Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Disember 2010

Sakit Kepalaku...

Petang semalam, Kuala Lumpur disirami hujan yang agak lebat.  Seperti biasa pada jam 5.00 petang, aku akan turun ke lobi pejabat untuk menanti kedatangan suami menjemputku pulang.  Selalunya dia akan sampai antara jam 5.15 - 5.30 petang.  Petang semalam, pada jam 5.30 dia menelefon memberitahu masih belum boleh melepasi kawasan pejabatnya.  (Pejabat suamiku terletak di kawasan berhampiran KLCC dan Pavilion yang memang agak sesak).

Dia memintaku membuat pilihan sama ada mahu menunggunya, menumpang 'sesiapa' atau menaiki LRT sahaja.  Akhirnya, aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan LRT.  Dari pejabat, aku perlu berjalan kaki lebihkurang 15 minit ke stesyen LRT.  Mujurlah hujan telah pun berhenti.  Kebetulan semasa turun dari pejabat aku hanya menyarung sepasang selipar buruk yang entah berapa lama telah memberikan khidmatnya kepadaku.

Aku sering ditegur kononnya memakai selipar cacat sedangkan ianya memang pasangan yang sepadan!

Sepanjang perjalan ke stesyen LRT, beberapa kali aku hampir tergelincir kerana jalan yang basah dan licin.  Begitu juga dengan selipar yang tapaknya tidak lagi 'berbunga'. Terlintas juga untuk merakam gambar sungai yang keruh dan orang yang ramai - tetapi aku malas hendak mengeluarkan kamera dari beg sandangku yang kurasakan beratnya berkilo-kilo!  Sampai di stesyen LRT Cempaka, aku kena menunggu lebihkurang 10 minit sebelum Along datang menjemput.  Akhirnya lebihkurang jam 7.00 petang - aku dan suami tiba di rumah hampir serentak.

Dari petang semalam hingga ke pagi ini, kepalaku masih sakit dan sesekali berdenyut-denyut.  Semalam dah telan 2 biji PCM.  Pagi ini belum ambil apa-apa ubat mahupun menyapu minyak angin.  Bagaimanapun, aku telah dengan jayanya menghabiskan sebiji burger yang 'kujumpa' di atas meja makan di ruang dapur pagi tadi!

Membazir tu amalan syaitan, kan?  Bayangkan mereka yang menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan.

Hari ini hari Khamis, ya?  Kakitangan  awam digalakkan (atau diwajibkan?)  memakai pakaian batik untuk ke pejabat.  Tapi aku tidak memakai batik hari ini. 

inilah pakaianku hari ini.  Pakaian yang didapati secara percuma beberapa tahun lalu kerana menyertai kontinjen pejabat ke Perhimpunan Ma'al Hijrah.




40 ulasan:

  1. hari ini saya pakai baju batik~

    *makcik sudah ok?

    BalasPadam
  2. salam kakcik

    murah hati betul jabatan kakcik bg kain percuma mcmtu... ~

    BalasPadam
  3. salam my dear sis..KakCikS:)

    Semoga akak sihat dah hari ni..tak pening2 lagi yaaa..:):)

    p/s:..aa'ah sis..agaknya bila org tgk selipar tu..mesti dia ingat akak silap pakai tuh..hehe;)

    BalasPadam
  4. Bujal...

    belakang leher makcik ni masih terasa 'tegang' walaupun sakit di kepala dah kurang. :)

    BalasPadam
  5. Manje...

    semua jabatan pun akan 'sponsor' pakaian bagi para peserta yang menghadiri perhimpunan itu. :)

    BalasPadam
  6. Tinie sayang... semoga Tinie pun sihat dan ceria sentiasa...

    Selipar tu dah agak lama. Corak bunganya semua dah hilang. Yang merah, bunganya hitam. Yang hitam, bunganya merah... :)

    BalasPadam
  7. Salam kakcik,

    Walaupun warna tak sama, tapi serupa selipar tu...

    p/s: hari ini suami saya berbaju batik ke tempat kerja..:D

    BalasPadam
  8. as salam kakcik,

    kalaulah kakcik jatuh tergelincir semalam,hari ni bukan saja sakit kepala malah sakit semua..

