Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 Januari 2011

Sakit Dada....

Maklumat diambil dari : INFO SIHAT

Sakit Dada

Kesakitan atau rasa tidak selesa pada bahagian dada berlaku apabila dada terasa berangin, perut sebu, terasa sesak, berat atau rasa seperti ditekan. Sakit dada merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan. Sakit dada merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.

Punca

Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit pada dada ini tidak mengalami serangan jantung.

■Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat.

■Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung.

■Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut.

■Sakit di bahagian perut hingga ke dada.

■Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk.

Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma.

■Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh.

Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan

■Sakit belakang.

Rawatan

Sakit dada yang berlaku di kalangan orang muda yang sihat biasanya tidak merbahaya jika :

■kadar kesakitan berubah mengikut perubahan posisi badan

■kadar kesakitan bertambah teruk apabila batuk atau ketika menarik nafas dalam-dalam

■sakit yang sama sebelum ini dan penyakit jantung telah dikenalpasti.

Selain dari faktor di atas, sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika anda ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa.

Jika sakit dada yang disebabkan oleh faktor yang lain, pemeriksaan yang rapi perlu dibuat.Ujian X-Ray, endoskopi (ujian untuk melihat keadaan tidak normal pada saluran penghadaman) atau fungsi paru-paru.

Anda boleh mencuba ubat Antiasid bagi mengurangkan kesakitan pada ulu hati.

Jika keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.

nota hati : telah beberapa hari aku merasa sakit di bahagian luar dada (bagaikan ditekan dengan beban yang sangat berat) - sesekali terasa panas dan sukar bernafas.  Selagi boleh bertahan, aku tidak akan ke klinik atau hospital.  Tak mahu timbul isu 'awal-awal tahun dah ke klinik SWASTA'.  Aku ke klinik/hospital swasta kerana suamiku ada kemudahan itu.  Bila dia bersara nanti, akan 'bertunggu-tangga'lah aku di klinik/hospital kerajaan.




46 ulasan:

  1. kak cik gi la buat rawatannnn takut lain jadinya..

    apa pun kak cik thanks konsi2 infoo

    BalasPadam
  2. salam kakcik
    kalau yg ni

    ~Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan

    selalu terjadi, memang betul fakta nih..

    BalasPadam
  3. kene pi check kakcik..

    saya takut bab2 sakit dada ke hape ni..

    skrg ni penyakit tak kenal usia dan org..

    BalasPadam
  4. Kak chik , buatlah pemeriksaan keseluruhan. Kawal emosi kak chik.Jangan ikutkan perasaan.Thanks info berguna tu.

    BalasPadam
  5. sy pernah mengalami situasi ni sblm ni, iaitu saki dada yang melampau2, sy rasa terseksa stp kali nak bernafas

    sy pegi klinik panel, doctor cakap tak ada apa2, mgkn sbb stress, sy kata sy ni susah nak stress

    doctor kata pegi pakar, sy pegi pakar, doctor bg ubat, lama2 sy ok, alhamdulillah, entahlah smp skrg tak tahu knp jadi begitu, anggapan sy yg bkn doctor, mgkn sbb sy pernah dulu adalah pengidap asma yg kritikal.

    tak lama tu, sy sakit blkg pula, sakit sangat2, sy pegi pakar, buat xray, MRI, dan doctor ckp sy tak sakit, tapi sy alami sindrom apa tah, sy tak ingat dah,

    di mana sindrom ini kata doctor tak dpt diubati sbb dia bkn satu penyakit, dia hanya satu sindrom, dan lagi, sakit blkg ni kalau dia rasa nak dtg, dia dtg, kalau dia rasa nak hilang, dia hilang, dlm bahasa melayu sindrom ini di panggil 'bahu beku'

    sy ada pernah baca dlm paper psl artikel bahu beku ni dan sy simpan artikel ni dlm diari, sbb tak reti nak explain pd org ttg sakit ini.

    begitulah kisah sy :-)

    BalasPadam
  6. Salam, elok juga gi check dan mendapat rawatan segera agar tidak berlarutan.
    Jom Singgah "Jom jalan-jalan ke Negeri Pahang Darul Makmur - akuanakpahang"

    BalasPadam
  7. kakcik..
    jumpa doktor, mesti ada solusinya. take care yer.

    BalasPadam
  8. Kak cik terima kasih di atas info nie sangat berguna buat amy...

    BalasPadam
  9. TQ kakcik + wanita bertudung hijau for sharing :)
    cik abe teman tu ade juge ngadu sakit2 dade.. ghiso juge tp jenih liat ke spital xtau le teman nk ngonakan cemane lg.. hmm..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kakcik...

    Ada baiknya kakcik pegi klinik jumpa doktor..

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    Info baik buat kita semua...

    kakcik pun kenalah pergi cek kat klinik. Abang dah ada kemudahan tu baik pergi cepat. kalu dah tahu kan senagn hati....

    BalasPadam
  12. moga kakchik sentiasa sihat..

    IE sakit kepala memikirkan masalah dunia !!!

    BalasPadam
  13. Angah...

    nanti2 bila dah tak tahan menanggung sakit, kakcik pergilah... :)

    BalasPadam
  14. Sya...

    hmmm.. kalau dah 'tertekan' bukan setakat dada sakit, kepala pun rasa nak pecah! :)

    BalasPadam
  15. SN...

    iyalah kan? Kalau tiba masanya, sekelip mata je!

