Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 Januari 2011

Kaki...


Anggota yang penting tapi sering tak dipeduli
tidak seperti wajah ianya tidak dihiasi
cuma mengaduh sesekali
bila terasa sakit di urat sendi

bayangkan mereka yang tak punya kaki
alangkah susahnya berjalan dan meniti
tapi nikmat tuhan sering kita lupai
apalagi tiada yang memerhati

wajah disolek sepuas hati
pipi dibedak bibir diwarnai
tapi cuba lihat ke kaki
tidak digosok hingga berdaki

tiada yang tidak penting ditubuh kita
saling melengkap antara anggota
jangan memilih dan mengada-ngada
hanya menghias mana yang nyata


64 ulasan:

  1. ungkapan penuh bermakna,,hargaila kaki kita.. :)

    BalasPadam
  2. Iwan...

    makcik masuk ke blog Iwan.. tapi asyik tersekat2. Kenapa ye?

    BalasPadam
  3. Kaseh...

    Allah tidak menjadikan anggota kita dengan sia2. Jadi, kita kena menghargainya. :)

    BalasPadam
  4. double triple meaning entry ni kakcik. saya suka. :D

    BalasPadam
  5. salam kakcik

    jagalah kaki kita sebaik2 nya kan...
    (^_^) ~

    BalasPadam
  6. kaki oh kaki... memanglah sangat berguna.

    BalasPadam
  7. Saya pernah baca, ada suku kaum di negara mana ntah (India ker Africa ker...) mereka tidor tiada berbantal kerana kaki mereka yang diberikan bantal.

    Sangat menghargai kaki kerana kakilah yang kuat bekerja mencari makan...

    Sental kaki selalu, pastu kena rajin asah tumit, gerenti cantik. (macam ler Azie rajin benor... tipu jerrrr...)

    BalasPadam
  8. sering juga anggota kaki di kaitkan dengan sifat2 yang tak elok ..

    misalnya kaki betina, kaki botol, kaki judi, kaki pukul, kaki bangku dll .. kenapa ek ?

    BalasPadam
  9. gB...

    seperti biasa - kakcik akan melihat, siapakah yang tahu menilai apa yang tersirat... :)

    BalasPadam
  10. W/salam manje...

    kita kena menghargai setiap inci tubuh kita... :)

    BalasPadam
  11. AzMask...

    tanpa kaki, kita akan pincang berdiri! :)

    BalasPadam
  12. Azie...

    kakcik tahu Azie rajin jaga kaki. Bukankah Azie suka ambil gambar kaki? :)

    BalasPadam
  13. Knada AL...

    itulah tandanya kita memandang 'rendah' terhadap kaki. Segala maknika dikaitkan dengan kaki! :(

    BalasPadam
  14. salam kakcik,
    kalo sental kaki 5 kali sehari, tak sempat nak kuar daki, udah kena sental lagi..:)

    BalasPadam
  15. Aanas...

    jangan sampai keluar urat dan darah pulak! :)

    BalasPadam
  16. kita selalu sapu losyen kat
    kaki tau..bedak je yg selalu
    lupa nak letak...hihi

    BalasPadam
  17. kaki juga perlu dihias dan dicuci seperti muka... tapi bila keluar rumah kaki perlu ditutup tidak muka... itu yang org buat tak reti dengan kaki tu....

    BalasPadam
  18. Salam my dear Sis:)

    er..er..kaki akak tu yaa..hehehe

    Betullah kan...
    terkdg ramai yang terlupa betapa byk jasanya pada kita..

    BalasPadam
  19. saya risaukan kaki mak saya.

    kencing manis~

    BalasPadam
  20. kaki lah tempat paling penting kerana dlm kaedah urut kaki atau tapak kaki merupakan punca segala urat terhimpun dikaki...

    rajin2 lah urut kaki anda

    BalasPadam
  21. Ati...

    apahal lak nak letak bedak kat kaki? Klakola pulak... nasib baik tak kata nak letak lipstik sekali..hehehe.. :)

    BalasPadam
  22. Acu...

    kalau nak pergi tu, ajak le kakcik sekali. :)

    BalasPadam
  23. kawan saya dengan eksennye berkata....see the leg laa...

