri?  Sambil mengambil wang bayaran, sambil bercakap dengan kuatnya kepada pekerja 'eh! esok kau jaga kedai sana tau..' .  Aku tahulah kedai itu ada cawangannya dan ada 'jenama' yang lain dari restoran yang aku masuk itu.

Aku dan suami pernah makan di restoran yang mempunyai jenama lagi satu itu.  Begitu juga, hanya membawa nama dan harga tapi hidangan yang disajikan tidak segah mana.

Janganlah hanya bersandarkan nama untuk membuat keuntungan.  Kenalpastilah kehendak pelanggan.  Elakkan dari berkata 'ah, dia tak datang pun ramai yang lain sudi singgah'.  Bimbang  persinggahan yang pertama itu nanti tiada lagi turutannya.




56 ulasan:

  1. kat komen boleh kasi nama tempatnya? hehe...

    BalasPadam
  2. Bagus juga tidak meletakkan nama kedai terbabit. Takut merosakkan perniagaan mereka. Biar org ramai nilai sendiri. Tapi kalau ada yg sedap2 tu boleh kita war2kan seperti yg saya buat disini http://azwandengkil.blogspot.com/2011/01/nasi-arab.html .

    BalasPadam
  3. assalamualaikum,

    kalau pegi kat kedai makan yang ramai orang tu.....kata deme pakai 'pelaris', betui ke?

    BalasPadam
  4. kalau saya, sekali dah rasa tak sedap..memang sekali tu jer lah sy jejak kedai tu.. :D

    BalasPadam
  5. Azwan...

    kalau yang baik, kakcik akan tolong war2kan tanpa bayaran :)

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam Myri...

    tak berani kakcik nak tuduh! :)

    BalasPadam
  7. MDT...

    kadangw2 kita niat nak tolong bangsa - tapi, selalunya kita terkena! :(

    BalasPadam
  8. nampak gayanya..ayu kena jaga baik2 nama citarasa rinduan.
    walau warung pun..reputasi kena jaga nie..

    kakcik thanks berkongsi pengalaman

    BalasPadam
  9. assalamualaikum

    apa yang kak cik ceritakan itu memang selalu berlaku. Rasanya ramai yang pernah merasai pengalaman macam tu

    kalau saya pun, jangan harap saya nak datang dah..Terasa macam tak berbaloi makan di situ.

    hehe..tengah fikir nama kedai tu.. *-* macam tahu je

    BalasPadam
  10. hebah kan je,, agar pengguna tak rasa tertipu,,, our money kakcik ,,, berani kerana benar,,, pengalaman saya makan chicken chop di PD , rasa macam hampeh keras macam batu ....dgn tidak ada belasa kesihan saya upload photo kedai tu kedlam blog n ke dlam FB saya,,,, kodai tu punya rangkaian nya di berapa tempat di n9 n selandgor

    BalasPadam
  11. kedai manalah tu yer? Janganlah hanya pikir keuntungan sahaja.. Fikirlah kepuasan pelanggan jugak..

    BalasPadam
  12. Mcm blh agak je kat mana tu hehehe....

    Btl kak...saya kalo makanan xbrp nak ngam saya xgi situ dah...tetambah lg layanan pun mcm nak makan kita balik je...

    Kang bila org komen begitu begini mulala marah..haihla org

    BalasPadam
  13. Kanda AL...

    dah tengok tak apa ada dalam periuk mamak tu???? (hahaha - sengaja nak ketawa jahat!) :)

    BalasPadam
  14. Ayu...

    bagi peniaga, pelanggan adalah ibarat nyawa. Hanya orang tak sayang nyawa sahaja yang sanggup mempersia2kannya, kan? Semoga perniagaan Ayu akan sentiasa berkembang maju. :)

    BalasPadam
  15. Wa'alaikummussalam Azween...

    ha.. jangan teka nama restoran tu sampai pecah kepala! :)

    BalasPadam
  16. Pak Oncu...

    mulanya kakcik fikir nak hebahkan je. Siap dah ambil gambar. Tapi, tak mengapalah - kita bagi dia peluang memperbaiki mana yang patut. Nanti kita tegur ikhlas, takut disalaherti. Maklumlah, orang 'ada nama'. :)

    BalasPadam
  17. AzMask...

    restoran ini tahap kebersihannya mengikut Pihak Berkuasa Tempatan pun, setakat B sahaja. Mungkin memikirkan sebab ada nama - jadi yang lain2 tidak dititikberatkan. :(

    BalasPadam
  18. Mimi...

    kita komen untuk membina, tapi nanti silap2 kita pulak kena saman! Hmmm.... Mimi macam tahu, ya? :)

    BalasPadam
  19. entahlah kak chik.kekadang kedai melayu tulah masalahnya. kadang2x ambik order pun lambat.sampaikan suami pernah panggil org kedai suruh kira padahal ambik order pun belum. geram punya pasal.

    BalasPadam
  20. kaseh macma tau je tpt dia kakcik..hehhe

    BalasPadam
  21. Monalea...

    makan kat rumah sendiri juga lebih selesa mengikut citarasa sendiri. Cuma bila sesekali makan di luar mesti kita mahukan sesuatu yang berbaloi dengan duit yang kita keluarkan. Betul tak? :)

    BalasPadam
  22. aina jenis cepat serik kalau dah kena sekali...tak ada lain kalinya...

