Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 6 November 2010

Cuti dan ke Utara lagi...

Pagi nanti akan bergerak ke Utara semula.  Kali ini, menginap di Pulau Pinang.  Mungkin selepas daftar masuk di hotel, akan bergerak ke Kedah kerana suami ada 'misi kemanusiaan' di sana.

Doakan semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat walau di mana kami berada.  Khabarnya, Rumah Teman Ini hanya boleh didatangi dengan menggunakan bot.  Bagaimanapun, oleh kerana kedudukan rumahnya agak tinggi, air tidaklah masuk sampai ke dalam rumah.  Hanya sekelilingnya telah menjadi bagaikan sebuah tasik.  

Semoga semua mangsa banjir di mana juga berada bersabar dengan dugaan yang menimpa ini.  Semoga juga semua mangsa kemalangan bas ini  akan segera pulih dari sebarang kecederaan dan dapat mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap pengurusan bas berkenaan. Anakanda Afizzat (anak kepada adikku Nora di Kuantan) adalah salah seorang penumpang bas berkenaan dan mendapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh hingga terpaksa menerima jahitan dan terdapat retak pada tulang.

'Subhanallazisahqoralanahazakunnalahumuqrinin wainnailarobbina lamunqolibun'



42 ulasan:

  1. Salam en_me...

    terima kasih.. semoga en_me juga selamat walau di mana berada.. :)

    BalasPadam
  2. selamat bercuti. hati di perjalanan. semuga selamat sampai dan kembali semula ke rumah.

    BalasPadam
  3. IM pula balik kampung ziarah mak. Azam IM ialah untuk ziarah mak minima sebulan sekali....

    BalasPadam
  4. kakcik..

    saya tumpang bersedih dgn kejadian yg menimpa anak buah kakcik. Moga beliau dan mangsa lain bersabar dan sepat sembuh.

    Malaysia ni selain dari buah2an tempatannya yg bermusim, kejadian lain pun bagai ikut musim jugak... tak pernah cukup sekali terjadi, akan sentiasa ada rantaiannya, bersambung2...

    Moga kakcik (semuanya) selamat sepanjang perjalanan pergi dan balik...sampai kita jumpa lagi ya kakcik, salam. - Q.

    BalasPadam
  5. Salam Kakpah...

    terima kasih untuk doa. Semoga kita akan bertemu lagi nanti.. :)

    BalasPadam
  6. Salam IM...

    semoga semuanya selamat dan dalam keadaan baik, ya.. :)

    BalasPadam
  7. Salam Q...

    itulah kan... bila terjadi sesuatu 'peristiwa'.. bagaikan ada kesinambungannya pula... :(

    Terima kasih untuk doamu ... semoga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi.. :)

    BalasPadam
  8. misi kemanusiaan,.. semoga Allah mempermudahkan perjalanan dan urusan kakcik dan suami

    BalasPadam
  9. Salam ibuintan...

    InsyaAllah. Terima kasih untuk doa itu. :)

    BalasPadam
  10. Salam kakcik,

    Serampang dua mata dalam percutian ada misi jariah yang amat dihargai. Semoga dipermudahkan urusan yang murni itu.

    BalasPadam
  11. Apa jua yang kakcik lakukan dan berada, jaga diri dan kesihatan yeaa..

    BalasPadam
  12. take care..
    mdhan menjadi percutian yg menyenangkan!

    BalasPadam
  13. semoga slmt semuanya...:)

    BalasPadam
  14. cuti le.. best2
    semoga akan berikan ketenangan ;)

    BalasPadam
  15. salam kakcik..semoga selamat di perjalanan esk.

    BalasPadam
  16. Salam Yong Kakcik, semoga perjalanan diberkati. Jangan randok air, nanti kena gigit ular!

    BalasPadam
  17. Suh cik abang kak cik memandu hati2... semoga selamat sampai dan selamat kembali.

    BalasPadam
  18. slm kakcik :)
    teman doakan moge slamat pergi + kembali.. dont forget to have fun!

    BalasPadam
  19. selamat bercuti..

    kak cik, ehhem tak jemu ker tolak bag besar2..tiap bulan hhe mcm nak pindah rumah jer..ni soalan tau..

    BalasPadam
  20. Salam Kakcik,
    dah lama tak singgah.. semoga selamat semuanya ya

    BalasPadam
  21. semoga selamat balik nanti...bila nk balik kak cik..rindu kat n3 kak cik ni..

    BalasPadam
  22. Salam Kakzakie...

    terima kasih kerana sudi singgah dan terima kasih juga untuk doa itu. :)

    BalasPadam
  23. Salam LiNda yang manisss...

    Alhamdulillah, kakcik dah selamat sampai kembali ke rumah. :)

    BalasPadam
  24. Salam gB...

    Alhamdulillah.. dah selamat balik.. dan akan 'keluar' lagi Jumaat nanti!

    BalasPadam
  25. Salam MDT...

    Alhamdulillah.. semuanya selamat. :)

    BalasPadam
  26. Salam Maiyah...

    yang tak bestnya bila balik bercuti.. bertimbun2 pakaian kena diuruskan! :)

    BalasPadam
  27. Salam Cyana...

    cuba hubungi Cyana melalui hp berkali2 - tetapi gagal.. :(

    BalasPadam
  28. Salam Yong Helli...

    teman takut ulo wehhh.... :)

    BalasPadam
  29. Salam Vic...

    Alhamdulillah.. dah selamat pergi dan kembali (tapi... tak pasti ada samnan ekor ke tak!) hehehe

    BalasPadam
  30. Salam AzeedA...

    penat weh... walaupun hanya duduk menyando! :)

    BalasPadam
  31. Salam Zeq...

    jemu juga.. tapiiii... nak buat macamana kannnn... :)

    BalasPadam
  32. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    pekasam dah tenggelam!

    BalasPadam
  33. kak.........
    enjoy the holiday!!
    cubit pipi BS sikit..
    lama tak jenguh KakCik..

    bizi yang amat :(

    BalasPadam
  34. Salam Pn. Dr...

    ramai yang sakit, ya? :)

    nanti bila senang2, jengahlah rumah kakcik ni. Pipi BS tu memang selalu kena cubit dengan mak dia... geram tengok pipi tu bulat sangat.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com