    BalasPadam
  9. Yus...

    selipar itu memang 'didatangkan' dalam pasangan yang begitu. :)

    BalasPadam
  10. W'salam ibuintan...

    kalau kakcik tergelincir semalam, harus hari ini kakcik MC dan esok belum pasti kakcik dapat 'terbang' ke Kuching! :)

    BalasPadam
  11. Kakcik, kalu pening sampai tegang leher/tengkuk tu macam kena tekanan darah tinggi je tu...

    Kalu sebelah rumah blh jgk dihulurkan daun hempedu bumi (kalu tak silap lah ye) yg Mak tanam tu - rendam beberapa helai di dlm air panas, minum - InsyaAllah, reda pening & bacaan tekanan darah berkurangan.

    Apa yg pernah saya baca kan Kakcik, tumbuhan herba yg bermacam jenis di Malaysia ni kalu cukup kuantitinya boleh jadi penawar, kalu terlebih menjadi racun - berubatlah secara alami, InsyaAllah.

    BalasPadam
  12. Liza...

    terima kasih atas panduan yang diberikan. (Maaf sebab tidak memenuhi janji untuk bertemu tempohari - keadaan tidak mengizinkan).

    Sebenarnya, kakcik tidak menghidap tekanan darah tinggi (baru melakukan pemeriksaan di klinik) tapi, sakit belakang tengkuk ini mungkin disebabkan 'asyik sangat' mengadap pc! :)

    BalasPadam
  13. saya kalau sakit kepala, saya akan minum 1/2 glass 100plus campur 1/2 gelas air suam. sebab mmg nak elak amik ubat. kebanyakan waktunya berkesan. akak cubalah. :)

    BalasPadam
  14. gB...

    terima kasih atas petua tu. Nanti kakcik cuba. :)

    BalasPadam
  15. Kakcik,
    Semoga cepat sembuh.Jaga kesihatan ya.
    Nostalgia masa bekerja ...baju batik,kasut pump,henbeg,tudung.
    Sekarang...baju kelawar memanjang.

    BalasPadam
  16. salam kak cik ala kira sama gak la gak kak cik oiii

    BalasPadam
  17. Cikgu Mamason...

    pernah satu ketika, saya sakan bergaya sedondon dari atas ke bawah bila ke pejabat. Kasut ada berpasang-pasang untuk disesuaikan dengan baju dan tudung (cuma saya tak suka bertukar2 beg tangan). Tapi sekarang, kasut hitam tu selagi tak lusuh, selagi itulah saya pakai! :)

    BalasPadam
  18. samalah pulak kak..

    saya pun tengah berat jer kepala ni. sejak berhenti minu susu SD2, sakit datang balik.

    Bertenet tahan pulakkan ? hehe



    baju apa tu kak ?

    BalasPadam
  19. saya opis swasta..so nak pakai jeans hari2 pun x de sape kesah!..hiks!

    BalasPadam
  20. Reen...

    hehehe.. bab bertenet tu mata dah buka tak buka pun, masih boleh ngadap lagi! :)

    BalasPadam
  21. MDT...

    wah! kakcik sangat suka kalau boleh 'berseluar' ke pejabat. :)

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum wbt
    Aje smmgnya bila hujan je diKL, kenalah berhati2 sbb jenih hujan berasid. Mana idaknye, puluh ribu kenderaan mengeluarkan asap yg mampu mengeluarkan hujan asid sulfida, hujan asid nitrik, hujan asid karbonik dsb. Bila dah berasid meresap ke kepala, tu gamak2nya berdenyut kepala an kena balaih dgn ayor kapor, hempedu atau mandi ayor tanah liat. W/pun teman ni idok le ade setipeikeik doktor, tp ayor tanah liat bertindak sebagai penampan (leghah teman dipanggil `buffer`.

