Kawan-kawan kakcik

Khamis, 21 Oktober 2010

Mana kasihmu?

Tidakkah masa kecil kalian dulu, ibumu sanggup tak makan demi mengenyangkan
 perut kalian yang sentiasa lapar

Kucing Mamason ini pun sanggup tak makan demi anak-anaknya.



40 ulasan:

  1. Alahai....
    Maknya bkn buat apa pun...makan je...makin takut plak anak2 zmn skrg...mntk dijauhkan lg kita kan kak

    BalasPadam
  2. Saya kutuk perbuatan ini .

    Ya Allah , sesungguhnya engkau lebih maha mengetahui ..

    BalasPadam
  3. Salam Mimi...

    memang sangat menyedihkan. Kakcik pun bukan anak yang baik. Hendak menjengah bapa pun bagaikan tiada masa. Sekarang bapa kakcik tinggal bersama adik. Tapi janganlah sampai kakcik menjadi seperti anak-anak yang seperti dalam rencana itu. :(

    BalasPadam
  4. Salam LiNda yang manis...

    Ya, Allah jua Yang Maha Mengetahui. BalasanNya datang tanpa terduga...

    BalasPadam
  5. manusia akhir zaman...
    minta dijauhi perbuatan itu

    BalasPadam
  6. Salam Kakcik...

    Mmg agak emosional kalau dilihat sepintas lalu tp membuka mata saya...
    ini membuatkan saya bermuhasabah diri, spt ibu2 yg lain, saya pun sanggup berlapar asalkan anak2 kenyang....tp apa agaknya yg saya korbankan utk mengenyangkan setiap org anak itu? Dan kalau jasmaninya kenyang, apakah rohnya juga saya beri makan sama?

    Saya ada satu dua pengalaman begini yg saya saksikan sendiri, kita biasanya akan beranggapan 'semua' ibu itu betul hingga kita terlupa bahawa si anak juga tak salah 100%. Hati mereka telah keras membesi sebenarnya disebabkan hal2 yg hanya mereka saja mengetahuinya yg bermula dari sekecil janin. Kita semua percaya Allah tidak kejam...

    Di kejiranan saya, seorg hamba Allah menangis kalau kucingnya tak balik, sanggup selongkar belakang rumah saya maghrib2 dan perkataan yg baik2 disebut utk sang kucing spt 'naper tinggalkan mama sayang.... mari sini manja..." kucing ni diberi makanan yg mahal...ya, saya nampak, tapi dgn anak darah daging sendiri dia cakap," ko ni mencekik jer pandai - pergilah berambus! menyakitkan mata dan hati aku jer!!..."

    Saya menangis dalam ketawa... dan memberi anak kandung dia sepinggan nasi adalah perkara biasa dalam hidup saya. Masa anak dia makan tu, saya selalu terfikir, suatu hari nanti kalau ibunya diperlakukan begitu oleh sianak, sudah pasti dunia akan menjerit menuduh sianak tu derhaka...

    Ooops....tissue saya habislah kakcik, byk sgt airmata dah ni.... Q.

    BalasPadam
  7. macam2 donia sekarang.jika dulu seorang ibu boleh dan mampu jaga 10 org anak dari semua segi. tapi bila 10 orang anak itu sudah besar..belum tentu seorang daripada mereka boleh dan mampu jaga seorang ibu..

    renung2kan..saya rindu mak saya..

    BalasPadam
  8. Salam Kak Cik,
    Zaman sekarang ni nothing is impossible. Mintak di jauhkan kejadian seperti ini berlaku pada kita.

    BalasPadam
  9. Salam Midonz...

    perkar begini bukan baru berlaku. Tapi mungkin pendedahannya tidak meluas. Semoga tidak terjadi di kalangan kita. InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. kakcik, nak sambung lagi ya...

    sianak (lelaki) waktu itu baru berusia 12 tahun...saya ada ketikanya percaya bahawa what goes around comes around. Ibu adalah bidadari kpd anak2...namun bukan utk memanjakan dgn cara salah....