    BalasPadam
  24. Dik Tinie...

    ya kaki kakcik. Perasan tak? Kaki kiri tu bengkak. Kakcik pun tak tahu apa masalahnya... :(

    BalasPadam
  25. bujal X...

    lukakah? kalau tak luka - jagalah jangan sampai luka...

    BalasPadam
  26. AUC...

    sesekali kakcik buat juga rawatan refleksologi tu...

    BalasPadam
  27. AKT...

    kalau kaki sakit, baru perasan betapa pentingnya kaki, kan? :)

    BalasPadam
  28. Myri...

    oh! dia sangat berbangga dengan kakinya, ya? :)

    BalasPadam
  29. setuju kakcik,

    setiap inci anggota badan kita ada tugas dan fungsi sendiri, setiapnya ada kepentingan sendiri...


    setiapnya juga akan menjadi saksi suatu hari nanti

    BalasPadam
  30. ibuintan...

    semua anggota yang bisu kini akan bersuara bila tiba saatnya nanti. Bagaimana agaknya keadaan kita di saat itu? Wallahhuaklam.

    BalasPadam
  31. Kakcik

    Merujuk kepada

    "jangan memilih dan mengada-ngada
    hanya menghias mana yang nyata"

    Lepas ni, tiap tiap hari sebelum pergi kerja, aku nak pakai bedak kat kaki jugak. he he he

    BalasPadam
  32. Dah patah kaki ni, baru saya tau nikmat punya kaki huhu....

    BalasPadam
  33. baca n3 kakcik nie tiba sedih tringatkan mama kt kg..sejak kluar ICU 1 bln lepas mama terus xleh brjln..cuma mampu mengesot jerrr....

    BalasPadam
  34. Perumpamaan berkaitan dengan 'kaki' pun banyak juga ya Kakcik?
    Macam Pak Nidus ni 'kaki kedai kopi'...hee3.

    BalasPadam
  35. Aida...

    kakcik sebenarnya tertanya2 bila Aida tak ke sekolah. Mungkin kakcik dah tertinggal. Aida kemalangan ya? Kakcik doakan semoga Aida pulih segera pulih sepenuhnya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  36. nza...

    semoga dengan sokongan keluarga tercinta dan semangatnya yang kuat, mama nza boleh berjalan semua biarpun dengan bantuan tongkat. InsyaAllah.

    BalasPadam
  37. Nidus2...

    tak mengapa jadi kaki kedai kopi andainya semua urusan keluarga telah diberi keutamaan. Setiap orang perlukan masa senggangnya sendiri, kan? :)

    BalasPadam
  38. Teringat kisah kanak-kanak pasal rusa yang punya tanduk yang cantik. Kakcik ingat kisah tu?

    BalasPadam
  39. assalam kakcik..
    sy slalu berkata-kata n bermnja- mnja ngan kaki.. ;)

    BalasPadam
  40. Jatuh 2 mata tangga kat rumah pada 10/12. Dr kata tak patah, so dah kerja dan cuti2 Msia termasuk Phg, Melaka, JB dan Langkawi. Bila tak baik gak balik dari Langkawi, pi klinik lagi. Esoknya xray, rupanya patah. 28/12 pi Hospital Putrajaya kena simen. Dapat mc sampai 25/1 ni. Harap2 boleh berjalan semula macam biasa bila check dr nanti..

    BalasPadam
  41. sejak akhir3 ni terasa lengih je kaki sebelah kiri..tak tahu napa..umoq baru 30, macam2 penyakit..hehe..

    BalasPadam
  42. Sephia...

    ya, kakcik ingat cerita itu. Rusa yang sangat sombong dan bangga dengan tanduknya dan benci dengan kakinya yang kecil dan kurus. Akhirnya, tanduk itu juga yang menyusahkannya sedangkan kakinya berusaha membawa dia berlari dari musuh. Betul kan? :)

    BalasPadam
  43. W/salam Maiyah...

    Maiyah punya kekuatan untuk terus 'berjalan'. Semoga semangat dan jiwa Maiyah juga akan terus kental. :)

    BalasPadam
  44. Aida...

