Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 14 Januari 2011

Mari merapu...


Berjalan-jalan di waktu senja
berehat sebentar di pohon nan rendang
kalau nak kenal kakcik seroja
ke blog ini silalah bertandang

berehat sebentar di pohon nan rendang
rupa-rupanya pohon kuini
                              ke blog ini silalah bertandang
tak perlu fikir nak masak apa hari ini

rupa-rupanya pohon kuini
membuat hati terkenang-kenang
tak perlu fikir nak masak apa hari ini
boleh menatap gambar pemandangan Pulau Pinang

membuat hati terkenang-kenang
waktu berkejaran bersama Hakim
boleh menatap gambar pemandangan Pulau Pinang
manalah tahu ternampak Tasputra Perkim

waktu berkejaran bersama Hakim
berkejar-kejaran hingga ke malam
manalah tahu ternampak Tasputra Perkim
boleh juga menghantar kuih tepung talam

berkejar-kejaran hingga ke malam
tak sempat mandi dah bantai tidur
boleh juga menghantar kuih tepung talam
bukan untuk dimakan bersama sup sayur

tak sempat mandi dah bantai tidur
bangun pagi menjadi baran
bukan untuk dimakan bersama sup sayur
tak perlu penjelasan tentang perbandingan antara kedai makan dengan restoran

bangun pagi menjadi baran
disebabkan badan yang melekit-lekit
tak perlu penjelasan tentang perbandingan antara kedai makan dengan restoran
hanya nak cari cenderahati di Chow Kit

disebabkan badan yang melekit-lekit
hendak bergaya rasa tak padan
hanya nak cari cenderahati di Chow Kit
untuk di bawa ke restoran Arab di Kg Pandan

hendak bergaya rasa tak padan
apalagi hendak berwangi-wangi
untuk di bawa ke restoran Arab di Kg Pandan
tanda disayangi lebih baik dari menyayangi


hehehe.....



80 ulasan:

  1. salam kakcik..
    cantikla susunan pantun ni..suke2..:)

    BalasPadam
  2. W/salam CCC...

    itu namanya pantun merapu.. :)

    BalasPadam
  3. kreatif laa .. kakcik ni dalam penulisan.. walaupun merapu.. tersusun indah jer bahasa dier..

    BalasPadam
  4. ingatkan kakcik ada di p.pinang td... ;p

    BalasPadam
  5. Uda...

    ilham dari kata kunci di nuffnang! macam tulah jadinya... :)

    BalasPadam
  6. Sya...

    InsyaAllah kakcik akan ke Penang pada Selasa depan. :)

    BalasPadam
  7. berjalan-jalan di petang hari
    singgah sebentar di blog ini..

    Salam perkenalan dari CE...:)

    BalasPadam
  8. CE...

    terima ksih kerana sudi singgah dan ikut blog ini. Selamat berkenalan. :)

    BalasPadam
  9. “apa ko merapek ni Labuuuu...?” hahahaa

    tapi best aaarrr!

    BalasPadam
  10. Azie...

    labuuuuu... labuuuuuu... ko ngigo yerrr????


    hehehe...

    BalasPadam
  11. AzMask...

    madah yang boleh membuat sasterawan negara garu kepala sebab tak faham! :)

    BalasPadam
  12. salam,

    terasa nak sambut jer pantun ni..tp tak sempat laa...

    bye

    BalasPadam
  13. en_me (lama tak nampak)...


    ikut angin ... masa rajin datanglah ilham.. :)

    BalasPadam
  14. w/salam IE...

    nak ke mana tu??? tergesa-gesa je.. :)

    BalasPadam
  15. Salam kakcik, mmg kreatif siap boleh berpantun hebat tu :)

    BalasPadam
  16. kakcik hebat la...pandai buat pantun..w/pun merapu sket....

    BalasPadam
  17. pandai kakcik buat bende gitu yekk...menarik!

    BalasPadam
  18. ni bukan pantun merapu kakcik..
    betul dr susunan rima lagi iaitu abab

    kdg2 org yang buat pantun xkena rimanya iaitu aaaa..itu rima utk syair tau..

    ..hehe...sayakan cikgu BM..hehe

    BalasPadam
  19. mari melawat blog kakcik seroja
    mesti korang konfem teruja

    haha..jadi x pantun 2 kerat kakcik?

    BalasPadam
  20. AAP...

    kalau ikut hukum pantun betul2 - ada yang tak kena sukukatanya! Ilham dari AAP juga ni.. :)

    BalasPadam
  21. Ainnoraiani...

    kakcik memang suka berpantun dan suka merapu juga! :)

    BalasPadam
  22. AUC...

    menarik tertarik da bomm?? hehehe... :)

    BalasPadam
  23. SN...

    bab abab tu betullah... tapi bab sukukata memang ke laut! :)

    BalasPadam
  24. Amboi akak, sure dulu amik sastera kan.. saya tak pandai cam ni. selalu tgk org je..

    tapi saya salute lah

    BalasPadam
  25. IM dulu belajar kat IKM Kg Pandan la...

    BalasPadam
  26. waaaaa! kretip tol kakcik! sy plg lemah kalo bpntun.sekrat ke 2 kerat ke.sume failed.haha

    BalasPadam
  27. Yan...

    kakcik belajo sendiri je... dulu kakcik dari aliran sains... :)

    BalasPadam
  28. IM...

    kakcik tahu tempat tu. Saban hari lalu ikut situ. :)

    BalasPadam
  29. Yna...

    kakcik memang minat dengan pantun... tu yang boleh merapu tu... :)

    BalasPadam
  30. Pandailah kak chik berpantun.bahasanya pun sedap didengar. Betul tu buat apalah nak merapu, baik terus je masuk keblog kak chik.

