Malam tadi menghadiri 'bekwah'
di bawah khemah bukan di hotel mewah
tetamu yang datang melimpah ruah
nampaknya memang kenduri yang meriah
kerana sesak, lewatlah sampai
tapi sempat melihat mempelai
ditepung tawar saudara dan sahabat handai
pasangan yang dilihat sangatlah sesuai
tetamu yang datang segak dan bergaya
ramai yang berbatik mahal harganya
tapi tak sempat menegur sapa
lantaran yang hadir kelihatan sibuk belaka
sebagai manusia yang cepat terasa
hati kecilku berkata-kata
sungguhpun majlis meriah terasa
namun tetamu tiada yang menjaga
makanan yang dihidang memanglah sedap
apatah lagi untuk makan beradap
tapi yang membuat hati berdetup detap
takkan sekadar hendak ditatap
kerusi meja tidak cukup adanya
membuatkan tetamu terpinga-pinga
terpaksalah menjamah seadanya saja
kasihan kepada yang lain berdiri di tepi meja
nota hati : inilah manusia - dijemput salah tak dijemput pun salah. Kalau datang, bukan tahu nak mengikhlaskan hati, ada sahaja yang tidak kena.... :(
hehe..salu gak mcm tak dilayan oleh pengantin..huhu
BalasPadamsaya bgtau kwn saya yg jadi pengantin tu..saya sanggup dtg dr kuantan ke KL semata2 nk tgk dia bersanding...tapi xdilayan..
suami saya pom bersuara..saya tau dia sibuk..tapi bole aje layan kwn dia yg dok KL tu..saya terus blik dan dia call kenapa blik cepat..saya ckp..saya terasa hati..huhu..
brutal tak saya kakcik?..tapi ok je hubungan dgn kwn saya tu..da nk bersalin pun da ank sulongnya..hehe
lebih baik berterus terangkan..mungkin org kdg2 xsedar mereka telah melakukan sedikit kekhilafan..
terpnjg pulok kakcik saya ni..hehe
saya nak jadi pengantin yang mesra tetamu. siyes ni. byk kenduri yg saya pegi pengantinnya lebih kepada vip yg tak mesra tetamu. kalau keluarga pengantin ringan mulut tak terasa la sgt, tp kalau keluarganya pun berat mulut, kite tetamu pula yg rasa serba salah...
BalasPadamOwh..sebagai peringatan untuk diri sendiri di masa depan.
BalasPadamSelalu juga tak dilayan oleh kawan-kawan di majlis perkahwinan mereka. Tapi cuma fikir, ini majlis mereka..jadi Raja Sehari so, it's all about them..not us.
Pernah juga masa abang dan kakak saya kawin dlu, tetamu sampai menunggu giliran hendak makan. Bukan tidak menjaga kebajikan tetamu cuma kebetulan ramai yg datang serentak. Mak dan arwah abah dlu pun ada menyatakan rasa kesal tetapi harap tetamu tidak kecil hati.
Apa-apa pun tujuan asal majlis untuk menghebahkan berita gembira dan meraikan tetamu dengan jamuan. Harap Kakcik janganlah terasa hati sgt ye..
Salam Kakcik
BalasPadamBiasalah... kdgkala mama fikir senang buat di dewan, kita tau jumlah tetamu kita... kalau buat di rmh, biasalah terjd ... tak cukup kerusi, makanan... ramai tetamu dtg serentak tuan rmh tak terlayan pula .....
saya pernah mengadakan kenduri kahwin anak sulung saya .. saya tahu benar perasaan tuan rumah. dalam kepala seribu satu perkara yang difikir dan dirisaukan.
BalasPadamsepatutnya ada j/k di lantik untuk bantu mengurus. kalau harap tuan rumah semuanya memang susahlah sikit.
ya kakcik itulah manusia.. tiada yg sempurna cuma boleh buat yg terbaik mungkin.. cewah BM skema hr ni :P
BalasPadamkasihan lihat orang yang datang
BalasPadamkasihan lagi sipengangkut dulang
balik rumah terus telentang
kerana nasib terlalu malang
sipengantin senyum tak terkira
menunggu malam yang akan tiba
emak bapak nampaknya hiba
anak perempuan bakal menjadi hamba
Pesan pesanlah kepada mereka
jagalah diri dan hukum agama
salah dan silap berlaku sentiasa
jadikan perkahwinan kekal dan lama
bukn mudah nak buat kenduri kawin ni. tersilaap perkiraan, macam2 boleh terjadi. Macam ada yang terjadi pada seorang kawan. Tetamu masih ramai.. yang datang pun masih datang tapi makanan dah nak habis. Nak buat macamana?
BalasPadamSebab tu hati tuan rumah sentiasa berdebar2.. takut yang tak dikehendaki berlaku. Kalau berlaku, kesihan...
malam hari makan megi
BalasPadamsy dtg singgah sini :D
pernah terkena tu
BalasPadambalik kampung pasal kenduri kahwin
jiran yang rapat MIL
hubby bz menolong dari malam ke pagi
bila time kenduri meja tetamu hanya sebaris panjang yg lagi berkhemah2
khas utk VIP je
akhirnya kami terpaksa makan dalam surau
dan hubby yg penat menolong hanya dibekalkan
bunga telur satu...huhu haru
mmg tobat tak mau dtg lg kalau
dia buat majlis lagi
tulah kak memang sedihkan kalau tak dilayan,tapi tengok tuan umah nak layan ramai sangat tetamu so takleh nak kata aper.kalau pengantin plak mmg bz ngan sesi photographynyerlah sampai memang susah nak manage tetamu walaupun kengkawan baek..
BalasPadamtapi positif thingkinglah bab tuh..tapi kalau bab2 kena berdiri makan,huh memang panas gak.yang datang makanpun kena cpt2 beredarlah kalau dah bis mkn.tgk2 org lain plak nak mkn.my budget tuan punya kenduri stakat tuh jer meja nya tapi kena saling tahulah ek..
fening gak nak salahkan saper=)huhu pokoknya masing2 kena take care sendirik
ermm....namo komen..:) rindu kat akak jer...
BalasPadam