Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 Oktober 2010

Perjalanan ke Utara (Bhg 1)

2/10/2010

Keluar rumah seawal 8.00 pagi (selepas sarapan di kedai).  Konon-konon boleh sampai ke Kedah menjelang tengahari.  Tapi..... tak ada maknanya...  Sampai di Stesen Petronas Rawang, suami kata dia masih mengantuk dan perlukan rehat (tidurlah tu...) lebihkurang setengah jam.


Selepas puas berehat, perjalanan diteruskan.  Bertemu pula dengan kesesakan 'luar jangka'.





konon nak rakam gambar kereta Myvi (enjinnya tercabut) yang terlibat dalam kemalangan, disebabkan kereta sedang bergerak, trak PLUS pula yang terakam
 (nampak sangat tukang rakam tak profesional)


Perjalanan kemudian diteruskan.  Berhenti di R&R Gurun untuk mengisi perut dan solat.

Budak Sepet yang 'pemilih' ini lebih rela makan KFC dari makan di gerai yang
'membantutkan' seleranya.  Hmmmmm.....

Perjalanan seterusnya ke Utan Aji, Perlis untuk majlis Jamuan Hari Raya (kami terus ke sana tanpa menukar pakaian untuk disesuaikan dengan majlis).








Dari majlis ini, kami bercadang untuk terus ke Padang Besar, tetapi disebabkan hari sudah lewat petang, rancangan itu dibatalkan, sebaliknya kami melencong ke Bukit Kayu Hitam.









Sekejap sahaja kami di sini kerana hari sudah beransur malam.  Sewaktu keluar dari kawasan tersebut, terlihat deretan lori-lori yang sedang menanti giliran untuk melepasi sekatan Imigresen...





Kami terus menuju ke Alor Setar untuk mendaftar masuk di Hotel Seri Malaysia.

(bersambung)



20 ulasan:

  1. kematu pungkok gi perlis naik kereta kak... awat co-pilot tak take over masa pilot mengantuk? hehe

    BalasPadam
  2. KOG...

    co pilot cuma ada lesen tapi tidak mempunyai kebenaran untuk memandu! :(

    BalasPadam
  3. slm kakcik :)
    syoknye budak sepet dpt ikut menjamu perut hehehe..
    kakcik sihat?

    BalasPadam
  4. Salam AzeedA...

    hanya harapkan dia sahajalah yang mahu 'mengekori' mak ayahnya. Abang-abangnya masing-masing ada urusan yang tersendiri. Kalau dia tak nak ikut, mak ngan ayah berdua2anlah nampaknya! :)

    BalasPadam
  5. Salam pB...

    jauh berjalan luas pandangan dan banyak belanja! hehehe....

    BalasPadam
  6. rindu memori di bukit kayu hitam.. :(

    BalasPadam
  7. Salam Firuz...

    nasib baik bukan memori daun pisang! :)

    BalasPadam
  8. Salam Aidah...

    bila suami ada tugasan, itulah peluang untuk kakcik ikut 'berjalan'. :)

    BalasPadam
  9. Kalau perjalanan KL-Perlis ni sekurang-kurangnya 5 kali Pak Nidus perlu Zzzzzzzzz.

    BalasPadam
  10. salam

    jauhnya kak cik berjalan

    BalasPadam
  11. Salam Pak Nidus...

    nasib baik suami kakcik hanya perlu sekali zzzzzz sahaja. Selepas itu, kalau singgah hanya untuk 'membuang apa yang patut' :)

    BalasPadam
  12. Salam Manje...

    kalau berjalan, mahu tak sampai! hehehe....

    BalasPadam
  13. salam kakcik...


    time bljr kat uum dulu selalu pi bukit kayu htm hihi..

    beli cekelat dgn tshirt murah2

    BalasPadam
  14. Salam Mimi...

    Kompleks BKH ini dah tak meriah macam dulu lagi... kedai pun dah tak banyak :(

    BalasPadam
  15. kakcik.. best2. suka tgk entry jln2. kene ikot jalan selalu nie. hehe

    BalasPadam
  16. Salam Cyana...

    minggu depan kita ambil gambo banyak2, ya? :)

    BalasPadam
  17. kak bestnyer bole la kalau angah kirim narita aduhhhhhh lewat ke siniiiiiiiii

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com