Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 Oktober 2010

Dia adalah gambaran kehidupan ramai insan...

Kita benci melihat gelagatnya yang tamak, yang tidak tahu bertolak ansur, yang mementingkan diri.

Kita jijik melihat sikapnya yang pengotor.

Kita tertawa melihat kebodohannya yang seperti dibuat-buat.

Kita sakit hati melihat dia yang tak pernah mahu mengalah.

Kita juga kadang-kadang tersentuh hati bila melihat dia juga tahu bersedih.

Sebenarnya - apa juga sikap dan perlakuannya, itulah gambaran diri sesetengah dari kita.

Dalam apa juga perasaan kita terhadapnya, cuba kita renungkan kembali ke dalam diri kita sendiri.  Apakah kita sedang mentertawakan @ membenci @ jijik @ sakit hati @ tersentuh hati terhadap diri kita sendiri?



Renung-renungkan dan selamat beramal! (Prof Izi - jangan saman saya, ya?)




20 ulasan:

  1. betul tu...sama2lah kita merenung dan beramal..

    p/s: tapi saya suka tgk citer mrbean..xpuas gelak..hhee

    BalasPadam
  2. ..dam tak semestinya ayat bernas datang dari Prof, yang penting kurangkan Riak sombong..


    ada org itu ada 3 diploma ada 3 degra ada 3 PhD pun masih membaca dan declare kurang ILMU@ alias JAHIL bebanding ilmu Illahi ...

    BalasPadam
  3. anak zue mmg suka nengok mr beam padahal dah brulang2 d tayangkn kat tv.
    karton mr beam pun dia suka.

    BalasPadam
  4. Renung ke dalam diri kita. Berusaha memperbaiki sebarang kelemahan yang ada.

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik ...

    Akhir tahun 80an , pemerintah singapore pernah mengharamkan apa2 cerita dari mr beans .


    Setiap kali anak2 tgk citer mr bean, saya akan beritahu itu tak betul dan ini tak sesuai dgn norma kehidupan kita .

    But, saya pandang dari sudut positive , ada bijaknya juga mr beans , pandai merebut peluang dan tahu menggunakan akal utk melepaskan dirinya ..selainnya saya anggap sbg hiburan .

    Parents bertanggugjawab guide apa yang ditonton oleh anak2 bawah umur .

    pss.. moga kakcik sihat and ceria selalu ...

    BalasPadam
  6. Tak sangka dalam begitu rupa dia dan lakonannya.. dia merupakan seorang profesor..
    Anak perempuannya cantik mengalahkan model.

    BalasPadam
  7. Salam SN...

    kakcik tengok juga.. tapi, kalau tiba part yang meloyakan, kakcik cepat2 tukar channel. :)

    BalasPadam
  8. Salam Zeq...

    ijazah bukanlah menggambarkan tahap betapa 'berilmunya' seseorang itu. Ada ilmu yang tidak diajarkan di mana2 pusat pengajian, tapi kita wajib mencarinya. :)

    BalasPadam
  9. Salam Zue...

    anak2 kakcik sampai dah hafal cerita Mr Bean tu.. tapi, kalau tengok bersama - kakcik akan beritahu mana elok mana tidak... :)

    BalasPadam
  10. Salam LiNda...

    (semoga tetap sentiasa manis dan ceria) :)

    Yang baik kita jadikan teladan, yang tidak kita buat sempadan. :)

    BalasPadam
  11. Salam Vic...

    pelakon kita pula ramai yang kelihatan hebat, tapi sebaliknya.... :(

    BalasPadam
  12. ye btui kak.. mr bean portrays real life..
    walaupun kekdg tu mcm x realistik tp manusia ni x byk sikit ade ciri2 mr bean ni.. his determination to solve problems tu yg patut dicontohi.. eh tkg buat mr bean pon bukan calang2 org kak.. cuma agak over lawaknye tu..
    buang yg keroh amek yg jerneh, dak gitu kak.. ;)

    BalasPadam
  13. Salam AzeedA...

    Mr Bean a.k.a Rowan Atkinson ni, diluar bukanlah calang-calang orang sebenarnya. Seperti kata Vic, beliau adalah seorang Profesor. Dalam jenaka itu sebenarnya terselit sindiran dan sesuatu yang sinis... :)

    BalasPadam
  14. salam kakcik, kakpah ni bukanlah peminat mr bean tapi bila sesekali tertengok tu, ketawa gaklah dibuatnya.

    BalasPadam
  15. SALAM,
    APA AGAKNYA REAKSI/KOMEN ORANG RAMAI KALAU MR BEAN ITU ORANG MELAYU ? JENAKA YANG BAIK, JENAKA ORANG BODOH, JENAKA SETAKAT HIBURAN SAHAJA, ATAU APA ?

    BalasPadam
  16. Salam Kakpah...

    kakcik akan tengok kalau 'tertengok'. Tapi terusterang, kakcik lebih suka tengok Tom & Jerry.. :)

    BalasPadam
  17. Salam Dato'...

    dulu ada rancangan tv yang dicedok dari siri Mr Bean ini. Kalau tak silap saya, tajuknya BENDUL - tapi.. memang menjengkelkan!

    BalasPadam
  18. hehe.. kalo tgk muke mr bean mmg klako kan.. kita jdkan sbg hiburan.. mana yg elok kita ambik yg x elok tu buang jejauh.. mmg bgus kita sentiasa menilai diri dr apa yg kita lihat

    BalasPadam
  19. Salam Maiyah...

    setiap kali kita menuding jari ke arah orang lain, sebenarnya kita lebih menunjuk kepada diri kita, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com