Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 November 2010

Catatan sebelum tidur...

gaji bulan ini dibayar awal
harap-harapnya dapatku kawal
dari pujukan nafsu yang nakal
hendak mengendeng situdung bawal


belum lagi tudung berjenama
yang harganya bukan seringgit dua
menggoncang hati  mereka yang tak punya
hendak mengisi perut pun tidak berdaya


rambut itu sebahagian aurat
hukumnya wajib diambil berat
jangan pula menjadi musibat
rambut bertutup tapi nampak pusat


ke mana pula tujuan catatanku ini
lain dirancang lain yang jadi
terlintas di fikiran terlahir di jari
bagaikan simabuk tertelan cili


sebelum sewelku menjadi-jadi
baiklah aku mengundurkan diri
hendak tidur bagaikan mati
semoga tak diganggu mimpi yang ngeri........





12 ulasan:

  1. salam kakcik



    rege tudung ada yang sanpai 2-3 ratus...tu belum baju lg huhu...


    baik le saya guna 200 tu utk makan eheheheh

    BalasPadam
  2. Salam Mimi...

    betul tu. Kakcik pun cuma pakai tudung yang rege seplo hengget je. Kalau ratus2 tu, boleh dapat tudung kakcik berhelai2.. :)

    BalasPadam
  3. kakcik..camanalah ghupanya orang mabuk tertelan cili ya...

    Terhibur juga rasa hati sebelum tidur ...

    BalasPadam
  4. Ada berkenan sangat satu tudung di A****I lepas less 90hengget... Tak pernah jumpa di mana-mana.


    Confem saya batal niat saya tu kak...
    Terima kasih kak.


    selamat malam kak cik..

    BalasPadam
  5. Salam kakcik....

    tudung bawal siikan bawal
    dua-dua sama mahal
    kalau nafsu tak dapat dikawal
    alamat senget di awal-awal

    saya takder tudung berjenama
    tudung murah pun selesa juga
    saya tak kisah apa orang kata
    janji tak kacau siapa-siapa

    saya selesa tudung yg biasa
    harganya murah poket tak kopak
    tutup aurat tetap berdosa
    kalau mulut terbukak-bukak

    sudahlah mabuk tertelan cili
    terkujat-kujat sudahlah pasti
    fikiran dan jari tentu tak selari
    ilham bertandang sumbang menari

    sewel itu harus ditangani
    dengan cermat berhati-hati
    bimbang kalau dibiarkan sepi
    alamatkan terlantar seorang diri

    tidur itu mati yg sementara
    biarlah mimpi yg indah2
    semoga esok kembali berjumpa
    jangan lupa membaca doa....

    (saat saya terjaga, kakcik tentu sedang lena.....) ~ Q.

    BalasPadam
  6. kakcik, kat pasar basah bangi ni ada jual tudung setiap sabtu dan ahad. kpah selalu beli kat situ je. dapat 20 ringgit.kalau beli kat kedai yang ada ekon bagai.. harga selai 90ringgt lebih. banyakkkk beza tu kan?

    selamat bercuti.

    BalasPadam
  7. Salam Salmi...

    (sambil garu kepala..) Mesti orang mabuk tu tak perasan yang cili tu pedas... hehehe... :)

    BalasPadam
  8. Salam Reen...

    kakcik ada sehelai tudung A****i tu... itu pun atas ehsan adik kakcik. Kalau harap nak beli sendiri, memang tak adalah! :)

    BalasPadam
  9. Salam Q...

    (saat Q masuk ke sini, kakcik kembali dibuai mimpi - terjaga di jam 1.30 pagi kerana telefon mengeluarkan bunyi.. Semoga Anakanda Afizzat yang terlibat dalam kemalangan bas di Pekan semalam tidak mengalami sebarang cedera yang serius dan semoga akan segera keluar dari hospital)

    rupanya kita sama citarasa
    bertudung mengikut mana yang selesa
    tidak perlu sebarang jenama
    menutup aurat itu yang utama...

    Selamat 'menguruskan' tempahan Q... :)

    BalasPadam
  10. Salam Kakpah...

    beza RM70 tu - boleh juga buat beli ikan dan sayur, kan? :)

    BalasPadam
  11. salam kakcik
    sya tengok harga tudung melampau2 sampai boleh buat belanja sekolah anak sebulan ;p

    BalasPadam
  12. Salam Sya...

    Kadang2 kegilaan kita kepada sesuatu benda/barang memberi peluang kepada orang lain untuk membuat untung yang berganda2 (macam juga harga kosmetik yang diberi pelbagai jenama sedangkan asalnya datang dalam bentuk pukal yang harganya tidak seberapa) :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com