    BalasPadam
  23. salam kenal. Kerja gomen kena pakai baju batik, setiap hari khamis ye.

    BalasPadam
  24. Wa'alaikummussalam Yop...

    ate.. mane pulok nok teman gago tanah liat tu? Eh! tetibe teghingat zaman bebudok dulu - ambik tanoh liat kat bendang, baunya memang le macam bau lumpo - tapi, bebudok mane nok kighe. Bawok gi sekoloh buat keghoje seni kununnya!

    BalasPadam
  25. Kak Ina...

    aturannya begitulah... tapi, hukum Tuhan pun ramai yang langgar, kan? Menutup aurat itu wajib. Namun masih ramai yang enggan menurut perintah. :(

    BalasPadam
  26. slm kakcik.. :)
    gmbr baju 'percuma' tu geng la dgn profile foto teman heheh..
    terlior juge nengok ramly burger kakcik... aishhh...

    BalasPadam
  27. AzeedA...

    dah makan burger tadi, masih kenyang perut teman ni. Alhamdulillah. Gambo profile mike yang berjalo2 tu, ke? Ngape tak letak gambo wajah mike yang sweet tu?

    Weh! blog dah ada catatan baru tak? ;-)

    BalasPadam
  28. Salam kakcik :)

    Moga sihat dan ceria sentiasa...
    Nampak sedap lak burger tu...
    Mana nak carik ni haha

    BalasPadam
  29. Mimi...

    semoga Mimi juga sihat dan ceria sentiasa. Burger tu pun, kakcik jumpa atas meja pagi tadi.. budak2 tak habis makan malam tadi la tu... :)

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Kakcik...

    Saya syorkan kakak berbekam untuk hilangkan sakit kepala yang kerap melanda tu...

    BalasPadam
  31. Wa'alaikummussalam ustaz..

    kakcik belum pernah cuba rawatan bekam. Di Kuching ada tak rawatan itu? Kakcik akan ke sana esok pagi. :)

    BalasPadam
  32. Hari ni saya pakai baju batik...hehehe...Skema gitu...Kikik...tapi saya pakai masa rajin jer...hehehe...

    Kak...bagus gak gi perhimpunan maal hijrah kan...hari selasa lepas saya sertai perhimpunan maal hijrah kat picc...dapat baju free gak...siap dengan tudung dan brooch sekali...ahakkk...

    BalasPadam
  33. Kakcik...lebat bebenor hujan semalam..tapi nasib baik hujan dan ribut tu awal sikit...keluar opis kol 6 semalam...huhuhu

    BalasPadam
  34. Iman...

    kakcik ada di PICC tau hari Selasa tu. Suami kakcik dengan kontinjennya. Kakcik dengan BS duduk menumpang di kerusi untuk kontinjen Jabatan Kastam (kebetulan ada kosong dua kerusi). Kalau tahu, boleh kita berjumpa, kan? :)

    BalasPadam
  35. acu jarang berbaju batik
    baju batik acu cuma ada 3 pasang je
    alasan nya:: acu malas nak menggosok

    BalasPadam
  36. Acu...

    kakcik bab menggosokm pakaian tu memang ada M sikit... tapi terpaksa juga gosok baju suami dan anak2.. :)

    BalasPadam
  37. kak cik.. semlm mmg teruk eh jem. sy nasib nek lrt, tp kereta plak tk bley start.. sbb lupa mau ttp lampu.. huhu. naseb kita la kak cik... dugaan!!!

    BalasPadam
  38. Cyana...

    kita ni manusia yang tak lepas dari lupa dan leka, kan? :)

    BalasPadam
  39. gambor kain jalor2 tu kne le ngan tajuk blog teman tu ah hehe ;)
    azam teman ujung minggu ni - apdet blog!
    slamat teghobang ke kuching ye kakcik.. meowwwww... !

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com