    BalasPadam
  31. Cik Ina...

    kakcik ni taklah pandai mana pun. Kalau pantun dulu2 yang penuh kias ibarat dan gambaran indah, kakcik sangat menyukainya... tapi, kakcik tak pandai nak buat macam tu. :)

    BalasPadam
  32. Salam Kakcik,

    Wah! terror berpantun Kakcik ni rupanya. AY, takat pantun pisang mas bawak belayar je lah....:-)

    BalasPadam
  33. W/Salam Kak Yan...

    setakat boleh je... bukanlah pandai sangat.. :)

    BalasPadam
  34. kakakku kak cikkkkkk eceh..ceh... hehehee angah kena balajar ngan akak lagi tentang pantun sebab angah minat pantunnnnn

    BalasPadam
  35. KREATIF....
    pandai akak cipta pantun yg menarik tu.....

    BalasPadam
  36. assalamualaikum,

    Seri pagi mencuci muka,
    Menjadi teman sikan kerapu,
    Kakcik pandai menyusun seloka,
    Hamba di sini tumpang merapu.

    BalasPadam
  37. Salam kakcik,

    tak tahu guna sudu dan garpu
    habis bersepah satu meja
    walau dikata pantun merapu
    kakak suka susunan katanya

    BalasPadam
  38. Angah...

    meh kakcik bukak kelas tusyen untuk Angah... hehehe.. :)

    BalasPadam
  39. nza...

    menarik ke? Gara2 kakcik tak ada ilham nak muatkan dalam bloglah yang jadi macam tu.. :)

    BalasPadam
  40. Wa'alaikummussalam Myri...

    Manis isinya ikan kerapu
    makan nasi sambil bersila
    marilah bersama kita merapu
    asal tak melanggar batas susila.. :)

    BalasPadam
  41. Kakzakie...

    kalau gelap pasanglah lampu
    barulah jelas menatap muka
    pantun saya memang merapu
    terima kasih kerana suka.. :)

    BalasPadam
  42. salam kakcik,
    sungguh gigih memerah otak cipta pantun berirama cam tuh.. saya tak rajin la kak, enjin otak sudah slow.. heheh.. otak kiri dan otak kanan penuh ngan hal anak2 jer.. :)

    BalasPadam
  43. Aanas...

    berpuisi adalah salah satu cara untuk kakcik 'release tension'... hehehe.. :)

    BalasPadam
  44. saya setiap hari kena pikir..apa nak masak ari ni... sebab macam dah ada idea nak masak apa dah..

    BalasPadam
  45. Chik Na...

    kakcik ni kdg2 kalau dah susah sangat nak fikir, tanya je kat anak 'mak goreng telur je, ok tak?' hehehe... macamana nak jadi ibu mithali ... :)

    BalasPadam
  46. kedai makan-restoran? tu mesti kes malas buat homework sendiri tu

    BalasPadam
  47. KOG...

    kes tanya pakcik gugel la tu... ;-)

    BalasPadam
  48. hebat kakcik seroja buat pantun.. tahniah2.. tepuk2x.. :)

    BalasPadam
  49. AKT...

    gara-gara dah tak tahu nak tulis apa sebenarnya.. :)

    BalasPadam
  50. Pn Dr...

    toing...toing...toing... (ingat dedulu pernah main 'batang' yang ada pemegang, kemudia kita berdiri kat pedal dia dan melompat2... apa nama mainan tu, ek?)

    p/s ... kalau atas dada rasa panas sesekali dan rasa tak selesa, kenapa ya? :(

    BalasPadam
  51. KA...

    hebat ke?? takdelah... merapu je kakcik ni.. :)

    BalasPadam
  52. dgn rasa malunya saya lupa mana satu bunga SEROJA..

    BalasPadam
  53. *** tis tis ....sila SCAN SPAM dalm blog anda dgn mana-mana internet security..

    BalasPadam
  54. zeq...

    lama tak singgah ke sini. Bunga seroja tiada bau yang mungkiin boleh menarik kupu2 untuk hinggap! :)

    BalasPadam
  55. Zeq lagi...

    ada masalah untuk masuk ke blog ini, ke??? :(

    BalasPadam
  56. pheww..cool la akak..kalau kaseh tak dapek la nak buat pantun cengini..faill.. hehehe

    BalasPadam
  57. ssukalah pantun,tak nama orang melaka.tappi tak getilah nak beli.huhu..sedap n pandai akak berpantun..huhu

    BalasPadam
  58. wan nurul...

    kakcik ni orang Perak, tapi memang sangat berminat dengan pantun dan puisi - cuma kadangkala ilham tak datang untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan. :)

    BalasPadam
  59. amboi3.. ganeh juge encik ilham ye... ai lapp!

    BalasPadam
  60. salam Kak chik,

    saya promo entry akak kat blog saya

    well, saya yang perlukan promo sebenarnya...;p

    jangan maraaa

    http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada-merapu-lagi.html

    BalasPadam
  61. W/salam Irwan...

    terima kasih ye.. nanti kakcik datang tengok. :)

    BalasPadam
  62. ai lap ngan ikan yu le kakcik oi.. hehehe :P

    BalasPadam
  63. AzeedA...

    kalau mike lap dengan ikan yu, I lap yu ajelah.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com