Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 15 Januari 2011

Diskriminasi ada di mana-mana...

kalau kamu hanya pekerja bawahan
jangan berangan yang bukan-bukan
sedarlah dirimu tiada sumbangan
kalau bersuara hanya untuk diketawakan

pandai-pandailah kamu membawa diri
jangan terasa kalau didiskriminasi
mungkin itu sudah jadi polisi
hanya yang di atas layak dirai

lebih baik kamu menyendiri
diam-diam di sudut yang sepi
hadirmu pun tiada siapa yang peduli
senyummu sekadar merawat hati

tapi jangan kamu terlupa
tingkahmu tetap dipantau juga
kalau tersilap banyak yang mengata
bila baik tiada pula yang menyapa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


45 ulasan:

  1. Saya bekerja ngan orang, cam tu gak pandangan saya cam yang kak chik tulis tu. Tempat saya , dikriminasi pada warna kulit. ketara sangat.

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik;

    Awal tahun 2000 dahulu saya resigned dari Berjaya Group pun kerana diskriminasi...

    hahaha... jadi jangan gundah gulana, tak puashati resign saja, rezeki dari Allah ada di mana2 selgi kita berusaha... Insyallah...

    BalasPadam
  3. tidak bersemangat hendak kerja
    terpaksa kerana tanggungjawab yg ada
    hendak menjerit pun takut juga
    begitulah lumrah kehidupan dunia

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Saya memilih bekerja sendiri,
    tiada diskriminasi atau yang menyakit hati, setiap hari rasa puas hati.

    BalasPadam
  5. itu sebabnya kami beduwa ni berenti kerojer kak cik oiiii.....sendiri jadi pekerja sendiri jadi boss jugaaa!!

    BalasPadam
  6. IM selalu fikir macam ni - jadikan kerja sesuatu yang menghappykan.

    BalasPadam
  7. kdg2 didiskriminasi sb jenis yg xpandai buat keje..tau mgkritik je..pemalas..dah diboikot org..

    setakat ni..saya xpernah didiskriminasi..alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. Diskriminasi bukan hanya pada warna kulit saja. Tapi termasuk juga kepada rupa wajah dan rupa bentuk badan juga. hahahaha

    sedih kan?

    BalasPadam
  9. Cik Ina...

    macam-macam hal boleh dikaitakan dengan diskriminasi. Mungkin kerana perbezaan-perbezaan yang tak sepatutnya dititikberatkan, tetapi sengaja diperbesar-besarkan untuk mengujudkan sempadan! :(

    BalasPadam
  10. W/salam Isa...

    ya.. rezeki Allah ada di mana-mana. Dia berhak memberio dan Dia juga berhak sepenuhnya untuk menarik balik. Jadi, kepada yang tak pernah terjaga dari mimpi, semoga jangan terkejut hanya bila didatangi igauan ngeri! :)

    BalasPadam
  11. Kakzakie...

    selayaknya kita hanya takut kepada Maha Pencipta. Tapi, kita dan mereka adalah manusia yang selalu lupa...

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    bekerja sendiri memberi kita pilihan mengikut suka kita selagi tidak melanggar batas sempadan, kan? :)

    BalasPadam
  13. Pn Sri Fa...

    kakcik ni tengah mencari-cari apa agaknya kemahiran yang kakcik ada untuk dimanipulasikan! hehehe...

    BalasPadam
  14. IM...

    itu yang sebaiknya. Pedulikan apa juga 'bunyi' di sekeliling kita. Anggap semuanya bagaikan zikir yang berpanjangan... :)

    BalasPadam
  15. SN...

    selagi kita gembira dengan kerja kita (macam IM kata), teruskan sahaja tanpa memperdulikan persekitaran yang mungkin penuh dengan debu-debu yang mungkin membawa penyakit! Kakcik juga sering memekakkan telinga dari mendengar perkara2 yang tak perlu didengar dan diambil peduli... :)

    BalasPadam
  16. Azie...

    komen Azie ni mengingatkan kakcik kepada sesuatu dan membuatkan kakcik tergelak sendirian!

    Agak2nya, CL diberi layanan istimewa adakah kerana rupanyakah? tubuhnyakah? atau apa ek??? hehehe.....

    BalasPadam
  17. kalau kita berada di puncak tu harus menyedari bahawa org bawahan adalah aset kita, mereka sangat penting utk menggerakkan sesebuah organisasi..klu tiada dia siapalah kita..huhu..
    berangan2lah jadi org2 atasan..cewah..

    BalasPadam
  18. itulh nasib pekerja bawahan.....yg jujur n tulus terus trtindas...

    BalasPadam
  19. Part yg terakhir tu, kt mana2 pun ade. Tersilap skit..sekejap je jd buah mulut. Kalau baik, dengki pula.

    BalasPadam
  20. sal...

    mungkin pucuk selalu terlupa betapa pentingnya akar..

    BalasPadam
  21. nza...

    kenalah yang di bawah berusaha untuk naik ke atas! :)

    BalasPadam
  22. memang rasa sgt didiskriminasi..
    saat di timpa musibah..mohon loan emergency(disertakan dgn report polis)..konon sbb tkde kelayakan mentah2 ditolak(nk ikut sgt prosedur konon)..wlupun baki gaji masih mmapu ditolak..cuba anak bos, sedara bos bini bos..geranti lulus...

    p/s tmbh sedih bos2 langsung tk bertanya musibah yg menimpa...tp bila buat bayaran elaun depa lewat pandai lak tanya kt kita..