    Begitupun saya ttp setuju setiap org tua harus dilayan dengan baik semata2 mereka tidak lagi berupaya dan setiap org tua itu guru sepanjang masa kpd anak2 yg masih mentah dan muda....tp zaman ini bahkan sejak dari dulu lagi, ada kejahatan2 oleh org tua yg tersembunyi dan tak terlihat oleh mata kita sebaliknya perbuatan sianak lah yg paling jelas terlihat bila org2 tua terabai....anak org anak kita kan kakcik, saya menyayangi semua... dan saya menulis ini berdasarkan apa yg saya lihat dan apa yg saya rasa....bila ada berita sebegini, saya lebih suka melihat dari semua aspek dan sudut....teruskan berkongsi maklumat kakcik, salam syg selalu....Q.

    BalasPadam
  11. nauzubillah..mintak dijauhkan dari terjadi ke fmly sy huhuhuhu

    BalasPadam
  12. salam mama
    mintak jauhla dari diri cheqna...

    BalasPadam
  13. Salam Q...

    memang ada terjadi ibubapa yang lebih sanggup mencurahkan kasih kepada 'orang atau benda lain' daripada mencurahkannya kepada darah daging sendiri. Itu adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan. Dalam dunia sekarang pun, berapa ramai ibu yang sewenang2nya membuang anak yang dikandung berbulan2 atas pelbagai alasan. Kata orang, apa yang kita beri - itulah yang akan kita terima balik.

    Bila membaca kisah ibubapa yang tersisih, kena juga kita susur kembali bagaimana 'kisah sedih' itu boleh terjadi.

    Semoga kita tidak menjadi ibu yang keras hati dan semoga anak-anak yang telah kita asuh dan didik rohani dan jasmaninya, akan terpelihara akhlak mereka. InsyaAllah.

    (turut sebak membaca kisah yang Q paparkan itu)

    BalasPadam
  14. salam kakcik..!

    ni lah anak2 sekarang.. ramai yg makin lupa diri..

    BalasPadam
  15. ya allah sedih nya bilabaca berita mcm ni. apa lah salahnya kalau ibu tu kuat makan. sedangkan dulu masa mereka kecik kecik makan pun tak sempat.. sedih nyer saya baca..

    BalasPadam
  16. cinabeng punya anak2!!!
    (sori kakcik...bahasa kurang indah...)
    gerammmmm...

    BalasPadam
  17. Q... (tadi kakcik tinggalkan ruang komen ini tergantung setelah menaip sekerat jalan, atas sesuatu urusan - rupanya ada sambungan dari Q)

    Memang mudah orang menghukum anak tanpa usul periksa atas alasan 'buat apa pun, ibu bapa tetap perlu dimuliakan'. Betullah, tanpa ibubapa - kita tidak akan lahir ke dunia. Tapi yang salah tetap juga salah. Kita tidak disuruh untuk taat kepada perkara yang mungkar walaupun perintah melakukan kemungkaran itu datang dari ibubapa. Betul, kan?

    Ada ibu yang sanggup mengugut anak-anak dengan kata-kata 'tak mencium bau syurgalah engkau', 'berenanglah engkau dalam airmata aku di neraka nanti' semata-mata kerana anak tidak mahu mengikut arahannya yang ternyata 'tidak masuk akal dan terang-terang menyalahi hukum agama. Macam mana tu?

    Kakcik setuju, sejahat manapun ibubapa, kita kena menyantuni mereka dan tidak membiarkan mereka melarat. Tapi, Allah tidak kejam untuk menghukum kita semahuNya sebagaimana manusia yang begitu mudah menuding jari.

    Wallahhuaklam. Sayang Q juga.

    BalasPadam
  18. Salam SN...

    sebagaimana dunia ini berputar, begitu jugalah roda kehidupan ini. Jangan salahkan anak sekiranya satu hari nanti mereka menyisihkan kita jika satu ketika dulu kita menyisihkan ibubapa kita.

    Semoga tidak terjadi begitu kepada kita.

    BalasPadam
  19. Salam Aidah...

    betul - tiada yang mustahil. Mudah2an kita menjadi contoh yang baik untuk menjadi ikutan anak-anak. :)

    BalasPadam
  20. Salam sahrom...

    sama-samalah kita berdoa. InsyaAllah, mudah2an kita tidak diuji dengan perkara sebegitu.