    Ya Allah, masa jalan2 tu, tak rasa sakit ke?? Mujurlah tak melarat patahnya - mungkin mulanya hanya retak kot. Jangan bawa 'lasak2' sangat. Mudah2an bila bukak simen nanti, semuanya dah betul2 baik.

    Aida duduk dalam kawasan SKKW ke?

    BalasPadam
  45. Imanshah...

    lengih tu apa? Hehehe... kakacik faham, lenguh kan? Dah buat pemeriksaan dengan Dr.? Kakcik dulu asalnya lenguh2 kaki, rupa2nya berkaitan dengan tulang belakang. Alhamdulillah, selepas pembedahan, 90% kesakitan kakcik hilang. :)

    BalasPadam
  46. kaki chik na dah selalu sakit lately..tandanya badan da tambah berat

    BalasPadam
  47. kak cik kalu bab berseloka
    memang #1..kelazzzz...

    kakcik bole buat koleksi seloka tau rasanya..byk gak tu..

    komen psl kaki..penting tau kaki ni..acu sakit tumit sket..pom mengaduh xle jln...

    jagalah kaki kita..jgn sampai berdaki bak kata kakcik tu..hehe

    BalasPadam
  48. kakcik...tak nampak kaki dah sebab perut dah besar hok3... :P

    BalasPadam
  49. kita kena menghargai setiap inci tubuh kita.....auwwww!! heheehe

    **sambil sapu lotion kat kaki** :D

    BalasPadam
  50. moral of the n3 kakcik pd hari ini... sila2lah menggonyoh kaki anda yea? ehhehehe

    BalasPadam
  51. Chik Na...

    kakcik pun rasanya kaki dah tak larat tampung badan... kaki kakcik agak kecil saiznya berbanding badan!

    BalasPadam
  52. SN...

    bila kakcik dah mula mengarang dalam bentuk seloka atau seumpamanya - itu bermakna kakcik ketandusan ilham! :)

    Kaki memang sangat penting sama juga dengan tangan yang membawa makanan masuk ke mulut. Pendek kata, semua anggota kita adalah sangat penting.

    BalasPadam
  53. Combi...

    huhuhu... bab tu yang buat rasa sedih (tapi tak insaf2 juga bila nampak makanan! hehehe).. (^_*)

    BalasPadam
  54. Fa...

    kesian kat kaki, kan? Dah bawa badan yang berat ni - dibiarkjan macam tu je... (kata kat diri sendiri sambil jeling2 kaki yang kering) (*_*)

    BalasPadam
  55. akuzle...

    iya - 'sayangilah kaki anda'..hehehe.. :)

    BalasPadam
  56. Salam lagi kakcik.

    Masa jalan2 tu, tak rasa sakit sangat - sakit sikit je. Tapi jalan hencut2 le, tak boleh berjalan macam biasa.

    Saya tak duduk dalam kawasan SKKW tapi di KW....

    BalasPadam
  57. asalamualaikom kakciiikkkk :)

    haghi sebtu baghu ni kaki teman terpijak ayor.. lutut yg meghane.. huhuhuuu...
    pssttt kakcik + kak azie x ndak buat pertandingan foto kaki pulak ke?

    BalasPadam
  58. syioknyaa kalau dapat massage kaki...

    penat dia menanggung segala beban...

    BalasPadam
  59. W/salam Aida...

    bawa berehat, ya...

    Itu hari kakcik 'terbabas' sampai ke SKKW, kakcik teringat kat Aida. Nak terjah je takut Aida takde kat situ (hari cuti). Kalau pasti Aida duduk dalam kwsn SKKW, bolehlah kakcik terjah bila2 nanti. :)

    BalasPadam
  60. AzeedA...

    ayo apa mike pijak sampei sakit lutut tu.. ish ish ish...

    Pertandingan kaki - huhuhu.. idokle teman sanggup! ;-)

    BalasPadam
  61. Ain...

    memang syok kalau sesekali dapat berurut (kaki/badan) - boleh lena. tapi kalau tukang urut tu 'kasar' tak sempat nak lelap sebab terjerit sakit! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com