    BalasPadam
  23. P/s
    masa meeting dgn baord baru2 ni..beriya2 sorg bos tu cerita pasal rompakan dn kecurian dimana2 siap ingatkan staff supaya hati2..tggu gak dia tnya..

    'hamidah..awk mcm mana?apa yg hilang?anak2 awk ok ke....kesian awk...'

    hmmmm..langsung tk de..depa tu tkde hati perut dn perasaan ke...kurang2nya tk bg loanpun bglah kata2 semangat atau simpati...ida tak boleh luahkan perasaan kt blog dgn buat entry..kerana kt opis ada org pantau blog ida..silent readers...mungkin gak kaki bodek bos..so luah kat sini...

    BalasPadam
  24. Amy memilih kerja sendiri jadi tak de sakit hati dan amy pun rasa puas hati dengan hasil kerja sendiri...

    BalasPadam
  25. Diskriminasi/bias di mana mana, pada:

    -bangsa
    -agama
    -warna kulit
    -status hidup
    -jantina

    Saya dah lama amalkan jangan mengharap terima kasih sesama manusia, mengharap fair treatment, sebab manusia itu lemah. Sedang dgn Tuhannya pun mereka boleh tak berterima kasih, boleh tak bertindak adil, inikan sesama manusia.

    BalasPadam
  26. ohh selalu je rasa didiskriminasikan kak...

    BalasPadam
  27. Kakcik,
    Susah tau jadi bos,baik dikata lemah.Garang dikata bodoh sombong.

    Apa apapun bos kena fair and square.

    BalasPadam
  28. diskriminasi boleh dilihat di mana2 termasuklah kat tempat saya kerja. apa2 pun saya fikir sebaiknya kite bekerja je seikhlas mungkin supaya dipandang Tuhan..

    BalasPadam
  29. Hehehe...
    Kesian bos, bila bagi muka kat pekerja, nanti depa pijak kepala...

    Bila kita garang, di katanya macam2...

    Sebagai pekerja bawah, kalau kita dapat bos yang baik, janganlah ambik kesempatan, jangan letakkan bos kita dalam situasi yang mendesak. Sentiasa hormat bos kita walaupun hubungan kita bos sangat rapat.

    BalasPadam
  30. Kak Cik .... samalah .. aku didiskriminasi .....
    Sampai sekarang aku minta peti ais ngan miskrowave dalm billik aku ... tak dapat ....

    Depa bagi mikroskop jaa.... hhuhu

    BalasPadam
  31. Saya kuli juga, tapi selalu juga bersuara, jika tutur tidak kena, jika langkah sumbang di mata

    BalasPadam
  32. Ida...

    sabarlah. Biarlah manusia tidak memandang kita asalkan Allah sentiasa bersama walaupun kadangkala kita bagai melupakan kehadiranNya.

    Memang selalu begitu, kalau bos ada keistimewaan, bermakna isterinya mesti mendapat keistimewaan yang sama (kadangkala layanan untuk isteri bos lebih dari yang bos dapat...). Bukanlah semuanya begitu, tapi TAK DINAFIKAN, MEMANG ADA!

    Biarlah mereka buat2 buta, buat2 pekak dsbgnya - suatu hari (bukan mendoakan) bila mereka terkena, mereka akan rasa peritnya...

    BalasPadam
  33. Amy...

    bekerja sendiri bermakna Amy juga punya pekerja, kan? Semoga Amy akan mendai bos yang sentiasa disayang dan dikenang. :)

    BalasPadam
  34. Daddy Ziyyad...

    memang manusia itu lemah sifatnya dan mereka juga pelupa - lupa kepada Maha Pencipta maka mereka berlagak seolah2 dunia ini mereka yang punya dan tidak akan ditinggalkan selamanya...

    BalasPadam
  35. niesz...

    kakcik tak marah kat siapa2 pun... cuma sekadar menulis apa yang terlintas di hati :)

    BalasPadam
  36. Kaseh...

    lapangkan dada, ceriakan jiwa.. :)

    BalasPadam
  37. Cikgu Mamason...

    tidak mudah sebenarnya menjadi seorang bos yang dapat memuaskan hati semua orang, kan?

    BalasPadam
  38. betulllll sesangat..

    tapi leksanakanlah hak orang bawahan dengan adil.. barulah aman.

    BalasPadam
  39. gB...

    betul - yang penting, redha Illahi. Pasti hidup aman dan berkat. :)

    BalasPadam
  40. Vic...

    kakcik ingat kata2 seorang kawan yang bukan bos atasan dan bukan juga pekerja bawahan 'aku rasa aku ni macam kuih bingka yang dimasak dengan api di atas dan di bawah. Yang di atas menekan, yang di bawah menolak!'....

    BalasPadam
  41. Chik Att...

    eh.. kat tempat kerja Chik Att, boleh dapat peti ais dengan microwave utk diletakkan di dalam bilik, ya?

    BalasPadam
  42. Imanshah...

    sebenarnya, kita semua punya hak untuk bersuara. Cuma... sama ada suara kita itu didengar atau tidak.. lain pula persoalannya!

    BalasPadam
  43. AzMask...

    selalu dilihat keperluan orang atasan lebih penting dari orang bawahan... :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com