Kawan-kawan kakcik

Isnin, 4 Oktober 2010

Helah...

Baru sampai ke rumah.  Rindu pada blog ini walaupun sepanjang bercuti, tetap mengintai-intai ke sini melalui telefon burukku.

Hanya kisah ringkas untuk petang ini.  Dalam perjalanan balik melalui Lebuhraya PLUS tengahari tadi, kereta kami mengekori sebuah bas ekspres yang dipandu laju.  Meter kelajuan di kereta yang dipandu suami menujukkan angka hampir 140km/j.  Seperti biasa, aku akan membebel (kerana duduk di kerusi belakang, aku dapat 'memantau' meter dengan jelas). Begitupun, kami masih tidak dapat menyaingi bas tersebut.

Kata suamiku, beliau sengaja mengekori bas tersebut dan pasti nanti pemandu bas itu akan memperlahankan kelajuannya.  Selepas beberapa kilometer, bas tersebut terus juga dipandu laju dan memotong bas lain. Suamiku kemudian mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon seseorang.  Tidak lama kemudian, bas itu kelihatan mula perlahan dan sewaktu kami melepasinya, aku lihat pemandu tersebut mengangkat tangan kanannya melambai-lambai.  

Suamiku berkata, 'kan saya dah kata, mesti dia perasan kita mengikutinya dan dia nampak saya menelefon'.  Tapi aku tetap juga membebel sebab suamiku memandu laju dan menggunakan telefon (tanpa alat bebas tangan) semata-mata hendak membuat helah kepada pemandu bas tersebut!




26 ulasan:

  1. salu terserempak dgn bas yg bawa laju dok lane laju..bahayakn...mcm nak racing..

    BalasPadam
  2. betul kak...
    kdg diorg lagi laju dr kita..
    hari tu saya drive lane kanan...kat plus jugak..
    3 lane...tiga2 lane tu bas conquer..kalo salah 1 laju xpe...ni sebaris je masing2 kat tiga2 lane...dah panjang kete2 kat lane kanan sbb folo bas tu

    BalasPadam
  3. salam kakcik..
    saya kalau naik bas yg dipandu laju..automatik tak boleh lena...

    BalasPadam
  4. depa besaq...kalau satu empat satu lima tu tak rasa...hee..
    biasanya orang mudalah tu...
    bila dah masuk h-way..depa macam naik minyak lak..
    dulu gheyoh dok kata nak pasang kotak hitam laa..bila over speed..bas akan berhenti contahnya..tapi..?bila benda melibatkan biz ikan jerung ni ..payah nak dilaksanakan...nhtahlah..

    BalasPadam
  5. Salam Sarah...

    teringat abang ipar kakcik yang menaiki bas baru2 ini tak boleh nak tidur kerana 'seriau' dengan bas yang dipandu laju! :(

    BalasPadam
  6. Salam Mimi...

    kakcik sampai rasa kecut perut bila tengok bas yang lebih laju dari kereta - sedangkan di badan bas tu tertera yang had laju yang dibolehkan di lebuhraya hanya 90km/j.. :(

    BalasPadam
  7. Salam Siti...

    jangan kata yang duduk dalam bas, yang duduk dalam kereta di sebelah/belakang bas pun rasa macam dah 'kering darah'... :(

    BalasPadam
  8. Salam LB...

    susah nak cakap, kan? Siapalah kita nak menegur - walaupun kononnya di beri 'kuasa' untuk membuat aduan, ada siapa kisah? :(

    BalasPadam
  9. Kalau meter sampai 140km/j tu kakcik saya dah jadi cam orang tak betul..
    Entah kenapa ..sekrg saya trauma sangat ..lebih - lebih lagi kalau oranglain yang memandu.
    kalau saya memandu taklah cecah sampai banyak tu...

    BalasPadam
  10. Salam Salmi...

    kalau kat lebuhraya, memang tak terasa laju walaupun meter dah cecah 140.. tapi kalau kat jalan biasa.. 140 tu macam dah terbang! Bgmnpun, kakcik akan 'bising' kalau meter dah cecah 120km/j... tak kiralah siapa yang bawa atau di mana jua! :)

    BalasPadam
  11. Bahaya pandu laju kan kak ..
    Selain nyawa kita
    juga membabitkan nyawa yg tidak berdosa ..

    Alhamdullilah, kakcik dah selamat sampai .. so, rest yea ..

    BalasPadam
  12. Salam LiNda yang manis...

    memang bahaya memandu laju dan memandu dengan membontoti kenderaan di hadapan dengan jarak yang dekat!

    Alhamdulillah, kami dah selamat sampai di rumah. (Kakcik juga sekarang selalu sahaja gerun bila berada di atas jalanraya...)

    BalasPadam
  13. Salam kak cik,
    sy pun dh lama tak update blog. Masih tengah dok dalam silent mode lagi, hehehe. Biasalah kak cik pemandu bas ni kalau tak kena tak serik, bila dh berlaku apa2 baru lah menyalahkan bas tak elok lah, brake rosak lah dan macam2 lagi.

    BalasPadam
  14. power nye abg Mus..dengan hanya satu panggilan dapat memperlahankan bas yang laju...ajaib nie...hahahaaa

    kakcik,140 tu tak laju lagi kak...tu biasa2 aja kalau drive kat hiway ;-)

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik

    Mama 'tabik spring' kat suami Kakcik.
    Sanggup mengekori bas itu & berjaya 'memperlahankannya' demi keselamatan penumpang.

    Syabas.

    BalasPadam
  16. kekadang seronok memandu sambil bermain-main gitu di atas jalan raya...

    BalasPadam
  17. SALAM,
    SETUJU DENGAN KAKCIK SEROJA. DI SAMPING KITA MAHU PENGGUNA LAIN MEMEMATUHI UNDANG2 JALANRAYA, KITA SENDIRI AKUR KPD UNDANG2 TERSEBUT

    BalasPadam
  18. Salam Aidah..

    semoga Aidah sihat, ya?

    itulah yang selalu suami kakcik bebelkan 'nanti kalau dah xcden, salahkan brek la.. itulah... inilah... tapi yang pandu laju tu tak nak cakap...' :(

    BalasPadam
  19. Salam Acu...

    kebetulan Abg Mus telefon kawannya.. mungkin pemandu bas itu nampak melalui cermin sisi bas dan terfikir kot-kot Abg Mus call JPJ! hehehe...

    Kakcik pernah naik innova yang dipandu dengan kelajuan 160km/j - dipandu oleh kawan kakcik (seorang wanita)... dan kakcik kata kat dia... 'anak aku masih kecik tau...' :)

    BalasPadam
  20. Salam Mama...

    terus terang - kakcik lebih risau dengan keselamatan kami pada waktu itu! Tapi,memang selepas itu, bas itu terus 'tak nampak bayang' walaupun kami telah berhenti sekejap di hentian sebelah (atau - dia telah 'terbang' semula?)

    Semoga Mama sekeluarga sihat dan ceria - khususnya buat Ayim.

    BalasPadam
  21. Salam Zeq...

    tak tahu nak padankan muka siapa... hehehe...

    BalasPadam
  22. Salam IM...

    (teringat2 kakcik kat IM dan ibu_suri semasa kakcik berada di SP)

    bagi kakcik, ianya menakutkan! :)

    BalasPadam
  23. Salam Dato'...

    kadang2 kita nak mengajar orang lain.. tapi ia membawa bahaya kepada diri kita. Itu yang saya tak mahu terjadi. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com