    BalasPadam
  23. AKT...

    jawabnya lepas ni kakcik memang tak singgah lagi ke situ...

    BalasPadam
  24. pernah juga mkn di kedai yg supnya rasa mcm air putih tambah halia je, lgsung takde rasa..huhu.

    Nilah org kita, kadang2 nak untung je, tp meniaga ala kadar..

    BalasPadam
  25. JunAina...

    konon nak bagi peluang - tapi orang tak hairan pun. Hai hai bai bai la jawabnya....

    BalasPadam
  26. ~ yus ~...

    mereka sebenarnya tak sayang periuk nasi sendiri....

    BalasPadam
  27. susah jugak nk ckp kn k.cik... klu dh maju & terkenal, should be mereka sntsa mantain & buat penambahbaikan b'terusan...barulah pelanggan x lari...ini tdk, indah khabar dr rupa... saya slalu t'ingat kata2 mak mertua.."klu nk b'niaga, t'utamanya bg org makan, kena buat dgn ikhlas..baru la org rasa nikmatnya"... bayar mahal pn org x kisah...

    BalasPadam
  28. salam kakcik,
    saya pun kadang macam akak, walopun sekali dah terkena, tapi sebab nak bersangka baik, gi la jugak lagi.. bila dah 2 kali kena tu, confirm pas tu blacklist kedai tuh. heheh...

    BalasPadam
  29. PynGees...

    betul kata ibu mertuamu itu. Kalau sedap dan memikat, orang tetap akan datang berulang juga walaupun harganya agak mahal....

    BalasPadam
  30. Aanas...

    walaupun kakcik bukan selalu makan di luar kerana kemampuan yang terhad, rasanya kakcik juga tidak akan singgah ke situ lagi.

    BalasPadam
  31. heheheh..

    a'ah..setuju ngan kak azie..ni le kali terakhir mkn situ..heheh

    BalasPadam
  32. betul tu kak chik. sesekali tu nak jugak makan kat luar tapi tulah, sesekali makan kat luar jadi sakit hati dibuatnya.

    BalasPadam
  33. Bagus jugak tak letak nama restoran karang disaman lak. baru2 nia da terbaca seorg blogger disaman 6 juta kerana mengkritik sebuah restoran. Baru2 sy ke sebuah kedai makan yg mempunyai rangkaian diseluruh Malaysia. Sudahlah pelayannya melayan dengan suam2 kuku, dah hampir sejam duduk baru nak cakap barang yg dipesan telah kehabisan stok. sy terus angkat kaki. Sori le lepas ni sy nak pergi lagi

    BalasPadam
  34. Peniaga melayu tipikal, dah berjaya sikit, pelanggan diabaikan. Tak lama lagi tutuplah kedai tu kalau tiada perubahan dilakukan dengan kadar segera

    BalasPadam
  35. Salam kakcik,

    Kakak rasa kalau Along ada pasti semua tak masuk dan makan kat situ. Itulah tak nak ikut kata Along kan dah terkena lagi. Hehehe...

    BalasPadam
  36. Azie...

    lepas ni, kalau hanya restoran tu je yang kosong, kakcik lebih rela balik ke rumah dan goreng nasi! :)

    BalasPadam
  37. CCC...

    tak pun, kalau dah lapar sangat - beli roti je! :)

    BalasPadam
  38. Monalea...

    kita merungut2, nanti rezeki dia orang macam tak berkat la pulak...

    BalasPadam
  39. Aidah...

    sampai sejam menunggu? Adoi.. nasib baik takde yang nak menterbalikkan meja...

    BalasPadam
  40. Zool...

    mungkin pemiliknya rasa dia dah cukup kaya dan berjaya. Tak hairan gamaknya kalau restoran tu ditutup sahaja...

    BalasPadam
  41. Kakzakie...

    memang pun Along cakap 'kan Along dah kataaaaa....' ;-)

    BalasPadam
  42. kedai apa lah ni erk....tak leh nak cam laaaa...bg le klu kakcik...

    BalasPadam
  43. kalo ikut iols - sekali pegi tak sedap
    lepas tu... jangan harap nak pegi lagi...
    hiks

    BalasPadam
  44. Miloais...

    baik balik rumah minum milo ais cecah sekut, kan? :)

    BalasPadam
  45. as-salam

    salam ziarah dan salam kenal dari Penjejak Mimpi.. :)

    pade sy mahal tak kisah janji sedap..
    kalo da kene tempat macam tu, sah2 sy tak singgah lagik..

    BalasPadam
  46. Hmm..tak semua tempat makan yg fames tuh makanannya sedap.. yg kat warung tepi jalan tuh lagik sedap.. :)

    BalasPadam
  47. PM...

    kadang2 kalau terlalu meletak kepercayaan kepada para pekerja pun payah juga....

    BalasPadam
  48. Rinna...

    betul. Tempat yang mewah tak semestinya menjanjikan makanan yang sedap.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com