Kawan-kawan kakcik

Isnin, 11 Oktober 2010

Rimas.. sudah-sudahlah tu....

Semalam - keluar kenyataan menantu - begitu

Hari ini - kenyataan mertua pula - begini

Esok - kenyataan menantu lagi - begitu begini

Lusa - kenyataan balas mertua - begini begitu

Bila nak habis???

Media pula tiada cerita lain ke yang boleh dicari???

Tidak usahlah menjadi 'orang tengah' kalau setakat untuk mengeruhkan keadaan.

Atau sengaja suka cerita begitu untuk melariskan jualan???

Di 'jalur lebar' semua cerita ada.  Tak payahlah dijaja cerita-cerita yang kita tak tahu 'siapa benar siapa salah'.


Ini padangan aku sahaja - aku yang tidak berkepentingan apa-apa.


26 ulasan:

  1. bila hal rumah tangga... jadi bahan berita..lagi susah lah..nak selesai kan masalah...

    BalasPadam
  2. KakChik,

    Kedai sekupang di TI sebelh klinik Appu ( rasanya kalau tanya org TI terutama org lama-lama tentu tau mana letaknya klinik ni...)

    sekupang = seposen

    BalasPadam
  3. Salam Ila...

    sebaiknya 'mereka' duduk berbincang bersama mencari penyelesaikan, bukan saling tuding menuding dengan menggunakan media yang hanya tahu mensensasikan berita, kan?

    BalasPadam
  4. Salam IE...

    nanti kakcik cari kedai tu.. :)

    (kakcik faham makna sekupang tu sebab kakcik pun orang Perak.. hehehe..)

    BalasPadam
  5. salam,

    ...yang salah - saya sendiri la Kak Cik..

    BalasPadam
  6. pasal siap ni kak cik? alahai.. saya selalu ketinggalan zaman skit pasal gosip2 nii

    BalasPadam
  7. Salam Pn Dr...

    betul. Kalau awalnya mereka tidak memberi restu pun, menantu kenalah berusaha untuk diterima, kan? :)

    BalasPadam
  8. Salam Myri...

    kalau sedar kita bersalah, janganlah segan untuk memohon maaf. Betul tak? :)

    BalasPadam
  9. Salam Mila...

    pasal sidia dan sidia... Kakcik beli HM setiap hari - bila buka, asyik2 pasal perbalahan sidia dan sidia, rasa macam malas nak beli paper! :)

    BalasPadam
  10. salam mama
    sihat???
    ermmm...orang tengah??baik tak payah kalau sekadar nak mengeruhkan keadaan...

    BalasPadam
  11. Salam cheqna..

    Alhamdulillah, mama sihat. semoga cheqna juga sihat dan ceria.

    Orang tengah ni pun kadang2 macam tikus membaiki labu.. lebih parah kalau orang tengah pulak yang jadi 'pagar makan padi'...

    BalasPadam
  12. Saya tak percayakan 'org tengah'
    kecuali mereka yang benar2 layak

    Yang penting
    duduk berbincang
    bincang
    bincang
    dan
    bincng lagi
    dlm keadaan yg normal dan terkawal .
    gunakan akal bukan emosi .

    BalasPadam
  13. Salam Kakcik,

    kalau dah cam tu, rasa2nya payah.. everything turns sour now..

    BalasPadam
  14. Salam LiNda...

    kakcik setuju dengan LiNda...

    kena guna akal bukan emosi. :)

    BalasPadam
  15. Salam Yan...

    semoga mereka dapat menjernihkan segala kekeruhan walaupun nampaknya begitu sukar mencari penuras ...

    BalasPadam
  16. Kak Cik,

    Ini mesti kes Rita Rudaini dan keluarga mertua dia kan?
    Complicated la kes ni kak cik..
    2-2 tanak mengalah...
    Tapi tak tahu nak klasifikasikan sikap suami sebagai apa?
    Membiarkan nasib isteri tak terbela...
    tapi berdiri disebalah ibu saat susah dan senang memang itu yang sepatutnya...
    mungkin dia mengejar syurga di bawah tapak kaki ibunya.

    BalasPadam
  17. Salam Vic...

    betul tu. Tapi, sebagai ketua keluarga, suami juga kena jaga kebajikan anak isteri (bukanlah sampai mengenepikan ibubapa yang tiada duanya). Kalau suami masih lagi bersikap seperti anak2 yang tidak punya pendirian, susah juga. (Suami itu seusia anak sulung kakcik)

    BalasPadam
  18. salam kakcik

    bg kita lah, lg baik
    kalau msing2 berjumpa
    bertentang mata dan berbincang
    elok2... tak perlu keluar kenyataan
    mcm2... bkn dpt jernihkan suasana
    malah lagi keruhkan keadaan...

    hal keluarga kan... buat apa buka
    pekung didada...

    BalasPadam
  19. Salam Manje...

    kata2 manje itu juga betul - buat apa nak menepuk air di dulang, kan?

    BalasPadam
  20. itulah kak cik...lebih baik org2 yg terlibat diam daripada berkata2...diam bukan bererti mengalahkan...

    skrg ini..media massa byk sgt..tak terbaca...yg itu bgtau lain..yg ini bgtau lain..betulkan..kdg2 kita yg membaca pom konpius..hehehe

    BalasPadam
  21. Salam Sarah...

    rasanya, orang pun dah tak pernah nak kisah dengan hal yang tak sudah2 tu, kan?

    BalasPadam
  22. memang kak tak abis2.. nilah kalu media jadi perantara.. musnah rumah tangga

    BalasPadam
  23. Salam ciklinn...

    lebih baik diam2 je kan, selesaikan sesama sendiri - kalau media datang, buat tak tahu je - dan tak payah susah2 pergi cari media untuk buat kenyataan itu ini..

    BalasPadam
  24. saham juga u kak chik..

    susah nak komen periuk nasi zaman ini..

    beli beras bawa balik rumah hasil pendapatan GOSIP...
    ????jauhi sekirannya boleh..elok cuci tandas mcm saya,,

    BalasPadam
  25. Salam Zeq...

    yang tak nampak terang2 'duit judi' tapi dari pendapatan yang syubhat - bolehkah dikira halal? :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com