    BalasPadam
  16. Cik Ina...

    tengah fikir2 nak buat 'executive check-up' - harapnya semua ok. Tak larat dah tiap2 tahun jadi penghuni wad. :)

    BalasPadam
  17. WBH...

    bila jadi macam tu - 'kita sakit, doktor kata tak sakit'... mulalah ada yang nasihatkan suruh jumpa dukun...;-)

    Kadang2 ada orang kata 'angin'.. Wallahu'aklam.

    BalasPadam
  18. AAP...

    InsyaAllah, kakcik akan dapatakan rawatan nanti...

    BalasPadam
  19. CS...

    thank you dear, nanti balik kang kakcik nak bummmm je... :)

    BalasPadam
  20. AzMask...

    jumpa doktor tu boleh, nak makan ubat malas... hehehe...

    BalasPadam
  21. Amy...

    sama2... tak rugi kita berkongsi info, kan? Ada juga manfaatnya macam yang Amy buat kat blog Amy tu. :)

    BalasPadam
  22. AzeedA...

    ate.. mun kalo dah sakit sangat, idok dia nak ke spital juga.. mike bawok dokto ngan misi ke ghomah! :)

    BalasPadam
  23. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    nanti2 kakcik pergilah... :)

    BalasPadam
  24. W/salam Kakzakie...

    InsyaAllah, nanti kakcik pergi (bila dah rasa tak tahan...hehehe)

    BalasPadam
  25. IE...

    wah! pemikir hebat IE ni... sanggup nak fikirkan masalah dunia ni... kakcik baru ada masalah sikit dah pening! :)

    BalasPadam
  26. saya penah sakit dada sampai nak berbafas pun tak boleh. risau gak. tapi tak cek dokter pun. takuttt....

    tapi kakcik jgn buat mcm saya tau. kalau sakit gi jumpe dokter. :D

    BalasPadam
  27. apa sakit sekalipun kakcik..
    gi je lah jumpa doktor..
    tak kira le swasta atau kerajaan

    BalasPadam
  28. salam kakcik

    saya belum lagi mengalami masalah ni..tapi kena beringat2lah..sebab family ada problem jantung..terima kasih ye kakcik info

    BalasPadam
  29. gB...

    kakcik pernah kena marah dengan doktor sebab dah 'tenat' baru pergi hospital.. ;-)

    BalasPadam
  30. Kakcik..,
    pasal kemudahan perubatan...bukankah pengawai kerajaan lebih di beri perhatian.

    Kalau dah berhari -hari sakit..eloklah pergi buat pemerisaan doktor..Semoga kakcik semakin sehat.

    BalasPadam
  31. Imanshah...

    sesekali kena pergi buat pemeriksaan juga, dik. Sekarang ni bukan boleh kira - dalam sihat2, boleh rebah! :)

    BalasPadam
  32. Salmi...

    tak juga. Kakitangan hospital pun rasanya tiada keistimewaan untuk disegerakan, melainkan kalau betul2 dalam kecemasan! Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  33. SAKIT DADA BILA DNGAR ADA ORG NK DTG MEMANTAU...HU....

    BalasPadam
  34. haisshhh jgn yg dtg misi yg shekshi shudaahhh... teman yg sakit dade pulakkkkk

    BalasPadam
  35. nza...

    adoiiii.. jangan sakit dada waktu orang tu datang, nanti lain pulak ceritanya! ;-)

    BalasPadam
  36. AzeedA...

    kalau mishi shekshi datang, mike jangan duduk jauh2... :)

    BalasPadam
  37. salam kakcikku, teman gemo beno kene pedih ulu ati to.. gasterik yg udoh teghuk kot.. ate, idok le teman bulih melantpk kopi ngan teh doh kakcik..mujo le anak buoh teman ade 5-6 oghang jadi doktor, deme le yg bagi teman ubat tetiap bulan..

    BalasPadam
  38. hi kakcik..salam kenal dari saya. saya dtg dari info mengenai ice room. jom tukar link, cerita dan pendapat. sudi2 le follow saya plak eh.

    bila dah jadi geng alam maya nnt, teringin nak wat pertemuan blogger di ice room...

    BalasPadam
  39. Salam kakcik..
    lebih baik buat check-up...jangan tangguhkan lagi..

    BalasPadam
  40. Salam Kakcik, benda2 camni jgn amik ringan Kakcik, takut simptom tertentu, manatau.

    BalasPadam
  41. W/salam samad adikku...

    pedih ulu ati tu ada kaitan dengan gastrik, kan? Mujo juge ghamei dokto dalam kelorge, kan? Senangle sikit mintok ubat. :)

    Kakcik doakan semoga mok mentua mike beghanso sembuh. InsyaAllah.

    BalasPadam
  42. NM02...

    salam kenal dan terima kaksih sudi follow blog kakcik. Nanti kakcik singgah kat blog NM02. InsyaAllah, nanti2 mungkin ada pertemuan antara kita. :)

    BalasPadam
  43. W/salam Siti...

    InsyaAllah, nanti kakcik pergi. Terima kasih, ya.

    Jom jumpa kakcik di Penang pada 18 & 19/1 ni... nak? :)

    BalasPadam
  44. Yong Helli...

    tubuh kakcik ni sebenonye dah jenuh dikeghobek kat spital - tu yang dah naik maleh tu! ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com