    BalasPadam
  21. Salam cheqna...

    Amin. Mama doakan perkara yang sama (semoga dijauhkan). :)

    BalasPadam
  22. Salam PB...

    semoga asuhan yang diterima tidak menjadikan mereka begitu.

    BalasPadam
  23. Salam Rina...

    kalau benar mereka derhaka, mereka kena ingat sesungguhNya Allah tidak pernah lupa! Apa yang mereka beri, akan mereka dapat kembali...

    BalasPadam
  24. Salam Pn. Dr...

    tak mengapa, kakcik faham. Sesekali memang terkeluar perkataan begitu untuk melambangkan rasa hati yang terbuku! :)

    BalasPadam
  25. anak saya pun sembilan orang juga ni!!!

    BalasPadam
  26. Salam kakcik

    Wlu apapon ibu kita buat... dia tetap ibu yg patut dimuliakan... ~

    BalasPadam
  27. Salam AM...

    InsyaAllah, anak-anak AM akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin. :)

    BalasPadam
  28. Salam Manje...

    iya, tanpa ibu kita tidak akan lahir ke dunia ini.

    BalasPadam
  29. insyaallah, mak IM masih dijaga dengan baik walaupun lumpuh sebelah badan.

    harap IM dan ibu_suri pula tidak dibiarkan oleh anak-anak jika kami sudah tua dan nyayuk...

    BalasPadam
  30. Salam IM...

    InsyaAllah, anak-anak melihat sendiri bagaimana tabahnya IM menjaga ibu_suri dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan ibu IM sendiri. Itu contoh yang amat baik untuk mereka jadikan ikutan.

    BalasPadam
  31. ish3...nak katapun akhir zaman..
    semoga anak yg terlanjur akan insaf akan perbuatan depa ni dan bertaubat kepada Allah swt..
    sedih bila mengenangkan keadaan sebegini...
    manusia seolah2 sudah hilang naluri kemanusiaan..

    BalasPadam
  32. Salam LB...

    secara jujurnya, telah semakin ramai manusia yang mengenepikan kemanusiaan demi nafsu dan keduniaan. Siapa yang hendak disalahkan? :(

    BalasPadam
  33. Salam Kak Cik..

    Dalam hal macam ni ..kalau di fikir buruknya sikap anak..

    " Weh..masa kau kecik dulu.. kau makan banyak ke tak banyak..mana kau ingat.. " kau ingat ke macam mana mak kau cari duit untuk bagi kau makan...

    another side.. setiap manusia ada kurang ada lebih nya.. sama ada apa yang si ibu nyata kan 100% benar atau tak..Allah Maha mengetahui...

    Moga ..Allah lindungi kita semua dari sikap sebegini..jua anak anak kita bila kita sudah tua esok hari.. amin...

    BalasPadam
  34. Salam Ila...

    semoga kita semua dalam lindungan Yang Maha Kuasa dan dijauhkan dari segala keburukan dan kekusutan. Amin. :)

    BalasPadam
  35. Salam Kak Cik,


    muah-muah-muah !!

    timaseh buka kotak komen camni.

    BalasPadam
  36. apa nak jadi dengan anak2 sekarang ni.


    Kami adik beradik yg dah kahwin ajak mak duduk dengan kami tapi mak yang tak nak..

    BalasPadam
  37. Salam Reen...

    Reen punya pasal, kakcik bukak balik kotak macam ni.. hehehe.. :)

    Selalunya orang tua memang macam tu. Semasa arwah mak masih ada, dia nak juga duduk sebulan dua dengan anak-anaknya. Tapi, bapa tak mahu. Sekarang bila bapa tak sihat, terpaksa juga dia duduk dengan anak-anaknya.

    Semoga apa juga karenahnya, kami adik beradik tidak akan sama sekali meminggirkannya (kecuali seorang yang masih tak ingat jalan pulang itu)

    BalasPadam
  38. dulu mak dah ikat perut nak kenyanngkan anak..senang2 je ibu dibuangbila tua..

    BalasPadam
  39. Salam Mizah...

    anak derhaka namanya itu!

    BalasPadam
  40. habis masa kecil, mak bagi makan benda syubhat...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com